Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jagged Alliance 3 Kini Boleh Pra-Tempah! Tactical Edition Juga Tersedia!

Maira by Maira
June 7, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, RPG, Steam, Turn-Based
0 0
0
Jagged Alliance 3 Kini Boleh Pra-Tempah! Tactical Edition Juga Tersedia!
Share on FacebookShare on Twitter

THQ Nordic mengumumkan bahawa pra-tempah untuk game Jagged Alliance 3 telah pun dibuka! Game tersebut akan tiba di PC melalui Steam pada 14 Julai 2023. Sempena pembukaan pra-tempah, satu lagi trailer baharu telah dilepaskan. Anda boleh tontonnya di bawah.

Jagged Alliance masih lagi dalam pembangunan untuk PC. Jika anda pra-tempah sekarang, anda akan menikmati potongan harga 20% sebelum pelancaran game pada 14 Julai jam 9 malam. Bukan setakat itu sahaja, Jagged Alliance 3 Tactical Edition turut tersedia untuk pra-tempah. Ianya sangat terhad, jadi kalau anda ingin memilikinya, boleh ke pautan ini.

Buat mereka yang tidak tahu, game ini dimainkan dari perspektif isometrik di mana pemain mengeluarkan arahan kepada skuad askar upahan. Sekuel ini menampilkan sebanyak 40 watak, termasuk beberapa watak ikonik seperti Vicki Waters, Ivan Dolvich dan Fidel Dahan.

Senjata boleh diubahsuai dan tentera upahan boleh membidik bahagian tubuh individu bagi setiap musuh. Mayat musuh juga boleh digeledah untuk mendapatkan sumber mereka.

Sumber: THQ Nordic

Selain itu, pemain boleh mengakses peta kempen dinamik, yang akan memberikan lebih banyak konteks tentang setiap peperangan, dan cara pasukan musuh bertindak balas semasa mereka cuba merebut wilayah ini. Pemain juga akan memperoleh maklumat semasa mereka maju, sekali gus membuka misi dan misi sampingan tambahan. Apabila askar upahan naik level, mereka juga akan membuka kemahiran dan abiliti baharu.

Sumber: THQ Nordic

Akhir sekali, game ini juga akan menampilkan mode cooperative multiplayer, jadi anda tidak perlu bermain seorang diri. Berikut adalah ringkasan jalan cerita Jagged Alliance 3:

Grand Chien, sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan perpecahan politik, dilanda huru-hara apabila presiden hilang dan pasukan tentera yang dikenali sebagai “The Legion” menguasai kawasan luar bandar. Kini, keluarga Presiden telah mengumpulkan semua sumber mereka untuk mengupah sekumpulan askar upahan hebat yang ditugaskan untuk mencari Presiden dan membawa perintah kembali ke negara ini.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jagged Alliance 3Jagged Alliance 3 Tactical Edition
ShareTweetSend
Previous Post

Kementerian Pendidikan berminat untuk mengenalkan e-sukan di sekolah

Next Post

Mega Man X Dive Asia Akan Ditutup Secara Rasmi Pada September 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Next Post
Mega Man X Dive Asia Akan Ditutup Secara Rasmi Pada September 2023!

Mega Man X Dive Asia Akan Ditutup Secara Rasmi Pada September 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd