Pejam celik pejam celik kejap je rasanya dah setahun Boderlands 3 berada di platform PS4, Xbox One dan PC~ Dengan menyambut ulangtahun mereka, pelbagai acara Gearbox dan 2K jalankan, serta bukan itu sahaja, DLC ke-4 “Psycho Krieg and the Fantastic Fustercluck” dan ini merupakan DLC terakhir untuk Borderlands 3 yang secara rasmi hadir hari ini!
Sebelum ini Gearbox dan 2K telah mengeluarkan 3 DLC yang bernama Moxxi’s Heist of the Handsome Jackpot, Guns, Love, & Tentacles dan yang ketiga Borderlands 3: Bounty of Blood yang telah kami review Jun lalu. Untuk DLC terbaru ini agak lain dari yang lain sedikit, sehingga kadang-kadang terasa macam nak naik gila kepala ni dok layan~ Haha.
Maka~Selamat datang ke Psychoscape!
Saintis hebat didalam Borderlands iaitu Patricia Tannis mungkin telah memecahkan salah satu misteri terbesar galaksi iaitu apa yang membuat “Psycho” didalam Borderlands terganggu secara seragam? Dia percaya jawapannya terletak pada Vaulthalla, tempat mitos yang menimbulkan kegilaan pada semua yang mempelajari hakikat sebenarnya. Sudah tentu, Psycho rata-rata tidak akan diam dengan tenang dan berkongsi rahsia Vaulthalla, jadi yang paling dekat denganya adalah peserta yang bersedia untuk menjadi bahan eksperimen iaitu Krieg, rakan Crimson Raider dan Psycho yang paling Badass.
Tetapi~ Masalah besar disini adalah Krieg bukanlah komunikator terbaik, apa yang didengari hanya jeritannya yang agresif dan kuat merepek. Dengan menggunakan teknologi yang tidak mungkin difahami oleh intelek yang lebih rendah, Tannis memancarkan anda sebagai Vault Hunters secara langsung ke dalam Krieg yang tidak sedar supaya anda dapat menemui Vaulthalla sendiri. Anda perlu bekerjasama dengan kedua-dua persona Krieg yang bertentangan.
Personaliti pertama yang dikenali sebagai Sane Krieg dimana dia merupakan bahagian yang masuk akal dari Krieg, senang berkomunikasi dengan dia dan bukan hanya berfikir untuk menjadi mesin pembunuhan. Personaliti kedua adalah Psycho Krieg, bahagian tidak siuman Krieg! Dia memang suka merepek dan hanya Sane Krieg yang faham apa yang dibualnya. Dia memang dahagakan darah dan suka membunuh! Tetapi, keduanya masih mencari apa sebenarnya hilang dalam kehidupan mereka~
Jadi Tannis telah menghantar kami kedalam otak Krieg, sampai sahaja Psychoscape kami menemui Krieg besar yang “Run the Asylums” menghantar kekecohan geng-geng Psycho dan kami perlu teruskan hidup dari segerompolan si gila ini sehingga Sane Krieg membekukan masa dan meminta kami “Vault Hunter” untuk memasuki pintu yang membawa kami ke Sanity Sanctum.
Disitulah misi pertama bermula~
Siege of Castle Crimson~Evil Lilith
Jadi disini, sebenarnya motif kami adalah untuk terus ke Vaulthalla, sehingga disitu kami berjumpa Sane dan Psycho Krieg, pintu Vaulthalla tertutup sebab Psycho Krieg lupa dimana kuncinya~ Jadi bermulalah misi kami, disini juga Sane dan Krieg membuat keputusan untuk keluar dari Vaulthalla hingga menyatakan mereka sanggup berada dalam badan sesiapa pun untuk hidup di dunia biasa. Jadi ketika misi utama bermula, kami perlu mencari 3 patung gauntlet diantaranya adalah Buzz-Axe, Golden Gauntlet dan Mask. Kami mengambil Red Orb untuk membuka lubang teleport ke destinasi seterusnya tetapi sebenarnya itu semua adalah bahagian memori Krieg.
Pertempuran tanpa henti didalam kepala Krieg ini, hampir dimana-mana sahaja terdapat musuh. Jadi kami perlu membunuh musuh seperti geng-geng Psycho, serangga seperti “Spiderant Guard” juga “Lil’Spider King” dan ada juga bots oh ya ada Gurdians menanti anda! Pelbagai misi sampingan yang perlu diharungi sebelum berjumpa dengan Gauntlet pertama, tetapi yang paling tidak masuk akal adalah misi mencari “Flesh Horn”. Kami sampai perlu tembak bulan geng~ Ya BULAN! Dah tembak bulan tu, pergi cari lepas tu letak kat Lastik gergasi semata-mata untuk membuka pintu gergasi! Erghhh~
Jadi selesai sahaja semua misi-misi kecil tremasuk membunuh Mordecai, tibalah masanya kami berjumpa dengan boss pertama dalam DLC ke-4 ini iaitu “EVIL LILITH“! Aiseh, dalam kepala Krieg ni, Lilith sampai jadi jahat bhai! Agak sukar untuk menewaskan Lilith, seperti anda tahu Lilith kan kuat, salah satu dari 6 Sirens yang terkuat, jadi pemilihan senjata memang kena OP lah untuk menewaskan dia, salah satunya senjata OP yang Sane Krieg bagi diawal permainan bernama “Woodblocker” juga segala skill tree anda jangan lupa untuk upgrade dahulu sebelum main dalam kepala Krieg ini! Sampai mengambil masa beberapa ketika, barulah kami dapat menewaskan Lilith.
Selepas tewaskannya satu bahagian pintu putih dibuka yang kami harus masuk kedalam. Disitulah kami mendapat Gauntlet yang pertama iaitu Buzz-Axe. Selepas ambil gauntlet itu, ada memori Krieg yang dimainkan dan di sana semua sejarah krieg yang ingin anda ketahui akan diberitahu.
What’s Love Remain~ LOCOMÖBIUS Chugga-chugga Choo-choo –
Siapa kata Psycho tidak pandai bercinta? Okay kali ini kami tidaklah cerita terlalu banyak, kerana semuanya misi yang hampir serupa kerana anda perlu mendapatkan Gauntlet seterusnya. Tetapilahkan~ Dalam “What’s Love Remain” ini agak sedih kerana Krieg mencari Maya dengan cerita tersirat sehingga~ Locomöbius Chuga-Chuga, Chuga-Chuga, Choo-choo~ yang sebenarnya “kereta api” yang sangat jahat menculik Maya! Okay~
Jadi dalam cerita ini, anda perlu menewaskan banyak musuh untuk mencari Maya, anda perlu menggunakan buku Maya untuk membuka jalan ke tempat-tempat yang ditetapkan dan dalam waktu yang sama, Locomöbius kerap menggangu anda dengan keluar secara tiba-tiba di lubang teleport! Sehingga pertarungan terakhir, disitulah juga kami selamatkan Maya dan disitulah waktu untuk menewaskan Locomöbius, sebenarnya agak senang, kami hanya perlu menembaknya tanpa henti, tetapi kereta api ni kerap keluarkan geng psycho yang menghalang kami menembaknya.
Dah lah laju, asyik masuk lubang teleport je kereta api ini! Tapi, Maya ada disisi untuk membunuh Psycho-psycho disitu. Habis sahaja, pintu gerbang putih itu dibuka sekali lagi, dan kami ambillah gauntlet seterusnya iaitu Golden Gauntlet. Memori yang selepas itu adalah kisah Krieg yang sememangnya cintakan Maya.
Inhuman Trials~ Dr. Benedict
Untuk misi ini kami harus kembali dari mana Krieg bermula di bawah “equipment“. Itu bermakna kami harus menolong Krieg untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang berlaku kepadanya dengan eksperimen oleh Dr. Benedict. Misi ini anda dapat melihat banyak Bot dan mereka cukup kuat berbanding psycho dan bug. Terdapat beberapa jenis bot seperti (Gun/ riot/ hot Loader MK II dan banyak lagi) dalam pencarian ini, anda perlu mengumpulkan bahagian Loader, memasangnya semula untuk menjualnya, tetapi gagal ~ Oleh itu, perlu teruskan pencarian seterusnya .
Kemudian ada pencarian yang disebut “Journey into memory” yang membuat kami mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan teka-teki dalam misi ini. Ternyata, bertapa noobnya kami, rupanya kami harus melompat di pintu besi bawah tanah yang terkunci untuk membuka bahagian terakhir kabel bagi mematikan eksperimen. Sebagai bahagian terakhir, dimana Benediction of Pain bermula, anda harus menghadapi Dr. Benedict. Bunuh dia untuk sampai ke peringkat seterusnya. Semasa memeranginya, anda harus berhati-hati dengan laser yang ditembaknya, sakit weh ~ Selepas itu, anda mendapat gauntlet terakhir iaitu Mask dan kembali ke The Psychoscape, letakkan Mask maka akhirnya terbukalah pintu Vaulthalla ~ dan masuk lah kedalamnya~
Locus of Rage~ Psychoreaver
Masuk sahaja Vaulthalla, Rage yang terlalu kuat dan berlebihan seperti yang diberitahu oleh Sane Krieg sebenarnya menginginkannya, jadi Psycho Krieg melindunginya dan kami harus bertarung dengan boss terakhir iaitu “Psychoreaver“. Dia sangat besar dan senang cerita macam Giant atau Hercules versi Psycho, dia menggunakan “flail” untuk terus menghancurkan kami, juga menggunakan sesuatu seperti tombak Thunder untuk menyerang kami jika kami berada di atas sebuah bangunan. Serangan tersebut ibarat perisai kilat yang kerap memakan nyawa kami.
Memang payah gila weh nak membunuhnya, sampai satu saat dalam agak 40% HP daripadanya, kami masa tu seperti sangat gembira sebab dia hampir mati, kemudian tiba-tiba ia berhenti, hilang, Tannis terputus hubungan dengan kami, Sane dan Psycho Krieg kembali ke kami dan menyatakan Psychoreaver mengubah kemarahan dan inginkan kami pula sekarang! Oleh itu, kami harus melawan Psychoreaver yang lebih besar dengan bantuan Giant Krieg ~ Sehingga akhirnya dia mati dengan bertubi-tubi tembakan~
Dan yang terakhir ~ Sama seperti DLC sebelumnya, tentu ada hadiah untuk anda, wang? Barang Legendary? “LOOT ALL YOU CAN” dimana anda boleh loot kaw-kaw dari Item “normal, rare dan legendary” semuanya boleh anda dapatkan. Anda mempunyai masa yang terhad untuk mengambil semua Loot sebagai ganjaran. Sehingga Dari pintu putih terbuka lagi, maka waktu anda habis dan anda perlu masuk kedalam untuk ingatan terakhir Krieg ~
Oleh itu, Krieg mengetahui bahawa semua yang ada di dalamnya hanyalah Rage and Violence dan Psychoreaver datang untuk mencapai Krieg untuk mengubahnya dan melindungi serta tidak mahu kehilangannya. Dan keputusan terakhir Krieg, dia mahu kekal dan tidak mahu pergi ke dunia biasa seperti tawaran awal Tannis. Oleh itu, dia berhenti dan mencipta imaginasi dan ingatannya sendiri dalam fikirannya sendiri.
Loot semua memuaskan!
Sama sahaja seperti sebelum ini, loot sahaja dimana sahaja anda pergi! Segala crate loot ada di tepi-tepi jalan yang anda lalu! Bukan setakat crate, selepas membunuh semua musuh termasuk musuh yang OP, pelbagai barangan loot termasuk item Legendary dijatuhkan! Pergi sahaja ke tanda “bintang” maka senjata atau barang legendary tersedia! Paling best masa last level sebelum masuk ke pintu putih memori terakhir Krieg tu, anda boleh loot segalanya sepuas hati anda!
LEVEL kini bertambah lagi!
Kepada kesemua pemain Borderlands 3! Tidak kira sama ada anda membeli DLC Krieg atau tidak, Borderlands 3 akan mendapat kenaikan level-cap sekali lagi, menjadikannya maksimum yang baru hingga ke level 65. Ini bermakna pemain akan mendapatkan gear yang lain. Walau bagaimanapun, Gearbox menegaskan bahawa ini akan menjadi kenaikan cap tahap Borderlands 3 terakhir untuk masa depan yang boleh dijangka.
Misi sampingan semua merepek weh!
Anda boleh meneruskan perjalanan anda ke semua kawasan yang tidak tersinggah sebelum ini dalam peta untuk “Side Mission”! Sama seperti yang lalu, terdapat misi sampingan yang anda boleh terus buat bila-bila masa, atau ada ketika terdapat acara tertentu yang anda boleh sertai. Tetapi kali ini, ya kali ini, kami hampir menjadi gila dalam otak Krieg ni! Sebab semua misi sampingan memang tidak masuk akal!
Antara misi sampingan yang ada seperti Remodel Behavior dimana kami perlu menegur jiran lokap sebelah Krieg untuk dia berhenti menyanyi~ Ermm ya kami tak tipu. Dan ganjarannya adalah memberi “Party Light” yang kami boleh hiaskan di lokap Krieg. Paling tak leh bla~ Si jiran bernama Eadric Edelhard siap jemput Krieg untuk lepak minum “Toilet Wine” denganya!
Selain itu terdapat misi untuk menarik perhatian The Caretaker (penjaga lokap) dengan cara mencari pasal lepas itu melukis benda bukan-bukan potretnya di hadapan pejabatnya. Terdapat 3 peringkat, pertama kami perlu melukis misai pada potret, kemudian melawan “officers“. Kemudian tahap 2 perlu melawan bot, hingga peringkat terakhir melukis “Poop” sampailah si Caretaker ini benar-benar marah dan anda harus melawannya ~
Misi yang sangat tidak masuk akal adalah, dimana kami harus mencari sisi peta ini bagai nak rak, kemudain berjumpa dengan Krieg dan misi bodoh adalah kami harus menggaru badan Psycho Krieg. Ya garu badan sampai dia puas hati! Erhhh buat jelah, janji dapat ganjaran.
Psycho sekali dengan otak kami weh! Ini kesimpulannya!
Untuk pengalaman keseluruhan, sememangnya DLC terakhir ini agak seronok terutama melayan kerenah Psycho Krieg. Walaupun tidak mempunyai kemas kini seperti DLC Borderlands 3: Bounty of Blood, kerana sebelum ini lebih banyak musuh baru yang anda boleh jumpa, juga siap ada kenderaan baru. Dalam DLC ini, kenderaan pun kami tak boleh bawa, memang berjalan dan berlari sahajalah sepanjang masa! Dan satu lagi, Gearbox sepatutnya memanjangkan lagi memori Krieg, agak terlalu ringkas kerana harapan kami ceritanya lebih panjang.
Pengalaman melawan boss pula? Yang paling susah Psychoreaver lah~ Yang paling terasa lawak pula Locomöbius lah, benda yang tidak masuk akal lah Gearbox masukkan dalam permainan mereka! Sekarang memang dah tahu lah kenapa Psycho tu gila, kenyataannya otak dia memang penuh chaos penuh kekecohan! Sememangnya kami seronok dengan DLC ini!
Okay pada anda yang ingin mendapatkan DLC ini, ianya berharga RM64.00 di Steam manakala di PlayStation Store berharga RM60.00! Paling best, anda dah boleh beli Season Pass yang berharga RM212.00 di PlayStation Store yang merangkuli semua pek DLC Borderlands 3 serta skin Butt Stallion! Tidak perlu tunggu lama lagi okay dan teruskan ke pembelian sebab memang ianya cukup memuaskan hati!

@gamersantaimy
The Review
Boderlands 3 DLC 4 "Psycho Krieg and the Fantastic Fustercluck"
Beraksi dalam dunia Krieg terutama didalam otaknya sememangnya chaos! Mengetahui kisah Krieg turut menyentuh sedikit hati kami.Tetapi setiap daripada game mesti ada kurang dan lebih kan~
PROS
- Sebuah DLC yang menyeronokkan!
- Persekitarannya kelihatan sangat bagus dan Boss memang ohsem!
- Penceritaan Krieg yang bagus, tak masuk akal dan misi juga
CONS
- Sedikit lag, mungkin kerana kami dapat binaan awal game untuk review sebelum pelancaran kan~
- Sepatutnya menambah lagi misi dan boleh menggunakan kenderaan juga
Discussion about this post