Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Lawat Ultra Heroes Tour Di Paradigm Mall – Boleh Jumpa Ultraman Blazar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 30, 2023
in Artikel, Berita, Pameran/Expo, Produk, Tempatan, Tokusatsu
0 0
0
Jom Lawat Ultra Heroes Tour Di Paradigm Mall – Boleh Jumpa Ultraman Blazar!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada November ini, Malaysia sekali lagi akan menjadi tuan rumah kepada Ultra Heroes Tour South East Asia (SEA) yang berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember 2023 di Paradigm Mall, Petaling Jaya, sebagai negara pertama dalam jelajah Asia Tenggara. Peminat dan para pengumpul di Malaysia sekali lagi akan mendapat peluang untuk menjadi negara pertama di luar Jepun untuk bertemu dengan hero Ultra terbaru, Ultraman Blazar.

Kredit: Tsuburaya

Sebuah patung bersaiz manusia ‘ULTRAMAN BLAZAR’ (lebih kurang 2.0m tinggi), diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’, akan dipamerkan dan dijangka menjadi kegemaran orang ramai untuk peluang bergambar. Jadi jangan lepaskan peluang ini!

Kredit: Gamer Santai

Ultra Heroes Tour dianjurkan oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co. Ltd., di bawah naungan jenama, Tamashii Nations. Dengan pelbagai sorotan menarik, Ultra Heroes Tour bersedia untuk menangkap imaginasi peminat Ultraman, yang majoriti telah membesar menonton siri tokusatsu ikonik Jepun itu.

Kredit: Gamer Santai

Beberapa peminat mungkin masih ingat persembahan pentas menarik yang berlangsung tahun lalu. Tahun ini menjanjikan pertempuran yang lagi menarik dengan aksi sinematik mendebarkan, penuh adrenalin, secara dekat dan langsung, yangmenampilkan Ultraman Blazar dan Volcan (The Magma Invasion Army Admiral).

Pastikan anda tanda kalendar untuk menyaksikan persembahan pertama yang akan berlangsung pada 1 Disember jam 7.00 malam. Terdapat juga ulangan untuk persembahan pentas tersebut pada hujung minggu 2hb, 3hb, 9hb dan 10hb Disember pada 1 petang, 4 petang dan 7 malam. (Jadual tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal). Satu lagi kejutan istimewa adalah siaran video khas oleh bintang Jepun, Tomoya Warabino yang berlakon sebagai Gento Hiruma di Ultraman Blazar.

Satu lagi sorotan di Ultra Heroes Tour ialah figura-figura terbaru dari Tamashii Nations yang dipaparkan bersama diorama yang menarik perhatian. Figura-figura ini bukan sahaja terdiri daripada siri S.H.Figuarts Ultraman, malah juga ada IP popular lain seperti ‘ONE PIECE’, ‘SPY x FAMILY’, ‘MASHLE’ dan ‘HELL’S PARADISE’.

Bagi peminat anime dan figura yang bersemangat, Tamashii Nations juga akan menampilkan 3 item eksklusif untuk acara. Ini ialah ‘S.H.Figuarts Ultraman ZERO – Clear Color ver’, ‘S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN)’ dan ‘FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU-Dragon Fist Explosion – Exclusive Edition’. Turut tersedia ialah ‘S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)’.

Butiran Acara

Kemasukan ke Ultra Heroes Tour South East Asia adalah PERCUMA dan berlangsung di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Waktu buka 10 pagi-10 malam setiap hari. Pelawat mestilah berumur 15 tahun ke atas dan mereka yang di bawah umur mesti ditemani oleh penjaga.

  • Lokasi: Paradigm Mall Petaling Jaya | Level CC, Concourse Square
  • 30 Nov-10 Dis 2023 | Buka Setiap Hari 10 pagi-10 malam

Dapatkan segala berita kami tentang Ultra Heroes Tour di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaUltra Heroes TourUltraman Blazar
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail & Lies of P Antara Pemenang Apple App Store Awards 2023!

Next Post

Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang Disember 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang Disember 2023!

Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang Disember 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd