Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Meriahkan Disney+ Hotstar Day 2022 di Sunway Pyramid Minggu Ini! Banyak Aktiviti Hebat Tersedia!

Maira by Maira
September 6, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Disney+, Movie/siri, Tempatan
0 0
0
Jom Meriahkan Disney+ Hotstar Day 2022 di Sunway Pyramid Minggu Ini! Banyak Aktiviti Hebat Tersedia!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi Disney+ Hotstar Day akan berlangsung! Bukan setakat itu sahaja, ada beberapa rancangan yang menarik akan ditayangkan pada hari itu. Livestream khas juga akan distrim memaparkan beberapa projek terbaru daripada Disney nanti! Sempena dengan acara hebat tersebut, Disney+ Hotstar Day 2022 juga akan diadakan secara fizikal dia Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Anda yang berminat untuk ke acara ini, ianya akan berlangsung selama emapt hari berturut-turut, pada 8 September sehingga 11 September 2022 dan bermula daripada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Lokasinya di Blue Atrium, Sunway Pyramid. Jadi jangan sesat pula! Sudah namanya acara, sudah tentu ada beberapa acara menarik yang akan diadakan. Jom kita tengok aktiviti apa yang boleh dilakukan semasa di Disney+ Hotstar Day 2022 ini!

  • Marvel’s She-Hulk: Superpowered Photo Op
    • Bergambar bersama peguam hebat, She-Hulk!
  • Disney’s Pinocchio: Puppet Painting Activity
    • Serlahkan bakat anda dalam mereka patung anda sendiri.
  • Gerai popcorn Pixar: Cars on the Road
    • Dapatkan snek ringan sepanjang acara berlangsung.
  • The Zone: Kinetic Running Game
    • Siap sedia dan masuk ke dalam Zone serta selesaikan tugas misteri.
  • Ejen Ali: Interactive bouldering mission
    • Jadilah ejen terbaik dengan menyelesaikan misi hebat sambil mengelak tembakan cahaya.
  • Star Wars: Squadron Flight Mission
    • Teringin untuk pandu jet? Jom mulakan misi dan lindungi Rebel Alliance!

Tidak meriahlah kalau tiada maskot-maskot daripada Ejen Ali, betul tidak? Kalau anda terasa nak bergambar dengan Ali dan kawannya, jangan lupa untuk hadir ke acara ini. Terdapat juga artis tempatan hebat yang akan turut memeriahkan acara pada hujung minggu ini.

Untuk dapatkan liputan lain mengenai Disney+ Hotstar daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Disney+ HotstarDisney+ Hotstar Day 2022
Previous Post

Syarikat induk Garena terpaksa batalkan projek & hentikan pekerja, rugi hampir USD 1 billion!

Next Post

Influencer popular Malaysia tampil dalam video Elden Ring, capai 600,000+ view dalam 2 hari

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Influencer popular Malaysia tampil dalam video Elden Ring, capai 600,000+ view dalam 2 hari

Influencer popular Malaysia tampil dalam video Elden Ring, capai 600,000+ view dalam 2 hari

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd