MY Digital Creativity Festival (MYDCF) 2021 telah mengumumkan kembali acara LEVEL UP KL dan Kre8tif! Acara ini kembali untuk membawa dan memberikan animasi dan games yang terbaru dan terhebat di rantau asia tenggara.
Bermula 8 September 2021 sehingga 30 September 2021, acara ini akan dijalankan dengan mengadakan MY Digital Creativity Festival: Business Conference & Networking, di mana semua pengunjung akan dapat membuat membuat hubungan dan meneroka peluang perniagaan.
Antara akitiviti-aktviti yang juga dijalankan ialah Business Connection Program, Blockchain Bootcamp, Industry Conference, Elevator Pitch untuk animasi, Indie Pitch untuk game dan SEA Game Jam.

Terdapat dua pakej yang disediakan untuk menghadiri acara ini. Pakej yang pertama ialah Pakej premium. Pakej ini akan memberikan pengunjung akses ke Business Connection Platform yang merupakan perjumpaan 1-to-1 bersama pengunjung lain. Selain itu, pengunjung juga dapat melihat semula semua tayangan persidangan yang ada sepanjang acara ini. Pemilik pakej ini juga dapat mengunjung laman web peserta pameran dan penaja.
Pakej percuma pula hanya memberikan akses kepada pengunjung untuk menonton persidangan siaran langsung pada 21 September sehingga 24 September 2021.

Untuk pengetahuan semua, LEVEL UP KL ini merupakan salah satu acara yang dinantikan setiap tahun terutamanya buat pembangun dan pemain di Asia Tenggara. Pada tahun lepas, LEVEL UP KL 2020 telah menjemput ramai pembangun terkenal dan indie untuk memberikan sedikit sebanyak perkara mengenai industri yang sedang membangun di negara-negara asia tenggara.

Kita juga dapat mencuba demo permainan daripada pembangun indie. Malah terdapat juga anugerah SEA GAME AWARDS yang merupakan anugerah yang mengiktiraf dan meraikan kreativiti, kesenian dan kecerdasan teknikal pembangun permainan terbaik. Untuk membaca lebih banyak mengenai LEVEL UP KL, korang boleh baca liputan kami di sini.
Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam acara terbesar ini boleh daftar di Kre8tif untuk animasi dan LEVEL UP KL untuk games. Untuk maklumat lebih lanjut, peserta boleh pergi ke laman web MYDCF atau emel kepada [email protected].
@gamersantaimy
Discussion about this post