Bandai Namco, dengan sokongan Shueisha Inc. dan TOEI Animation akan mengadakan acara dalam talian “DRAGON BALL Games Battle Hour 2022”. Acara ini menampilkan yang terbaik daripada “DRAGON BALL” termasuk manga original, animasi, filem, game, figura dan banyak lagi.
- Tarikh dan Masa:
- 19 Februari 2022 dari 8:00 AM hingga 1:00 PM
- 20 Februari 2022 dari 1:00 AM hingga 9:00 AM


Peserta dapat mencipta avatar sendiri untuk berinteraksi dengan pemain lain dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti. Antara aktiviti adalah kejohanan berpasukan untuk game ‘DRAGON BALL SUPER CARD GAME’, ‘DRAGON BALL LEGENDS’ dan ‘SUPER DRAGON BALL HEROES’. Kejohanan paling besar adalah untuk “DRAGON BALL FighterZ” di mana pemain hebat dari Jepun, Amerika Utara dan rantau EU akan bersaing merentas wilayah dalam ‘Team & Draft Tournament’. Pihak Bandai Namco juga akan memperkenalkan beberapa ciri penting untuk game akan datang, “DRAGON BALL: THE BREAKERS”.
Selain itu, saya juga menunggu program “DRAGON BALL SUPER: SUPER HERO” yang bakal mendedahkan maklumat terkini tentang filem, bersama dengan cerita di sebalik tabir, dan temu bual serta mesej dari pelakon suara untuk filem tersebut.
Untuk memperingati acara ini, barangan rasmi dan produk edisi terhad kini tersedia untuk pra-pesan melalui e-kedai BANDAI NAMCO Entertainment Asia! Berikut adalah senarai barang yang ditawarkan:
Untuk butiran mengenai acara ini, sila layari laman web rasmi “DRAGON BALL Games Battle Hour 2022” di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post