Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jonathan Majors Rasmi Dipecat Marvel Studios, Didapati Bersalah Atas Tuduhan Serangan, Gangguan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 19, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Jonathan Majors Rasmi Dipecat Marvel Studios, Didapati Bersalah Atas Tuduhan Serangan, Gangguan
Share on FacebookShare on Twitter

Masa depan Jonathan Majors sebagai penjahat utama Kang the Conqueror dalam siri filem dan televisyen Marvel akhirnya telah diberi keputusan. Jonathan Majors secara rasmi dipecat oleh Marvel Studios selepas didapati bersalah atas tuduhan serangan dan gangguan agresif terhadap bekas teman wanitanya, Grace Jabbari.

Kredit: Marvel

Keputusan itu dicapai pada hari ini oleh juri di New York yang terdiri daripada enam orang. Mereka berbincang selama lebih empat jam, dalam tempoh durasi tiga hari. Majors akan dijatuhkan hukuman pada 6 Februari.

Kredit: Marvel

Kejadian ini berlaku selepas Majors mengalami tahun paling suskes dalam kerjayanya. Dia diambil sebagai penjahat utama terbaharu, Kang the Conqueror, dalam Marvel Cinematic Universe Phase 5. Kang asalnya tampil dalam siri Loki, tetapi kemudian menjadi antagonis besar dalam Ant-Man and the Wasp: Quantumania dan bakal menjadi musuh utama dalam Phase 5. Bukan itu sahaja, dia juga membintangi bersama Michael B. Jordan dalam filem sekuel, Creed 3.

Kredit: Creed 3

Masa depannya memang cerah hingga ramai menganggap Majors sebagai pelakon superstar seterusnya tetapi keputusan bersalah hari ini telah menamatkan masa depannya dalam MCU. Selepas berita tentang Jonathan Majors mula timbul di internet, ramai khabar mengatakan bahawa Majors tidak akan kekal sebagai Kang pada masa depan. Sekarang, kita sudah mendapat keputusan.

Kredit: Marvel

Menurut Variety, perbicaraan berakhir pada 18 Disember dengan keputusan “bersalah” atas dua tuduhan salah laku iaitu serangan dan gangguan. Tidak dapat menunggu, Marvel Studios segera memutuskan hubungan dengan Majors pada hari yang sama. Malah, Majors juga dibuang oleh syarikat publisitinya, Lede Company, dan pengurus-pengurus di Management 360 ketika insiden ini mula menjadi viral.

Kredit: People

Di bahagian Marvel Cinematic Universe, nama Avengers: The Kang Dynasty telah dibuang dan kini bertajuk Avengers 5, menurut The Hollywood Reporter. Ini akan menjejaskan rancangan MCU tetapi semuanya mungkin akan berjalan lancar di sebalik tabir.

Marvel Studios boleh sama ada mencari pengganti, menyusun semula watak atau merombak balik keseluruhan jalan cerita. Buat masa ini, kita hanya mampu tunggu berita akan datang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jonathan MajorsMarvel
ShareTweetSend
Previous Post

Armored Core VI: Fires of Rubicon Tambah ‘Update Ranked Matchmaking!’

Next Post

“It’s Anime” Saluran Youtube Baharu untuk Korang Layan Anime Secara Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
“It’s Anime” Saluran Youtube Baharu untuk Korang Layan Anime Secara Percuma!

"It's Anime" Saluran Youtube Baharu untuk Korang Layan Anime Secara Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd