Hari ini Arc System Works telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan ujian beta terbuka untuk Guilty Gear -Strive-, ansuran terbaru dalam francais “fighting game” mereka yang terkenal, untuk platform PlayStation 4 dan PlayStation 5 bermula 19 Februari jam 11am GMT hingga 21 Februari jam 10pm GMT . Pengguna yang sudah pra-pesanan Guilty Gear -Strive- melalui PlayStation Store dapat mengakses ujian beta terbuka ini lebih awal pada 18 Februari jam 11am GMT.
Ujian beta terbuka akan menampilkan 13 “playable character” (Anji Mito dan watak ke-15 tidak boleh dimainkan) untuk kita cuba, serta mod permainan berikut:
Offline
- VS COM /VS 2P: anda boleh bermain dengan komputer atau raka-rakan
- Tutorial: belajar cara asas untuk bermain permainan
- Training: menghasilkan semula pelbagai situasi dan berlatih secara bebas
Network
- Online: anda boleh bermain dalam talian dengan pemain dari seluruh dunia.
*Open Beta akan menyokong cross-play antara PlayStation 4 dan PlayStation 5*
Guilty Gear -Strive- akan dikeluarkan pada 9 April 2021 di PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC, manakala edisi Deluxe dan Ultimate akan dilancarkan tiga hari lebih awal pada 6 April. Kepada mereka yang membeli versi PlayStation 4, kamu juga akan menerima versi PlayStation 5 secara percuma. Memang hebat sekali! Untuk segala liputan kami tentang Guilty Gear -Strive-, sila lawat pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post