Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jawapan sebenar kenapa Nezuko-chan dari Demon Slayer selalu gigit buluh!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 20, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Jawapan sebenar kenapa Nezuko-chan dari Demon Slayer selalu gigit buluh!
0
SHARES
2.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Nezuko Kamado dari francais Demon Slayer memang terkenal kerana mempunyai penampilan mata dan kimono merah jambu serta buluh di mulutnya yang membuatkan nampak lain dari watak-watak lain dari siri ini. Tapi kenapa Nezuko sentiasa menggigit buluh?

Buluh tersebut bukan sekadar hiasan kepada penampilannya, tetapi juga untuk mengawal nafsu Demon dalam badan Nezuko. Ada peminat Demon Slayer yang masih tidak tahu kisah disebalik buluh ini dan kepentingannya untuk Nezuko kan? Jadi tanpa membuang masa jom kita bedah siasat pasal buluh yang sentiasa dikemam oleh Nezuko!

Kisahnya bermula apabila keluarga Tanjiro telah dibunuh dengan kejam, dan adiknya bertukar menjadi seorang Demon. Nafsu Demon dalam Nezuko mendorong untuk menyerang orang terdekat termasuk abangnya, tetapi disebabkan sifat penyayang dan ingin melindungi manusia, Nezuko berjaya menghalang nafsu tersebut. Bagi menghalang nafsu Demon dari menguasai dirinya, Nezuko telah menggunakan buluh sebagai langkah keselamatan.

Pada episod pertama Demon Slayer, selepas Nezuko berubah menjadi Demon, Giyu Tomioka ingin membunuhnya kerana dia cuba untuk menghisap darah Tanjiro. Namun, apabila Giyu sedar Nezuko tidak menjadi Demon sepenuhnya kerana melindungi Tanjiro. Giyu telah memengsankan Nezuko dan meletakkan buluh pada mulutnya bagi menghalang dari menggigit orang lain.

Lambat laun, Nezuko dapat mengawal nafsu Demon dia, tetapi kenapa dia masih menggigit buluh tersebut? Kerana buluh itu menghalang Nezuko supaya tidak sengaja terasa darah manusia dan menjadi buas semula serta membangkitkan sifat Demon-nya. Malah, ia menyembunyikan ciri-ciri Demon seperti taring yang ada pada Nezuko, dan nampak lebih manusia supaya orang boleh mendekatinya. Malah, ia menjadi langkah keselamatan untuk Nezuko supaya tidak menarik perhatian Demon Slayer lain dari menyerangnya, dan tidak mendatangkan curiga pada mereka. Harap maklum, Demon Slayer peringkat Hashira masih boleh mengenal pasti identiti Demon Nezuko.

Jadi itulah sebabnya mengapa Nezuko-chan kita ni selalu menggigit buluh. Tapi, sebenarnya penampilan inilah yang membuatkan Nezuko sangat comel dan disukai ramai peminat anime, sehingga ada versi patung-patung atau keychain kecil menjadi hiasan. Anda boleh menonton dan ikuti anime ini di aplikasi Netflix sekarang! Untuk membaca segala liputan kami mengenai Demon Slayer, ada boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDemon Slayer: Kimetsu no YaibaFakta AnimeNezuko
Previous Post

Tak sampai 1 minit, pra-pesanan terbaru PS5 di Malaysia sudah tiada stok!

Next Post

DualSense + NBA 2K22 Jumpstart Bundle tersedia bermula 10 September 2021!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
DualSense + NBA 2K22 Jumpstart Bundle tersedia bermula 10 September 2021!

DualSense + NBA 2K22 Jumpstart Bundle tersedia bermula 10 September 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd