Dunia Jujutsu Kaisen penuh dengan pelbagai jenis Jujutsu dan sudah tentu ada antara mereka yang mempunyai kuasa yang terkuat. Kita diperkenalkan dengan pelbagai keluarga Jujutsu yang masing-masing mempunyai ahli keluarga yang mahir menggunakan cursed technique tersendiri. Antara keluarga yang terhebat atau senang cerita “Big Three” dalam Jujutsu Kaisen ialah Keluarga Gojo, Kamo dan Zenin.

Kalau anda ingin tahu, ketiga-tiga keluarga ini merupakan keturunan “Big Three Vengeful Spirit”, yang merupakan jujutsu yang berkuasa hebat semasa mereka hidup, dan mampu mengekalkan cursed energy yang kuat walaupun sudah mati. Disebabkan itulah, cursed technique Vengeful Spirit ini diturunkan kepada setiap puak dan keluarga Big Three ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam komuniti jujutsu. Jom kita lihat cursed technique yang dimiliki oleh keluarga Big Three ini.
Gojo
Keluarga Gojo berasal daripada Sugawara Michizane, yang merupakan salah seorang daripada Vengeful Spirit semasa era Heian. Gojo Satoru merupakan satu-satunya ahli keluarga Gojo dan juga merupakan jujutsu paling berkuasa di dunia. Cursed technique yang diwarisi oleh keluarga ini ialah Limitless dan juga Six Eyes, yang kini dimiliki oleh Satoru.

Kuasa Limitless mampu membuatkan seseorang untuk mengawal dan memanipulasi ruang sesuka hati, manakala Six Eyes pula membolehkan seseorang untuk melihat aliran cursed energy dengan lebih terperinci. Dengan adanya Six Eyes, kuasa Limitless boleh digunakan dengan sepenuhnya.
Disebabkan Six Eyes mampu membuat penggunanya melihat sesuatu yang sangat jauh, penggunanya perlu memakai cermin mata atau menutup mata. Jadi, sebab itulah Satoru sentiasa menutup matanya dengan kain dan hanya membukanya untuk gunakan kuasa Six Eyes.

Zenin
Seterusnya kita ada keluarga Zenin, keluarga asal Maki. Zenin sangat mementingkan kuasa cursed technique yang kuat. Jadi kalau ada ahli keluarga yang tidak mampu menggunakan jujutsu, mereka ini akan diabaikan, seperti apa yang terjadi kepada Maki dan kembarnya Mai. Kerana tidak tahan dengan layanan buruk terhadap dirinya, Maki telah mengambil langkah untuk meninggalkan keluarga tersebut.
Zenin juga sanggup membeli ahli yang mempunyai cursed technique yang diingini untuk didaftarkan ke dalam keluarga tersebut, seperti Megumi. Walaupun begitu, Megumi tidak menukar namanya kepada Zenin.

Kamo
Terakhir, kita ada keluarga Kamo yang sangat berbeza dengan Zenin. Mereka lebih mementingkan pertalian darah antara keluarga. Ini untuk memastikan bahawa cursed technique mereka, Blood Manipulation diturunkan ke generasi seterusnya. Kamo Noritoshi yang memiliki cursed technique tersebut telah dijadikan sebagai pewaris keluarga tersebut.

100 tahun yang lalu, terdapat juga ahli keluarga Kamo yang turut bernama Noritoshi telah mencemarkan nama keluarga tersebut malah merosakkan hubungan antara keluarga Gojo dan Zenin. Dia juga telah melakukan pelbagai eksperimen kepada manusia dan cursed spirit yang akhirnya menghasilkan teknik Cursed Womb: Death Painting. Disebabkan cursed technique ini, terlahirnya Choso, Eso dan Keichizu. Menariknya, Choso juga mewarisi Blood Manipulation malah lebih pandai menggunakannya berbanding Noritoshi.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Kalau anda ingin membaca manga siri ini, boleh lawati laman web atau aplikasi Mangaplus. Untuk membaca trivia lain mengenai Jujutsu Kaisen, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post