Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Lihat Pemain E-Sports Tempatan yang Mendapat Pendapatan Tertinggi di Malaysia!

Siapa agak korang yang mendapat pendapatan tertinggi ni?

Nyny.A by Nyny.A
August 21, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Jom Lihat Pemain E-Sports Tempatan yang Mendapat Pendapatan Tertinggi di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah terfikir tak sama ada ada atau tidak pemain e-Sports Malaysia yang berjaya seperti pemain-pemain luar negara? Untuk pengetahuan anda semua, ia memang ada! Kebanyakkan hero-hero e-Sports Malaysia yang berjaya adalah dari permainan terkemuka di seluruh dunia iaitu Dota 2!

Hari ini kami nak berkongsikan beberapa pemain e-Sports Malaysia yang berjaya membawa nama ke prasada antarabangsa dan memenangi banyak kemenangan dalam perlawan e-Sports antarabangsa. Terutama beberapa dari mereka yang kini berentap di The International 2019 DOTA 2 dan akan membawa pulang RM61,616,667.61 ($14,726,737)! Jom lihat senarainya disini;

MidOne – Yeik Nai Zheng (DOTA 2)

Sumber: FB MidOne

Berumur 23 tahun, MidOne merupakan salah seorang pemain e-Sports yang berasal dari Malaysia dan mempunyai pendapatan tertinggi secara keseluruhan di Malaysia. Kini menjadi salah seorang ahli Team Secret, pendapatan keseluruhan untuk masa ini mencecah 1.3 Juta USD (Anggaran MYR 5.4 Juta). Bertungkus-lumus dengan kerjaya bermain DOTA 2, siapa sangka MidOne kini menjadi pemain pertama yang memiliki 10000 MMR di server Asia Tenggara.

xNova – Yap Jian Wei (DOTA 2)

Sumber: Liquipedia

Baru berumur 22 tahun, xNova kini berjaya menjadi pemain e-Sports DOTA 2 yang terkenal di Malaysia. Pertama kali bermain dengan team 343, kini xNova berjaya merantau pelbagai acara besar DOTA 2 bersama PSG.LGD esports. Mendapat pendapatan sehingga 1.1 juta USD (anggaran MYR 4.5 juta) memang xNova layak mendpaat pendapatan sebegitu rupa dengan hasil kejayaanya yang semuanya hebat-hebat!

Mushi – Chai Yee Fung (DOTA 2)

Sumber: FB Mushi

Lejendari DOTA 2! Mushi telah membawa pelbagai kemenangan dari tahun 2011 ketika bersama Orange hingga kini bersama Geek Fam! Naik turun perjalananya, Mushi kini merupakan pemain e-sports yang membanggakan Malaysia! Dengan pendapatan sehingga 1.02 juta USD (anggaran MYR 4.2 juta) dari kemenangan lebih dari 80 acara juga pernah menjadi DOTA ALL STAR Player. Nama Mushi tidak akan pernah lekang di kalangan pemain DOTA!

Ah-fu – Chuan Tue Soon (DOTA 2)

Sumber: Liquipedia

Ah-fu yang juga berada di The International 2019 mewakili Malaysia untuk team Royale Never Give Up. Pemain DOTA 2 yang digeruni ini telah memasuki pelbagai acara termasuk The International 2017 ditangga ke-3! Tidak hairanlah jika pendapatanya mencecah 600 ribu USD! (anggaran MYR 2 juta).

Ohaiyo – Chong Xin Khoo (DOTA 2)

 

Sumber: FB Ohaiyo

Pernah menjuarai beberapa acara DOTA 2, Ohaiyo juga merupakan salah seorang pemain esports DOTA 2 yang dikenali ramai. Mempunyai pendapatan sehingga 500 ribu USD (anggaran MYR 2 juta) daripada lebih dari 60 acara!

343 – Adam Shah (DOTA 2)

Sumber: FB 343
Sumber: FB 343

343 atau Adam Shah bukan nama asing bagi dunia DOTA terutama di Asia Tenggara. Telah bertukar pasukan untuk beberapa kali dan kini menjadi jurulatih bagi sesiapa yang ingin masuk ke pasukan Complexity Gaming. Mempunyai pendapatan sehingga 300 ribu USD (anggaran MYR 1.2 juta), kami berharap agar Adam kekal menaikkan nama di prasada esports!

Sebenarnya ramai lagi anak-anak tempatan kita yang berjaya mendapat pendapatan tinggi untuk pelbagai acara esports! Tidak tersangkal lagi DOTA 2 memang telah membuatkan ramai pemain berjaya hingga kini, mungkin banyak lagi permainan lain yang akan berjaya seperti DOTA 2 dan lebih ramai lagi anak tempatan kita yang akan mengharumkan nama Malaysia.

Teruskan sokong anak-anak tempatan kita dalam dunia esports!

Sumber: Esports earning; Liquipidea, Facebook

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 343 Adam ShahDota 2eSports MalaysiaMidOneMushiOjaiyoxNova
Previous Post

Mod Infection didalam PUBG Mobile? Ini adalah Perbezaan Zombie yang anda akan jadi!

Next Post

Permainan FOR HONOR Nampaknya Boleh Didapati Secara Percuma Sekali lagi untuk PC!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Permainan FOR HONOR Nampaknya Boleh Didapati Secara Percuma Sekali lagi untuk PC!

Permainan FOR HONOR Nampaknya Boleh Didapati Secara Percuma Sekali lagi untuk PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd