Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

John Wick: Chapter 4 tampil dengan lebih banyak aksi, bakal tiba pada 24 Mac 2023

safwan by safwan
November 11, 2022
in Action, Artikel, Berita, Fighting, Filem, Movie/siri, Shooter
0 0
0
John Wick: Chapter 4 tampil dengan lebih banyak aksi, bakal tiba pada 24 Mac 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Lionsgate Movies akhirnya mengeluarkan satu trailer baru yang dinantikan oleh ramai peminat iaitu John Wick: Chapter 4 dan bakal ditayangkan bermula pada 24 Mac 2023.

John Wick (Keanu Reeves) mendedahkan jalan untuk mengalahkan High Table. Tetapi sebelum dia boleh mendapatkan kebebasannya, Wick mesti berhadapan dengan musuh baharu dengan pakatan kuat di seluruh dunia dan kuasa yang menukarkan kawan lama menjadi musuh.

Melalui trailer yang dikeluarkan di YouTube, kita boleh lihat bahawa filem ini akan membawa penuh aksi kepada peminat-peminat mereka. Bermula di gereja dan berjumpa dengan rakan lamannya iaitu Caine yang dilakonkan oleh Donnie Yen.

Mereka juga menunjukkan beberapa aksi lain yang sangat seronok untuk dilihat termasuk menembak semasa memandu kereta dan banyak lagi. Selain itu, filem ini akan membawa korang mengembara daripada padang pasir sehingga ke Eiffel Tower di Paris.

Nampaknya villain yang bakal lawan John Wick adalah The Marquis de Gramont. Wick dan Winston bekerjasama untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan baharu. Walaupun Winston menasihatkan untuk John Wick berlawan dengan Marquis dalam perlawanan 1v1, ia bukanlah jalan yang mudah untuk dia berbuat sedemikian dan akhirnya melawan satu kumpulan terus.

Filem ini akan dibintangi oleh Keanu Reeves sebagai John Wick, Donnie Yen sebagai Caine, Bill Skarsgard sebagai Marquis, Laurence Fishburne sebagai The Bowery King, Hiroyuki Sanada sebagai Shimazu, Shamier Anderson sebagai Tracker, Lance Reddick sebagai Charon, Rina Sawayama sebagai Akira, Scott Adkins sebagai Killa dan juga Ian McShane sebagai Winston Scott.

Dengan melihat trailer John Wick 4, kami beranggapan yang filem ke-4 ini besar kemungkinan akan menjadi filem terakhir bagi francais ini. Jika ia adalah benar, kami berharap yang filem John Wick 4 dapat menjadikan sebagai penutup yang bagus.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa John Wick: Chapter 4 bakal masuk pawagam Malaysia pada 24 Mac 2023. Sudah layan trailer John Wick: Chapter 4? Jika belum, kami sediakan trailer di bawah:

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak pautan menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: John Wick: Chapter 4
Previous Post

Dragon Age: Absolution akan keluar 9 Disember di Netflix, 6 episod sahaja!

Next Post

Impulse Gaming umum 11.11 Shopee Sale! Semua produk layak dapat rebat 10%!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Impulse Gaming umum 11.11 Shopee Sale! Semua produk layak dapat rebat 10%!

Impulse Gaming umum 11.11 Shopee Sale! Semua produk layak dapat rebat 10%!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd