Siapa tahu bahawa siri animasi Invincible ada game mobile? Kalau anda tidak tahu, sekarang anda akan tahu. Dibangunkan oleh Ubisoft, game mobile Invincible: Guarding the Globe kini boleh dimainkan melalui peranti mobile masing-masing. Anda boleh ke App Store dan Google Play untuk muat turun sekarang!

Kalau anda ingin tahu, Invincible: Guarding the Globe merupakan game RPG skuad yang berlaku dalam dunia Invincible yang memaparkan penceritaan baharu untuk siri tersebut. Lebih menarik sekali, ini merupakan game mobile pertama untuk siri ini.

Anda akan menyertai Global Defense Agency (GDA) untuk membongkarkan misteri mengenai tentera klon bahaya. Anda tidak keseorangan kerana anda akan bekerjasama dengan Cecil Stedman, ketua kepada GDA.
Untuk gameplay, anda boleh membentuk skuad dengan role tersendiri seperti Attacker, Defender atau Support. Game ini boleh sahaja dimainkan walaupun anda AFK, jadi anda boleh pada bila-bila masa.

Ahli-ahli skuad boleh direkrut di mana anda boleh menggunakan watak-watak hebat atau teruk dalam dunia Invincible tidak kiralah hero atau villain. Setiap watak mempunyai kebolehan dan stat tersendiri. Jadi cipta pasukan terhebat anda untuk melawan klon-klon jahat ini!

Bercerita tentang Invincible, siri animasi itu sudah mempunyai dua musim dan tersedia untuk ditonton melalui Prime Video. Musim kedua juga akan mendapat episod baharu pada bulan Mac ini. Kami pasti ramai antara anda yang tidak sabar untuk menontonnya. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai siri tersebut daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post