Kalau anda pemain Genshin Impact, rasanya anda sudah tahu mengenai Jade Chamber, salah satu tempat di Liyue. Nampaknya seorang pemain Genshin Impact telah menunjukkan bahawa Ningguang menyediakan Jade Chamber sebagai salah satu tempat yang mesra muslim. Sebelum kami ceritakan panjang lebar, untuk anda yang tidak mengetahui apa itu Jade Chamber, mari saya perkenalkan secara ringkas mengenai tempat itu.
Jade Chamber merupakan salah satu tempat yang anda, sebagai “traveller” boleh pergi di wilayah Liyue. Ia merupakan sebuah bangunan terampung di dunia Teyvat. Asal usul mengenai pembinaannya masih lagi sebuah misteri. Di situ jugalah tempat di mana anda boleh bertemu dengan Ningguang. Qixing juga menggunakan Jade Chamber sebagai temapt untuk meneliti segala perkara yang berlaku di bandar Liyue.

Baru-baru ini, Burhan dari Twitter telah mempromosikan Jade Chamber untuk dilawati oleh pemain Genshin Impact. Ini kerana Ningguang nampaknya seperti memudahkan semua tetamu yang berkunjung di tempat itu. Seperti yang anda nampak pada gambar di tweet Burhan, di situ nampaknya menyediakan minuman lain untuk pengunjung yang tidak minum alkohol. Ningguang juga memastikan bahawa pengunjungnya tetap akan dapat menikmati permandangan indah dari Jade Chamber walaupun tanpa alkohol.
Jika dunia Genshin ini betul-betul wujud, sudah tentu ramai yang akan melawat Liyue, lebih-lebih lagi Jade Chamber. Mesti kena beratur panjang punyalah ataupun kena buat tempahan macam HoyoFest pada yang berlangsung pada tahun lepas. Dengar cerita, Genshin Impact juga sebenarnya prototaip untuk sebuah game dunia maya seperti Sword Art Online. Agaknya apalah projek miHoYo untuk game dunia maya itu. Tak sabar untuk tahu lebih lanjut mengenainya.
Jika anda ingin membaca liputan lain daripada kami mengenai Genshin Impact, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post