Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“JUDGMENT” Review – Seorang Detektif yang hebat seperti Yakuza!

Dari Yakuza kini Jugment - Bandar Tokyo pasti akan menjadi lebih gempak!

Nyny.A by Nyny.A
July 17, 2019 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, PS4, Review
0 0
0
“JUDGMENT” Review – Seorang Detektif yang hebat seperti Yakuza!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, saya ada beritahu tunggu kehadiran sebuah game AAA yang saya akan berikan ulasan kan? Jadi harini saya akan memijak ke dunia Yakuza eh…… Judgment! KIta dah kena mula melangkah jauh dari Kazuma Kiryu yang telah memberi seri kepada siri permainan Yakuza selama 14 tahun! Sekarang dah tiba waktu untuk memberi generasi baru menjadi pahlawan dan cerita baru di Tokyo.

Judgment sebuah permainan video aksi ini dimajukan oleh Ryo ga Gotaku Studio serta dibangun dan diterbitkan oleh Sega untuk PlayStation 4. Pada mulanya dibangunkan di bawah nama Project Judge, permainan ini adalah spin-off siri-siri Yakuza. Permainan ini dikeluarkan pada 13 Disember 2018 di Jepun, dan pada 25 Jun 2019 di seluruh dunia. Yang menariknya hero untuk permainan ini adalah seorang pelakon Jepun iaitu Takuya Kimura yang merupakan seorang detektif bernama Takayuki Yagami.

Pengenalan

Sekali lagi, Judgment terjadi di Kamurocho yang dilhamkan dari bandar besar dan penuh dengan hiburan iaitu di Shinjuku , Tokyo. Seorang peguam yang dahulunya sangat disanjung, kini dibuang jauh kerana satu kesilapanya tersilap membuktikan seorang pembunuh yang bersalah dan dilepaskan begitu sahaja, sehingga konspirasi tersebut dibuka semula dan ternyata pembunuh itu telah melakukan pembunuhan kepada kekasihnya serta membakar rumahnya. Jadi disebabkan itu, Yagami dituduh sebagai peguam palsu dan hilang reputasinya.

Dengan kerjaya yang makin merundum, Yagami mengusahakan pekerjaan baru sebagai penyiasat swasta. Pada asasnya dia adalah penjaga gawang, menjalankan pekerjaan ganjil untuk menyusup ke kawasan Yakuza sehingga berkawan dengan kucing jalanan. Dalam masa yang sama, Yagami membina hubungan dengan orang-orang di Kamurucho untuk memperbaiki reputasi beliau.

Ciri dan perjalanan permainan 

Korang cuba bayangkan, saya cuba bermain game ni tanpa henti walaupun terpaksa berhenti-henti jugak sebab nak siapkan artikel-artikel lain lagi! Tapi perhabis dekat 20 jam untuk permainan ni ternyata memuaskan hati. Saya memang peminat Yakuza dari dahulu lagi, pulak Judgment juga memiliki ciri yang sama cuma jalan cerita yang berbeza. Bagi orang baru atau mereka yang suka permainan yang penuh dengan cerita, pemainan ini pastinya akan menjadi menarik dengan aksi-aksi yang diselit kan sepanjang misi dalam cerita. Plot yang sangat menarik, sistem tempur permainan juga mempunyai tahap kebebasan yang sangat bertoleransi, membolehkan para pemain untuk mencari rutin mereka sendiri dari kemahiran yang luas, sama ada mabuk, gelombang penyu Qigong, boleh berada dalam permainan satu demi satu untuk satu pencapaian.

Jujur sebenarnya saya teringin nak main kat map lain yang berbeza dari Yakuza. Tapi nak buat macam mana kan, SEGA yang planning bukannya saya~ Untuk tetapan dan mengawal permainan sangat lah senang, cara-cara menggunakan kuasa, atau menumbuk, atau melakukan misi akan diajar pada setiap kali misi dengan penggunaan cara yang baru. Banyak misi yang korang boleh lihat sebenarnya, termasuk mini game , menyusup ke lokasi bertingkat, pemilihan perjalanan dan pelbagai lagi. Kawalan untuk berjalan, berlari dan menyusup sangatlah senang, dan potensi untuk Yagami kantoi memang susah sebab dia bukanlah Yakuza, jadi kehadiranya susah disyak wasangka.

Pemilihan untuk berlawan pula saya boleh pilih antara enis jungfu Crane atau pun Tiger. Teknik kungfu Crane yang diwakili ikon Crane biru dan aura biru yang terang ketika berlawan membolehkan Yagami mengatasi pelbagai jenis musuh dengan mudah. Dengan serangan yang berakrobatik dan mencapai jangkauan yang lebih baik untuk musuh yang lebih dari dua. Manakala teknik Tiger pula yang diwakili dengan  ikon kepala harimau dan aura merah cerah, haruslah digunakan sebaik mungkin untuk sesuatu keadaan. Yagami dapat menyerang lebih kuat, tepat dan memecahkan pengawal musuh dengan teknik ini.

Selain gaya-gaya yang disebutkan di atas, Yagami juga dapat melakukan serangan dinding, di mana dia dapat melompat ke dinding untuk melepaskan diri dan serang musuh. Keupayaan serangan dinding ini boleh digunakan untuk mengawal orang ramai atau untuk menimbulkan musuh dan membolehkan Yagami melakukan beberapa serangan EX yang unik.

Yagami juga dapat meningkatkan kuasa pertempurannya melalui mod EX Boost. Ia meningkatkan kuasa Yagami, menjadikannya sementara untuk melakukan kerosakan, menghalangnya daripada terkejut, dan menjadikannya sementara untuk serangan kritikal (digelar sebagai “Serangan Deadly”) yang boleh merosakkan kesihatan Yagami secara kekal, yang hanya dapat sembuh dengan menggunakan Medkit.

Dalam sisten pertempuran, saya memang berpuas hati sebab boleh amik apa saja untuk menyerang musuh. Kesan pertempuran terhadap pintu kaca, barangan tepi jalan dan pelbagai lagi memberi impak yang ketara. Kemudian untuk perjalanan, pelbagai lorong yang boleh digunakan sebagai jalan pintas berbanding dengan Yakuza. Dan untuk perhatian juga pelbagai poster yang ditampal didinding serta ada juga yang mempunyai kod QR yang membolehkan pemain mengimbas kod tersebut untuk mendapat barangan serta kemahiran pertempuran yang baru.

Selebihnya…

Jadi sama seperti Yakuza, Judgment turut ada permainan mini dan juga misi-misi kecil yang harus diselesaikan. Daripada permainan tersebut, saya mendapat kemahiran untuk dikumpulkan. Selain itu saya juga boleh membeli barangan seperti patung, beg baju untuk kegunaan misi, serta makanan untuk tenaga. Ha! Sebelum terlupa, ada juga misi untuk saya menyamar dan perlu pakai baju lain untuk penyamaran.

 

1 of 9
- +

Kesimpulanya

Jugment memang ternyata sebuah projek yang berani dari Ryu Ga Gitiku Studio, meninggalkan siri Yakuza dan memberi nafas baru dengan siri Detektif yang mengganas ni merupakan idea yang sangat menarik untuk disambungkan ke siri-siri yang akan datang.

Takayuki Yagami terbyata seorang hero yang menarik, bersama pelakon sokongan yang kuat membawa cerita ini kepada kesimpulan yang memberi cengkaman yang aumm! Walau bagaimanapun, bandar Kamurocho mula menunjukkan kebosananya. Saya tahu mesti ramai yang memerlukan lokasi baru dari tempat yang sama dengan Yakuza kan!

Okay la, saya nak taip panjang-panjang pun korang mesti penat membaca kan. Jadi mengikut jalan cerita kalau tak panjang lagi, cuma kita singkatkan permainan ini memang menarik! Rekomen saya korang memang wajib beli game ni untuk koleksi dan mainlah sampai habis berulang kali pun takpa! Jadi korang boleh terus beli Judgment di PS Store berharga RM239. Nanti saya kongsikan gameplay permainan ini dalam video pulak ye!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Judgment

8 Score

Judgment adalah permainan yang berani dari Ryu Ga Gotuku Studio bagi meninggalkan Yakuza di belakang untuk mencipta thriller detektif yang menarik dan akan berkembang maju.

PROS

  • Plot yang sangat menarik dan tidak jauh berbeza dengan Yakuza
  • Yagami adalah protagonis yang hebat dengan cerita yang hebat
  • Aktiviti dan misi yang tidak akan membosankan!

CONS

  • Bandar Kamurocho yang semakin membosankan!
  • Perlawanan agak habis cepat

Review Breakdown

  • Walaupun bukan sekuel Yakuza, nafas baru Judgment memang ohcem! 0
Tags: JudgmentPlayStation 4Ryu Ga Gotokusegayakuza
Previous Post

Kemaskini PUBG Mobile Musim kelapan Terbaru Dilengkapi Sistem, Pas, Senjata baru dan banyak lagi!

Next Post

Nintendo Switch dinaik taraf dengan peningkatan nyawa bateri yang lebih bagus!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Nintendo Switch dinaik taraf dengan peningkatan nyawa bateri yang lebih bagus!

Nintendo Switch dinaik taraf dengan peningkatan nyawa bateri yang lebih bagus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd