Jujutsu Kaisen membawa kita melihat pertarungan sengit antara Gojo dan Sukuna. Walaupun mereka berdua masih lagi “bintang” dalam bab terbaru, tetapi kita juga dapat dibawa melihat pelajar serta guru Jujutsu High yang menonton pertarungan tersebut dari jauh. Dalam bab baru ini juga, ada sesuatu yang buruk terjadi membuatkan peminat kini berdebar-debar menunggu bab terbaharu manga. Ingin tahu apa yang jadi, jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Amaran! Terdapat spoiler untuk manga Jujutsu Kaisen bab 225!
Manga Jujutsu Kaisen bab 225, membawa kita melihat Yuji dan lain-lain yang sedang menonton pertarungan Gojo dari sebuah bilik yang penuh dengan skrin. Kusakabe dan Yuta mula menerangkan sedikit sebanyak tentang Domain Amplification yang digunakan oleh Sukuna untuk meneutralkan kuasa Infinity Gojo.
Tetapi satu sahaja kelemahannya, Domain Amplification tidak boleh digunakan bersama-sama Innate Technique. Jadi Sukuna perlu menggunakan teknik yang berbeza jika dia mahu menang. Dia boleh sahaja menggunakan Domain Expansion, yang akan membatalkan Cursed Technique Gojo dan menghabiskan pertarungan itu dengan cepat.

Choso pula mendedahkan bahawa Domain Sukuna tidak memerlukan pelindung malah memberitahu bahawa Kenjaku juga pernah melakukannya. Ino pula menambah bahawa Domain Expansion memerlukan kuasa yang begitu banyak. Memandangkan Gojo tidak mempunyai kuasa yang terhad, dia hanya mampu memulihkan tenaganya dengan lebih cepat berbanding biasa. Tetapi jika ia tidak seimbang, dia akan berada dalam masalah.

Berbeza pula dengan Sukuna yang mempunyai Cursed Energy yang terhad, tetapi disebabkan dia menggunakannya dengan baik, dia mampu menggunakan Domain Expansion dengan lebih lama. Perbincangan mengenai Domain antara Gojo dan Sukuna nampaknya tidak begitu membuahkan hasil, dan Momo membuat keputusan bahawa mereka berdua tidak akan menang jika Domain mereka bertembung.

Kembali ke pertarungan antara sorcerer hebat itu, mereka masing-masing membukan Domain Expansion tersendiri. Disebabkan Domain Sukuna tidak mempunyai pelindung jadi ia dibuka dalam Unlimited Void. Walaupun begitu kedua-dua Sukuna dan Gojo menyaingi antara satu sama lain dalam Domain Gojo. Tetapi Malevolent Shrine Sukuna telah mencapai di luar pelindung Domain tersebut. Ini membuatkan pelindung Domain lemah apabila dierang daripada luar.
Dengan menggunakan Dismatle, Sukuna telah menghancurkan pelindung Unlimited Void, yang akhirnya berjaya mengelar leher Gojo.

Walaupun ramai yang suka berjenaka bahawa Gojo akan mati dalam pertarungan ini, tetapi peminat masih risau dengan keadaan cikgu itu. Pelajarnya juga mungkin tidak akan berdiam diri jika perkara itu terjadi. Agaknya apalah nasib Gojo dalam bab akan datang. Adakah dia dapat menyembuhkan dirinya nanti? Kenalah tunggu bab akan datang.
Kalau anda belum baca bab terbaru, anda boleh membacanya di aplikasi atau laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post