Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom sambut Acer Day 2023! Penuh dengan aktiviti, promosi, hadiah & peranti edisi khas!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Pameran/Expo, Promosi, Teknologi
0 0
0
Jom sambut Acer Day 2023! Penuh dengan aktiviti, promosi, hadiah & peranti edisi khas!
Share on FacebookShare on Twitter

Perayaan tahunan Acer Day kembali dengan pelbagai aktiviti dan promosi untuk dinanti-nantikan para pengguna, mulai esok (3 Ogos 2023). Dengan tema #AceYourWorld, Acer Day 2023 bertujuan untuk memberdayakan individu-individu melalui akses kepada teknologi. Acer Day 2023 menggalakkan semua pihak, sama ada pelajar, gamer, golongan profesional, dan usahawan, untuk ikut serta dan berseronok bersama.

Kredit: Acer Malaysia

Sebagai sebahagian daripada perayaan Acer Day, Acer Malaysia akan mempamerkan produk-produk inovatif yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan menaik tarafkan pengalaman digital untuk pelbagai peribadi dan gaya hidup.

Acer Swift Go 14 Edisi Khas

Kredit: Acer Malaysia

Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Acer Swift Go 14 Edisi Khas, dibawa khas untuk Acer Day 2023. Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core H generasi ke-13, Acer Swift Go 14 Edisi Acer Day ini datang dengan paparan OLED 14 inci, menawarkan warna yang terang lagi tepat, dan kualiti imej yang sangat jelas. Dengan berat hanya 1.25kg, komputer riba edisi khas ini mempunyai reka bentuk tersendiri yang menghiasi casis yang ringan dan nipis.

Acer Swift Go 14 Edisi Khas tersedia dalam dua pilhan, iaitu model Core i7 dan Core i5 dengan harga masing-masing RM4,599 dan RM3,899. Dilengkapi dengan lesen Microsoft Office Home and Student 2021 serta jaminan selama 2 tahun, ia akan tersedia pada bulan Ogos 2023.

Shopee Super Brand Day

Untuk memulakan perayaan ini, Acer Day akan bermula dengan Shopee Super Brand Day pada 3 Ogos 2023 dengan Shopee Live, jualan kilat dan pelbagai promosi.

  • Acer Malaysia telah menyediakan pelbagai hadiah yang berharga lebih dari RM9,000, termasuk komputer riba Acer Swift Edge yang nipis lagi ringan sebagai hadiah semasa Shopee Live Acer yang bermula pada jam 1pm dan Shopee Live Acerpure yang bermula pada jam 3pm.
  • Para pelanggan boleh mendapat diskaun sehingga RM1,430 untuk pelbagai produk di kedai-kedai Acer terpilih dan kedai flaghip serta kedai rasmi Acerpure pada hari yang sama.
  • Sebagai tambahan, pelanggan boleh mendapat baucar sehingga RM 250 yang boleh langsung digunakan di saat pembayaran.

Karnival Acer Day

Kredit: Acer Malaysia

Tahun ini, Acer Malaysia membawa Acer Day lebih dekat ke pelanggan dengan karnival yang akan diadakan di kedai-kedai Konsep Acer terpilih sepanjang 4 minggu. Ujaan luar talian ini direka sebagai perayaan untuk pelanggan, bakal pelanggan, dan pengguna umum dari kawasan yang berbeza, membolehkan mereka menyertai Acer Day di kedai yang terdekat.

  • Para pelanggan yang membeli produk dengan segera boleh memutar roda untuk peluang memenangi rebat tunai berdasarkan pembelian mereka dengan kumpulan hadiah berharga RM230,000.
  • Jualan kilat pada 2pm-6pm pada hari Sabtu terpilih di kedai-kedai Konsep Acer terpilih menawarkan potongan harga yang mencecah lebih dari 90% untuk komputer riba, komputer desktop, monitor, dan peranti persisian pembersih udara terpilih selama masa karnival.

Promosi selama Perayaan Acer Day

Kredit: Acer Malaysia

Promosi selama dua bulan akan bermula dari 3 Ogos sehingga 30 September 2023 di kedai-kedai Acer terpilih di Malaysia. Kedua-dua varian Acer Swift Go 14 Edisi Khas akan dijual dengan potongan harga sebanyak RM300 selama perayaan ini. Selain itu, siri Predator Helios Neo 16 akan menikmati potongan harga sebanyak RM400, termasuk varian barun Helios Neo 16 yang dikuasakan oleh Intel Core i7 dan NVIDIA GeForce RTX 4060. Lengkap dengan RAM 16GB dan SSD 1TB, harga standard komputer riba ini adalah RM5,699.

Lebih Banyak Hadiah dan Keriangan Sehingga September

Kredit: Acer Malaysia

Dari tarikh 3 Ogos 2023 sehingga 30 September 2023, pelanggan yang membeli produk terpilih di atas talian atau di luar talian di semua kedai-kedai Konsep Acer dan kedai-kedai Acer terpilih akan dapat menebus kredit eWallet dan menyertai cabutan bertuah.

  • Tebus kredit eWallet Touch ‘n Go sebanyak RM 250 melalui www.a-redemption.com.
  • Turut serta dalam cabutan hadiah bulanan dengan kumpulan hadiah sebanyak RM100,000. Hadiah yang boleh dimenangi termasuk komputer riba Nitro 5, kerusi Gaming Predator, meja dengan ketinggian yang boleh dilaras, bagasi Acer Melbourne bersertakan aksesori Predator dan Nitro
  • Pelanggan yang membeli komputer riba atau komputer desktop Predator dan Nitro terpilih dalam bulan Ogos akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket ke Intel Extreme Masters (IEM) di Sydney yang masing-masing berharga USD2,000.

Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Acer, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Acer Day 2023DiskaunLaptoppromosiTeknologi
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen X Fortnite rasmi akan kolab, bakal dapat empat Skin baru!

Next Post

Kejohanan Street Fighter 6 Tergendala Kerana Mod Watak Chun-Li yang Mencolok Mata!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Kejohanan Street Fighter 6 Tergendala Kerana Mod Watak Chun-Li yang Mencolok Mata!

Kejohanan Street Fighter 6 Tergendala Kerana Mod Watak Chun-Li yang Mencolok Mata!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd