Setelah diacah dengan klip dan gambar, akhirnya Invincible Season 2 bakal kembali dengan Part 2 pada bulan depan! Diumumkan melalui X (Twitter), sambungan kepada musim kedua siri animasi Invincible bakal ditayangkan pada 14 Mac 2024 melalui Prime Video! Pengumuman tersebut turut hadir dengan trailer rasmi untuk sambungan tersebut.
Dalam Part 2, anda akan melihat Mark kembali semula ke kolej, membaca buku-buku bapanya dan tiada perkara yang buruk berlaku pada dirinya atau keluarganya. Ini merupakan sinopsis rasmi yang dikongsikan oleh Prime Video. Rasanya kita sendiri tahu bahawa banyak sahaja perkara buruk yang akan berlaku nanti.
Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat sambungannya selepas tayangannya diberhentikan pada November tahun lalu. Nasib baik tarikh tayangannya tidaklah begitu jauh, hanya sebulan dari sekarang. Jadi kita nantikan sahaja Invincible Season 2 Part 2 yang akan keluar pada bulan depan!

Tentang Invincible
Invincible ialah siri animasi superhero dewasa yang berkisarkan Mark Grayson yang berusia 17 tahun yang merupakan anak lelaki kepada wira paling berkuasa di planet, Omni-Man. Apabila Mark mengembangkan kuasanya tersendiri, dia mendapati bahawa bapanya mungkin tidak begitu heroik seperti yang diketahuinya.

Buat anda yang masih belum menonton siri ini, bolehlah ke Prime Video sekarang untuk menontonnya! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai animasi daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post