Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Jika Fusion Dragon Ball Berlaku Di Dunia Sebenar?” – Jawapan Saintifik Oleh Saintis

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 1, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
“Jika Fusion Dragon Ball Berlaku Di Dunia Sebenar?” – Jawapan Saintifik Oleh Saintis
Share on FacebookShare on Twitter

Fusion (gabungan) adalah antara teknik paling terkenal dalam Dragon Ball, lagi-lagi jika kita bercakap tentang Fusion Dance dan Potarra Earrings. Sama ada Vegito atau Gotenks, Dragon Ball mempunyai banyak contoh di mana dua individu menjadi satu. Dalam sebuah temu bual, laman web rasmi Dragon Ball meminta seorang saintis sebenar untuk menerangkan bagaiaman Fusion boleh berlaku di dunia sebenar.

Kredit: Toei Animation

Berikut adalah jawapannya:

Laman web rasmi Dragon Ball berbual dengan Naoki Wada, Assistant Professor di Laboratory of Molecular Plant Breeding di Division of Bioscience and Bioindustry di Tokushima University’s Graduate School of Technology, Industrial, and Social Sciences. Wada mengambil peluang untuk menerangkan teori yang dia percaya telah berlaku apabila watak Dragon Ball bergabung,

Kredit: DB Official Website

“Pertama sekali, fusion dalam dunia natural berlaku apabila kedua-dua bahagian fusion adalah sel tunggal. Saya rasa tidak pernah berlaku kes di mana dua organisma multiselular telah bergabung dalam cara sama yang dilakukan Trunks dan Goten.”

“Ada sesuatu yang dipanggil “grafting (cantuman)” yang mungkin pernah didengari oleh sesetengah orang sebelum ini. Cantuman ialah teknik mencantumkan dua tumbuhan menjadi satu. Tetapi daripada mencampurkan dua tumbuhan bersama-sama, ia dicantumkan supaya bahagian atas berasal dari tumbuhan pertama dan bahagian bawah berasal dari tumbuhan kedua.”

Fusion Dance

Kredit: Shueisha

Naoki Wada membincangkan pendapatnya tentang Fusion Dance yang mencipta individu seperti Gogeta dan Gotenks.

“Hipotesis pertama saya ialah sel-sel dalam dua individu bercampur sepenuhnya tanpa benar-benar bercantum. Tetapi, dalam kes itu, saya rasa individu yang digabungkan akan mempunyai hasil ala mosaic untuk warna dan sebagainya. Contohnya, dari segi warna mata, individu baharu itu sepatutnya mempunyai gabungan mata hitam Goten dan mata biru Trunks. Tetapi mata Gotenks benar-benar hitam, jadi hipotesis ini tidak berfungsi.”

“Fusion Dance melibatkan proses di mana kedua-dua orang menyentuh jari selepas melakukan tarian yang unik, dan kemudian ada pancaran cahaya. Pada masa itu, kedua-dua zigot yang cuba bergabung kembali ke keadaan zigot sel tunggal (atau telur yang disenyawakan), dan kemudian kedua-dua zigot itu bergabung menjadi satu sel bercantum, yang kemudiannya berkembang menjadi seorang individu tunggal.”

Kredit: Shueisha

Potarra Earrings

Kredit: Shueisha

Wada kemudian menjelaskan objek mistik yang dikenali sebagai Potarra Earrings (Anting-anting Potara).

“Jika kita mengandaikan bahawa Fusion ialah skill yang membolehkan benda-benda dengan ciri-ciri yang sama bergabung, saya rasa Potara Earrings adalah item yang menggabungkan benda-benda yang tidak boleh melakukan Fusion secara paksa.“

“Percantuman selular sel manusia dan sel tumbuhan yang saya lakukan, saya menggunakan reagen yang dipanggil polietilena glikol untuk melemahkan membran setiap sel. Ini membolehkan mereka melekat bersama. Aspek “memaksa mereka bersama” ini mungkin merupakan ciri yang dikongsi antara penyelidikan saya dan Fusion berasaskan Potara Earrings.”

Kredit: Shueisha

Apa pendapat anda tentang jawapan di atas? Adakah fusion betul-betul boleh berlaku pada satu hari nanti? Jom bincangkan pendapat anda di ruang komen!

Dapatkan segala berita kami tentang Dragon Ball di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon BallFusion
ShareTweetSend
Previous Post

Senarai Filem Hebat Bakal Tiba di Pawagam Malaysia Pada Bulan Disember 2023!

Next Post

Trailer Pertama Grand Theft Auto 6 Akan Ditayangkan Pada 5 Disember

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Trailer Pertama Grand Theft Auto 6 Akan Ditayangkan Pada 5 Disember

Trailer Pertama Grand Theft Auto 6 Akan Ditayangkan Pada 5 Disember

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd