Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Jojo Membantu di Saat Sukar” — Interview JJBA Stone Ocean Bersama Fairouz Ai!

Maira by Maira
December 1, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Movie/siri, Netflix, Temuramah
0 0
0
“Jojo Membantu di Saat Sukar” — Interview JJBA Stone Ocean Bersama Fairouz Ai!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan bahagian terakhir siri anime Jojo’s Bizarre Adeventure Stone Ocean tersedia, kami pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pertarungan akhir antara Jolyne dan Pucci. Alang-alang sedang “hype” kami sempat juga bertanyakan beberapa soalan kepada pelakon suara Jolyne, Fairouz Ai! Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca!

Ada rujukan tertentu yang anda gunakan semasa menyuarakan Jolyne?

Fairouz: Semasa saya membaca manga, saya ada idea asas atau bayangkan suara Jolyne. Tetapi selepas dipilih untuk menyuarakannya, saya rasa dia mempunyai suara yang “cool”.

Jadi semasa episod pertama, saya cuba membuatkan suara saya lebih dalam untuk berbunyi cool tetapi apabila saya fikirkan tentang Stone Ocean, ia mengenai Jolyne yang pada awalnya seorang yang lemah. Daripada situ, kisah Jolyne bermula dan akhirnya menjadi seorang watak yang cool. Saya sedar bahawa Jolyne pada awalnya tidaklah cool. Apabila bercerita tentang Jolyne sebagai watak, anda tahu mengenai integritinya, wataknya dan sifat penyayangnya. Itulah semua perkara yang saya ambil berat semasa menyuarakannya.

Sudah tentu ada beberapa penambahan yang saya lakukan. Itu termasuk juga dengan pelakon suara lain, Mutsumi Tamura dan Mariya yang masing-masing menyuarakan Ermes dan F.F. Mereka telah membantu saya dalam menghasilkan suara Jolyne.

Apabila diumumkan sebagai pelakon suara Jolyne, ramai peminat yang teruja untuk mendengar kisah anda dengan siri Jojo sebagai seorang peminat. Apa perasaan anda dengan penerimaan peminat?

Fairouz: Saya rasa sangat bertuah dan menghargai mesej yang diterima daripada peminat. Mereka memberikan banyak sokongan dan kerana itu saya dapat menyuarakan Jolyne. Anda tahu, kesyukuran adalah perkara yang saya ada. Saya amat bersyukur dengannya.

Apabila saya jumpa dengan Jojo’s Bizarre Adventure semasa sekolah menengah. Sejak itu, apabila saya membuka mulut, saya hanya bercakap tentang Jojo. Jadi, kawan baik saya tahu tentangnya, jadi mereka memberikan mesej untuk meraikannya. Saya benar-benar menghargainya.

Saya sebenarnya mempunyai masa yang sangat sukar untuk pergi ke sekolah pada masa-masa tertentu. Ia sangat sukar. Jojo dan Jolyne sebenarnya memberi saya kekuatan untuk melalui pintu pagar sekolah. Ada orang yang bergelut dengan identiti mereka, orang yang susah, alangkah baiknya jika saya boleh menjadi sebahagian daripada harapan itu untuk mereka ini.

Adakah anda mempunyai scene kegemaran semasa merakam sebagai Jolyne?

Fairouz: Ada satu bahagian yang saya berikan sepenuhnya. Ianya scene di mana Jolyne berdepan dengan Jotaro. Dia telah meluahkan segala emosinya, apabila bapanya tiada bersamanya semasa kecil dan apabila dia dalam kesusahan. Dia sangat sedih mengenainya dan luahkannya dengan nada sarkastik. Bercerita tentang sarkastik, Jolyne memang sarkastik dan mungkin kelihatan agak biadap oleh penonton yang melihatnya dalam Stone Ocean buat kali pertama. Saya tidak mahukannya. Tetapi selepas itu, anda melihat bagaimana Jolyne mengetahui betapa dia disayangi dan dilindungi oleh Jotaro.

Saat inilah yang menyatukan beberapa perkara yang akan terjadi dalam cerita. Jadi saya fikir bagaimana untuk menyampaikannya dengan baik. Ia sememangnya meninggalkan kesan kepada saya.

Itu sahaja yang dapat kami kongsikan bersama anda untuk temu ramah bersama Fairouz Ai. Bahagian terakhir untuk Jojo’s Bizarre Adventure Stone Ocean juga sudah tersedia untuk ditonton di Netflix. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri Jojo, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fairouz AiJoJo's Bizarre Adventure: Stone Oceannetflix
Previous Post

Gundam Battle Operation 2: GBO Winter Festival 2022 sudah tiba!

Next Post

JJBA Stone Ocean Preview — Permulaan Kepada Penamat Siri Yang Gempak!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
JJBA Stone Ocean Preview — Permulaan Kepada Penamat Siri Yang Gempak!

JJBA Stone Ocean Preview -- Permulaan Kepada Penamat Siri Yang Gempak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd