Rasmi diumumkan malam tadi, kami akhirnya mendapat tahu tentang beberapa info awal untuk EA FC 25, game terbaharu dalam francais EA Sports FC. Sebagai pengganti kepada EA FC 24, gembar-gembur berkaitan EA FC 25 telah mula meningkat sejak beberapa minggu lalu, dan kini kami akhirnya tahu muka depan rasmi untuk game tersebut akan dibintangi oleh Jude Bellingham.

Bintang England dan Real Madrid, Jude Bellingham telah menggantikan Erling Haaland sebagai bintang utama untuk Ultimate Edition. Saya sendiri menyangka Haaland akan berkhidmat lebih lama sebagai duta EA FC, tetapi penyerang Manchester City itu hanya menghabiskan masa setahun selepas menggantikan Kylian Mbappe.
Ternyata, pilihan EA pun bagus kerana Bellingham telah mengalami musim yang bagus di taraf kelab dan antarabangsa, dan merupakan antara bintang-bintang terkenal di dunia bola sepak moden.
Dalam pakaian sukan Adidas berwarna putih dan biru, Bellingham duduk di tengah; ditemani oleh legenda Real Madrid, Zinedine Zidane dan David Beckham di sisi kanan; manakala di sebelah kirinya adalah pemenang Ballon d’Or Wanita Aitana Bonmatí, dan bekas penjaga gol terbaik dunia, Gianluigi Buffon.
Bagi saya, muka depan EA FC 25 Ultimate Edition ialah upgrade yang sangat besar berbanding EA FC 24, di mana mereka memilih untuk memasukkan versi sebenar Bellingham dan bintang-bintang bola sepak lain daripada menggunakan model 3D.

Gambar Ultimate Edition juga menampilkan koleksi beberapa trofi penting dalam bola sepak (yang mungkin mengusik beberapa mode pemain boleh cuba), tetapi setakat yang kami tahu, tiada maklumat lain tentang game itu telah didedahkan, termasuk pandangan visual dan grafik pertama, gameplay dan mekanik baharu, dan mode yang ditawarkan.
Nasib baiklah, EA akan mendedahkan EA FC 25 secara lebih mendalam, pada hari esok, 17 Julai pada jam 11:57 malam melalui YouTube.
@gamersantaimy
Discussion about this post