Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Japanese Film Festival Kembali September ini! Jom Tonton Filem-Filem Hebat Dari Jepun!

Maira by Maira
August 19, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Senarai
0 0
0
Japanese Film Festival Kembali September ini! Jom Tonton Filem-Filem Hebat Dari Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Japanese Film Festival (JFF) kembali lagi! Untuk anda yang suka menonton filem luar negara bolehlah tonton pula filem-filem hebat daripada Jepun. JFF 2022 kali ini akan bermula pada 8 September sehingga 9 Oktober 2022. Kesemua filem yang tersenarai akan ditayangkan di pawagam GSC yang terpilih.

Harga tiket untuk kesemua filem yang akan ditayangkan akan dijual dengan harga RM 9.50 kecuali filem “Just Remembering”. Tiket akan dijual dua hari sebelum bermulanya JFF 2022 di aplikasi GSC, kiosk mahupun laman web. Berikut adalah senarai pawagam yang tersenarai untuk Japanese Film Festival 2022:

  • Klang Valley (8 – 9 September)
    • GSC Mid Valley
    • GSC 1 Utama
    • GSC NU Sentral
  • Pulau Pinang (15-18 September)
    • GSC Gurney Plaza
  • Johor Bahru (25-28 September)
    • GSC Paradigm Mall JB
  • Kuching (6 – 9 September)
    • GSC CityONE Mega Mall
    • GSC The Spring Mall
  • Kota Kinabalu (6 – 9 September)
    • GSC Suria Sabah

Ingin tahu filem apa yang akan ditayangkan nanti? Jom kita lihat senarai filem Jepun yang akan ditayangkan sepanjang JFF 2022!

And So The Baton Is Passed

Yuko ialah pelajar sekolah menengah dan dia tinggal bersama bapa tirinya Morimiya, yang sebenarnya bapa ketiganya. Ibunya, Rika, seorang yang berjiwa bebas dan sudah beberapa kali berkahwin semula. Dia hilang dari kehidupan Yuko pada satu ketika. Walaupun Yuko dan bapa tirinya tidak mempunyai pertalian darah, dia sangat disayangi olehnya. Bagaimanapun, keseimbangan kehidupan keluarga mereka terancam oleh rahsia keluarga yang menyakitkan.

ANIME SUPREMACY

Hitomi bekerja di sebuah syarikat penerbitan anime dan akhirnya dapat membuat debut pengarahannya. Dia bergelut tanpa henti dengan produser tetapi mendapat kerjasama daripada kakitangan produksi. Selain itu, anime Hitomi menduduki slot masa yang sama dengan anime baharu yang dinanti-nantikan oleh pengarah genius Chiharu.

BLUE

Nobuto Urita ialah seorang peninju, yang meminati sukan lebih daripada segala-galanya. Tidak kira seberapa keras dia cuba, dia tetap kalah dalam perlawanannya. Sementara itu, Kazuki Ogawa bertanding dengan Urita di gim yang sama. Dia seorang peninju yang mempunyai bakat dan kemahiran elit. Tidak seperti Urita, Ogawa mungkin akan memenangi kejuaraan. Ogawa juga bertunang dengan Chika Amano, yang juga kawan Urita semasa kecil…dan juga cinta pertamanya.

BLUE THERMAL

https://www.youtube.com/watch?v=Xf27Jws-mwU

Tamaki secara tidak sengaja terpesona dengan aktiviti “gliding” dan mempamerkan bakatnya dan terpaksa bekerja di kelab glider di universitinya. Mampukah dia membawa kemenangan untuk universiti itu dalam pertandingan yang akan datang?

Cinematic Liars of Asahi-za

Pawagam Asahi-za di Minamisoma, sebuah bandar di Fukushima, mempunyai sejarah hampir 100 tahun. Tetapi teater itu semakin dilupakan. Pada suatu hari, seorang wanita muncul kepada pengurus Asahi-za. Dia mengatakan bahawa dia datang untuk memenuhi janjinya untuk menyelamatkan Asahi-za yang akan ditutup – janji yang dia telah buat kepada guru sekolah menengahnya. Tetapi pengurus itu telah berfikir bahawa tidak ada cara untuk menyelamatkan teater dan telah berputus asa.

I Go Gaga: Welcome Home Mom

Seorang anak perempuan dewasa menghadapi realiti yang menyayat hati bahawa ibu bapanya semakin tua; kerana kedua-dua bapanya yang berumur 98 tahun dan ibunya yang berumur 90 tahun mengalami demensia. Dengan bermulanya penyakit Alzheimer, ibu yang ceria, yang sentiasa mahir dalam kerja-kerja rumah, secara beransur-ansur kehilangan kebolehannya untuk melakukan tugas harian.

IN THE WAKE

Selepas Gempa Besar Jepun pada tahun 2011, seorang lelaki muda, gadis dan wanita tua berkawan antara satu sama lain di pusat pemindahan dan membentuk sebuah keluarga. Bertahun-tahun kemudian, seorang detektif yang terselamat daripada bencana itu sedang mengendalikan siasatan pembunuhan. Takdir mempertemukan mereka semula.

INTOLERANCE

Seorang pelajar sekolah rendah disyaki mencuri dan melarikan diri dari kedai, tetapi dia dilanggar oleh kereta dan meninggal dunia. Bapanya tidak percaya dengan tuduhan itu dan mula menekan orang yang terlibat dalam kematian anak perempuannya, termasuk pemilik kedai dan pemandu kereta.

INU-OH

Dilahirkan dalam keadaan cacat dan aneh, Inu-Oh dijauhi oleh masyarakat dan keluarga sehingga dia berkawan dengan Tomoya, seorang pemuzik biwa buta. Didorong oleh keghairahan masing-masing untuk membuat persembahan, pasangan ini membuat persembahan teater noh yang menakjubkan yang menceritakan kisah-kisah yang dilupakan tentang heike, musuh yang dikalahkan keluarga pemerintah. Populariti mereka tidak lama lagi menimbulkan kemarahan kumpulan persembahan yang cemburu dan pegawai penapisan.

Just Remembering

Kisah cinta antara kakitangan lampu pentas dan teman wanita pemandu teksi; melihat semula hubungan mereka secara mengundur dan mengimbau kembali detik-detik paling intim mereka. Kisah ini mendedahkan hari-hari awal hubungan cinta Teruo dan Yo dan bagaimana mereka mula-mula bertemu. Sekadar mengenangkan hari-hari manis dua orang yang kekok, hari-hari yang kini pergi buat selama-lamanya.

The Fish Tale

Meebo ialah seorang pelajar sekolah rendah yang mempunyai obsesi terhadap ikan, melukis dan bermimpi tentang ikan setiap hari dan malam. Bapa Meebo bimbang anaknya berbeza daripada kanak-kanak lain, sebaliknya, ibu Meebo memerhati dan menyokong Meebo dengan mesra. Walaupun selepas menjadi pelajar sekolah menengah, semangat Meebo terhadap ikan masih sangat kuat. Tidak lama kemudian, Meebo mula hidup bersendirian dan bertemu orang baru di sepanjang jalan.

Your Eyes Tell

Bekas pemain kickboxer, Rui kini menjadi pemungut hutang dan menjalani kehidupan yang amat sederhana. Selepas Akari, seorang gadis yang kehilangan penglihatan dan keluarganya dalam kemalangan, dia telah disalah sangka sebagai orang lain dan mereka mula bergaul dan mekarnya percintaan antara mereka. Dia sering melawatnya dan sikapnya yang ceria membawa RUi keluar dari cengkerangnya. Apabila dia mengetahui tentang kemalanngan Akari dan hubungannya yang lalu, dia memutuskan untuk membayar pembedahan matanya. Untuk mendapatkan wang itu, dia telah mengabil bahagian dalam underground fight.

Jadi geng, jangan lupa untuk memeriahkan Japanese Film Festival 2022 ini! Tiket pun murah-murah sahaja. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: JFKL

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Quake 4 & Return to Castle Wolfenstein kini tersedia di Xbox Game Pass PC!

Next Post

MtG Preview: Kad Defiler Of Vigor dari set Dominaria United

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
MtG Preview: Kad Defiler Of Vigor dari set Dominaria United

MtG Preview: Kad Defiler Of Vigor dari set Dominaria United

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd