Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jangan stack langganan PS Plus! Lelaki terpaksa bayar RM700+ semata-mata upgrade pakej

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2022
in Artikel, Berita, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Jangan stack langganan PS Plus! Lelaki terpaksa bayar RM700+ semata-mata upgrade pakej
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation Plus serba baru akhirnya tiba di Malaysia dan nampaknya beberapa orang kini menghadapi masalah untuk upgrade pakej sedia ada. Secara ringkas, sesiapa yang “stack” langganan PS Plus terpaksa membayar nilai yang mahal mengikut jumlah langganan total semata-mata untuk upgrade pakej mereka.

Jika melanggan PS Plus versi lama, korang dapat menaik taraf kepada pelan baharu dengan membayar jumlah berdasarkan baki hari untuk keahlian. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai langganan selama beberapa tahun, itu akan jadi masalah yang besar.

Menurut kisah seorang lelaki dalam group FB Malaysia (melalui Wanuxi), dia masih mempunyai langganan keahlian selama 1885 hari (kira-kira 5 tahun). Untuk menaik taraf kepada pelan Extra, dia perlu membayar sebanyak RM762.09 , manakala untuk menaik taraf kepada Deluxe, dia perlu membayar RM971.48 . Untuk menaik taraf, dia perlu menyelesaikan salah satu daripada pembayaran ini dan barulah pelan PS Plus baru dapat diaktifkan.

Sumber: Group P5CM group @Facebook

Satu lagi aduan adalah Sony mengenakan bayaran sama nilai walaupun orang itu membeli servis PS Plus pada harga diskaun melalui PS Store. Lantas, membuatkan mereka harus membayar lebih.

Kalau ikutkan terma syarat, perbuatan “PS Plus stack/stacking” sebenarnya tidak bertentangan dengan syarat perkhidmatan Sony jadi itulah yang membuatkan ramai orang membeli sekaligus supaya mereka tidak perlu risau untuk tahun-tahun akan datang, lagi-lagi semasa ia ditawarkan secara harga diskaun.

Ini menghasilkan situasi di mana ramai orang membeli langganan PS Plus (versi lama) buat beberapa tahun alang-alang harganya sangat murah. Ramai dalam group FB Malaysia sedang mengadu masalah yang sama – semua orang ingin berjimat, dan saya pun faham sebabnya.

Buat masa sekarang, satu solusi mudah untuk upgrade ke pelan baru PS Plus adalah dengan membuka akaun baru. Jika korang tidak kisah membuat banyak akaun, ini adalah cara yang lebih menjimatkan duit sementara menunggu servis lama tamat.

Jika korang tidak ada masalah di atas, ini adalah info lengkap tentang PS Plus Extra/Premium di Malaysia serta katalog game yang mereka tawarkan dari PS5, PS4, PS3, PS2 dan PS1. Kami juga menyediakan panduan untuk cara-cara beli/upgrade di sini.

Apa pendapat korang? Sanggup ke korang bayar jumlah yang banyak untuk upgrade pelan PS Plus? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen!

Sumber – Wanuxi

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: langgananps plusPS4ps5
Previous Post

Punca jadi meme, game Metal Gear Rising terus melonjak 1000% pemain di Steam

Next Post

Roadshow khas Garmin memaparkan Smartwatch One Piece serta barisan design baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Roadshow khas Garmin memaparkan Smartwatch One Piece serta barisan design baru!

Roadshow khas Garmin memaparkan Smartwatch One Piece serta barisan design baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd