Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R Review – Game JoJo yang Dinantikan Selama ini!

Maira by Maira
September 13, 2022
in Artikel, Berita, Fighting, Game, Game Review, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R Review – Game JoJo yang Dinantikan Selama ini!
Share on FacebookShare on Twitter

JoJo’s Bizarre Adventure All-Star Battle R baru sahaja dilancarkan awal September. Kalau anda ingin tahu, game ini merupakan versi kemas kini untuk game original yang memaparkan watak baru dan gameplay yang diperbaharui. Disebabkan game ini eksklusif di PS3, sudah tentu ramai yang baru merasa keseronokan game ini termasuklah kami. Terima kasih kepada Bandai Namco Entertainment SEA kerana memberi kami peluang untuk bermain game ini. Jadi nak tahu best atau tidak game JoJo ini, teruskan baca review kami ini!

Gameplay

Untuk pengetahuan anda, JoJo’s Bizarre Adventure All-Star Battle R merupakan game fighting di mana anda akan bermain menggunakan dua watak. Tetapi watak kedua lebih kepada watak assist sahaja. Setiap watak mempunyai cooldown yang berlainan bergantung kepada jenis assist yang digunakan. Jadi sebelum main, baik pilih elok-elok watak mana yang sesuai dengan gaya permainan anda.

Game ini juga mempunyai Stage Hazard yang membolehkan anda untuk bergerak di sekitar stage malah anda boleh mengelak ke sisi seperti Tekken. Kadang-kadang terasa menyampah juga dengan stage sebegini. Lagi elok kalau tutup sahaja ciri ini kalau bermain untuk pertandingan.

Jojo's Bizarre Adventure Battle

Terdapat mekanik unik yang dipanggil Style Action dalam JJBA All Star Battle R ini. Ianya seperti butang Drive dalam game Blazblue tetapi ia lebih mudah. Kalau anda penonton JoJo, anda mesti perasan bahawa siri tersebut mempunyai ramai watak dengan gaya pertempuran sendiri. Di sinilah Style Action ini berfungsi.

Kebanyakan Style Action milik watak akan menyeru Stand masing-masing dan ini akan mengubah moveset mereka. Sudah tentu ini juga akan memberikan kesan kepada gameplay. Contohnya kalau anda gunakan Jotaro Basic, dia hanya gunakan Star Platinum seperti projectile tetapi selepas Style Action digunakan, dia terus boleh menyerang musuh hanya dengan Star Platinum dan menjadikannya lebih dekat kepada musuh.

Disebabkan ada banyak sangat watak, anda cuba sahaja watak-watak yang ada sehingga jumpa yang sesuai dengan gameplay anda. Yang penting pihak lawan boleh ditumbangkan dan membolehkan anda mengubah stance dan gunakan mod yang anda inginkan. Selain itu, dalam game ini ada juga ciri yang dipanggil Rotate cancel. Masa dia agak ketat tetapi sangat membantu jika game terasa sangat sengit.

Kalau anda baru nak berjinak dalam game fighting, jangan risau kerana ia mempunyai sistem autocombo yang dipanggil easy beat. Tekan sahaja butang “light attack” 3 kali berturut-turut dan game akan lakukan kombo untuk anda. And juga boleh habiskan kombo tersebut dengan “super” kalau meter anda penuh.

Jojo's Bizarre Adventure Battle

Tidak seronoklah kalau tidak main online betul tidak? Tetapi malangnya JJBA All Star Battle R tidak mempunyai rollback netcode. Memandangkan setiap game fighting sekarang sudah ada rollback netcode agak kecewa juga apabila game ini tiada ciri ini. Harap-harap CyberConnect2 ada perancangan untuk letakkannya nanti.

All Star Battle Mode

Mode ini senang ceritanya kandungan untuk single-player. Walaupun begitu ia masih lagi kandungan yang menarik untuk pemain alami. Terdapat banyak misi yang dibahagikan mengikut bahagian siri JoJo. Untuk anda yang tidak tahu, siri JoJo terdiri daripada 8 bahagian penceritaan. All Star Battle R ini juga agak seronok kerana anda boleh saksikan perlawanan antara dua watak yang tidak pernah berjumpa dalam siri.

Bukan setakat itu sahaja, cabarannya juga boleh tahan. Contohnya, Giorno yang memulakan pertarungan dengan Gold Experience Requiem dibuka ataupun Jotaro yang mempunyai damage yang dikurangkan.

Jojo's Bizarre Adventure Battle

Fanservice

Bercerita tentang fanservice, game ini sudah tentu dibuat khas untuk peminat JoJo. Setiap watak dikendalikan dengan sangat bagus lebih-lebih lagi dengan rupa mereka yang sama dengan manga. Malah gaya seninya juga hampir sama dengan model yang digunakan dalam lagu anime.

Kami suka melihat “win screen” mini yang diletakkan pada setiap pusingan kerana ia menyerlahkan lagi setiap watak. Personaliti watak JoJo ini sangat pelbagai malah posing dan animasinya sangat serupa dengan gaya extra Araki-sensei. Memandangkan beberapa ayat daripada game ini ada merujuk daripada manga. Jadi agak susah juga kalau nak terangkan kepada orang lain lebih-lebih lagi mereka yang tidak pernah menyentuh siri ini.

Jojo's Bizarre Adventure Battle

Walaupun soundtrack anime tidak digunakan, game ini masih lagi menyajikan soundtrack gempak semasa bermain. Ia sangat menggambarkan estetika JoJo itu sendiri. Berkenaan watak pula, anda boleh juga boleh edit watak anda menggunakan duit yang dapat daripada perlawanan. Apabila kami kata edit, ia bukan setakat rupa malah anda juga boleh menukar warna, efek bunyi, pose dan banyak lagi. Jadi tidaklah anda melihat watak serta ayat-ayat yang sama sahaja setiap kali lawan.

Jojo's Bizarre Adventure Battle

Seperti yang kami nyatakan, terdapat banyak watak-watak dalam JoJo daripada setiap bahagian cerita. Contohnya seperti Foo Fighters dalam Stone Ocean (Part 6) dan Pet Shop dalam Stardust Crusader (Part 3). Ingatkan bahagian lain seperti Jojolion (Part 8) akan mempunyai ramai watak. Malang sekali tidak. Sabar sahajalah.

Jojo's Bizarre Adventure Battle

Kesimpulan

Sebagai peminat JoJo sudah tentu kami menyukai game ini. Ia sememangnya satu game fighting JoJo yang sangat diambil berat dan dibangunkan dengan sangat baik. Dengan pelbagai watak yang hadir dalam remaster ini, banyak perkara hebat yang boleh dimainkan. Lebih-lebih lagi dengan moveset yang berubah dan ini mampu menarik perhatian pemain FGC yang lain. Walaupun rollback netcode tidak ada, kami harap sangat pembangun boleh perbaiki tutorial dalam game ini termasuklah penerangan untuk setiap pergerakan watak. Ini akan lebih memudahkan pemain baru untuk game fighting dan siri JoJo.

JoJo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R tersedia di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan Steam. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai JoJo daripada kami, boleh klik pautan ini.

Beli sekarang!
JoJo's Bizarre Adventure: All-Star Battle R
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: CyberConnect2
Release Date: 2022-09-02
Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Karya popular Hirohiko Araki, JoJo's Bizarre Adventure dihidupkan sebagai game fighting! Bertempur dengan 50 watak yang unik, menggunakan Stand, Hamon dan banyak lagi! Lihat bagaimana watak-watak yang tidak pernah bertemu, berinteraksi apabila bersemuka!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Jojo’s Bizarre Adventure: All-Star Battle R

7 Score

PROS

  • Fanservice banyak untuk peminat JoJo
  • Kandungan single player yang baik
  • Sistem Style Action menjadikan setiap watak unik

CONS

  • Tidak ada rollback netcode
  • Jojo Part 8 masih kurang perhatian

Review Breakdown

  • Game JoJo yang mesti ada oleh setiap peminat! 0
Tags: Jojo's Bizarre AdventureJojo's Bizarre Adventure: All Star Battle Rreview
Previous Post

Pencipta Tokyo Ghoul – Sui Ishida bantu dalam projek God of War Ragnarok!

Next Post

Black Clover dedahkan “The Land of the Sun & watak baru, rupanya kawan Yami!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Black Clover dedahkan “The Land of the Sun & watak baru, rupanya kawan Yami!

Black Clover dedahkan "The Land of the Sun & watak baru, rupanya kawan Yami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd