Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interviu Shadow Labyrinth – Membawa Francais Pac-Man Ke Arah Lebih Gelap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 25, 2024
in 2D/ Pixel, Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS5, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
Interviu Shadow Labyrinth – Membawa Francais Pac-Man Ke Arah Lebih Gelap!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam dunia gaming yang sentiasa berkembang, tidak banyak francais yang berani mencipta semula identiti mereka seperti Pac-Man. Dengan Shadow Labyrinth, Bandai Namco mengambil langkah berani ke arah baharu, mengubah francais ikonik ini menjadi game aksi-pengembaraan 2D bergaya Metroidvania dengan tema yang lebih gelap dan matang.

Berlatarbelakangkan dunia tidak linear penuh dengan eksplorasi, pertarungan, dan platforming, Shadow Labyrinth mengembangkan naratif yang diperkenalkan dalam episod “Circle” daripada siri Secret Level di Prime Video. Kisah ini mengikuti perjalanan “The Swordsman” bersama teman misterinya, Puck—bayangan gelap yang menjadi reimaginasi kepada watak Pac-Man.

Seigo Aizawa, penerbit Shadow Labyrinth

Kami berpeluang berbual dengan Seigo Aizawa, penerbit Shadow Labyrinth—seorang veteran di sebalik projek inovatif seperti PAC-MAN COMMUNITY dan PAC-MAN 99—untuk membincangkan transformasi berani ini.

Inspirasi di Sebalik Shadow Labyrinth

Seigo Aizawa berkongsi inspirasi di sebalik transformasi PAC-MAN ke dalam game baharu, khususnya versi Secret Level. “Selama bertahun-tahun, PAC-MAN dikenali sebagai game keluarga, dan kami sentiasa mencari cara untuk menarik perhatian pemain baharu yang belum pernah mencuba PAC-MAN,” katanya. Pemikiran inilah yang melahirkan konsep awal Dark PAC-MAN.

Aizawa turut mengimbas kembali bagaimana idea ini berkembang dan mengenang saat penting pada tahun 2021.

“Empat tahun lalu, pada tahun 2021, kami menerima cadangan daripada Amazon, dan kami mencadangkan konsep Dark PAC-MAN kepada mereka. Respons mereka sangat positif, dengan reaksi, ‘Oh, ini menarik!’” kongsinya.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sambutan positif ini menjadi pencetus kepada versi Secret Level yang berasaskan konsep Dark PAC-MAN. “Konsep Dark PAC-MAN datang dahulu, kemudian diikuti dengan cadangan mengenai Secret Level. Begitulah urutannya,” jelas Aizawa.

Beliau juga menjelaskan hubungan antara episod Secret Level dan game Shadow Labyrinth, menggambarkan episod tersebut sebagai prekuel. “Secret Level ialah prekuel, jadi pemain boleh menikmati kisah yang menjadi latar belakang kepada Shadow Labyrinth,” tambahnya.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Selain itu, Aizawa menerangkan maksud di sebalik nama protagonis, Swordsman No. 8, dan hubungannya dengan jalan cerita. “Dalam kisah utama, PAC memanggil para Swordsman ke dunia itu,” katanya.

Nombor tersebut mempunyai makna tersendiri dalam naratif.

“Nombor 8 menunjukkan bahawa PAC telah mencuba berkali-kali sebelumnya. Swordsman dalam Secret Level sebenarnya ialah Swordsman No. 7, yang kemudiannya membawa kepada Swordsman No. 8 dalam Shadow Labyrinth,” Aizawa menjelaskan, menekankan simbolisme yang terkandung dalam penomboran tersebut.

Peralihan ke Platformer Aksi Sci-Fi

Seigo Aizawa menjelaskan bahawa keputusan untuk mencipta platformer aksi sci-fi 2D datang daripada keinginan untuk membawa PAC-MAN ke arah yang baharu.

“Kami ingin mencuba sesuatu yang benar-benar berbeza daripada apa yang pernah kami lakukan sebelum ini,” katanya.

Walaupun ramai menganggap game ini sebagai Metroidvania, Aizawa menjelaskan, “Dari pandangan Namco, kami gelarnya sebagai 2D Action Platformer, tetapi secara teknikal, elemen maze memang sesuai dengan genre Metroidvania. Suasana Dark PAC-MAN juga seiring dengan gaya ini.”

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Mengenai genre lain, dia mengesahkan bahawa pasukan tidak mempertimbangkan pilihan lain. “Pada awalnya, kami sudah memutuskan, ‘Baiklah, mari kita pilih platformer 2D,'” jelasnya.

Aizawa turut mengenal pasti elemen penting yang perlu dikekalkan untuk memastikan identiti game tetap utuh.

“Maze, makan/serap, dan pertarungan yang berbalik—ini adalah cabaran terbesar yang kami hadapi semasa pembangunan,” katanya, sambil menekankan komitmen pasukan untuk mengekalkan semangat PAC-MAN sambil menggabungkan mekanik gameplay baharu.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Beliau juga menekankan bagaimana kemahiran baharu meningkatkan eksplorasi dan pertempuran.

“Sebagai contoh, sebelum mengalahkan bos, mungkin ada kawasan yang anda tidak boleh capai. Tetapi selepas mengalahkan dan menyerap bos, anda akan mendapat kemahiran baharu yang membolehkan anda sampai ke tempat yang sebelum ini tidak boleh dicapai,” kata Aizawa. “Kemahiran ini bukan sahaja membuka peluang untuk penerokaan, tetapi juga menyokong pertarungan aksi.”

Beliau menerangkan pelbagai gaya permainan dalam Shadow Labyrinth, dengan menegaskan bahawa ia lebih daripada sekadar game aksi.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

“Gaya permainan dalam konteks ini sangat luas, bukan hanya merujuk kepada aksi sahaja,” jelasnya.”Contohnya, dalam penerokaan, terdapat banyak musuh, tetapi jika anda kurang mahir dalam aksi, anda boleh mencari cara lain untuk menghadapi bos di kawasan tersebut.”

Beliau turut menyentuh bagaimana mekanik transformasi memainkan peranan dalam pelbagai strategi.

“Semasa aksi, anda boleh melihat Swordsman berubah menjadi PAC. Ini bukan sahaja penting untuk penerokaan, tetapi juga dalam pertempuran bos, di mana anda perlu berubah menjadi bentuk PAC untuk mengelakkan serangan,” kata Aizawa.

Dia juga memberi bayangan mengenai gaya permainan lain, dengan berkata, “Kami akan mendedahkan lebih banyak gaya permainan pada masa hadapan.”

Membina Pengalaman yang Unik

Mengenai tahap kesukaran, Seigo Aizawa mengakui bahawa platformer aksi 2D seperti ini sememangnya mencabar.

“Seperti yang anda katakan, game platformer aksi 2D biasanya mempunyai tahap kesukaran yang tinggi, dan ya, kami memang mensasarkan tahap kesukaran seperti itu,” katanya. Namun, pasukan juga ingin memastikan game ini boleh dinikmati oleh pelbagai jenis pemain.

“Kami bukan sahaja menyasarkan pemain yang suka cabaran, tetapi juga mereka yang kurang mahir dalam game aksi,” jelas Aizawa. Beliau menegaskan bahawa pemain boleh memilih laluan alternatif, mengumpul item, atau menguatkan watak untuk memudahkan pengalaman.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

“Kami benar-benar ingin memberi peluang kepada peminat yang kurang mahir untuk menikmati Shadow Labyrinth,” tambahnya.

Beliau turut menjelaskan bagaimana Shadow Labyrinth mengimbangkan aksesibiliti dengan elemen tradisional Metroidvania. “Sudah tentu, kami menyediakan peta dalam game yang menunjukkan lokasi anda,” katanya.

Pemain juga akan dapat menikmati ciri seperti fast travel. “Kami mempunyai sistem fast travel dengan checkpoint yang membolehkan anda melompat, dan peta termasuk susun atur peringkat, penanda, dan kawasan yang boleh diakses.”

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Beliau juga berkongsi bahawa anggaran masa permainan adalah sekitar 30 jam, dan sehingga 40 jam untuk pemain yang ingin menyelesaikan semua cabaran.

“Kami memilih tempoh ini kerana kami percaya 30 hingga 40 jam adalah masa yang sesuai untuk pemain menikmati permainan,” jelasnya.

Keputusan ini dibuat untuk memastikan pemain mendapat pengalaman yang memuaskan tanpa gameplay menjadi terlalu panjang. “Itulah sebabnya kami mensasarkan jumlah jam seperti ini,” tambah Aizawa.

Menghubungkan Secret Level dengan Shadow Labyrinth

Apabila ditanya mengenai kemunculan watak ikonik seperti ghost dan Ms. PAC-MAN, Seigo Aizawa menjelaskan, “Ms. PAC-MAN tidak akan muncul dalam Shadow Labyrinth.”

Namun, beliau memberi kejutan melibatkan watak lain yang dikenali, dengan berkata, “Untuk watak seperti Ghost, nantikan pengumuman kami yang akan datang.”

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sebelum menamatkan temu bual, beliau meyakinkan pemain bahawa pengetahuan tentang Secret Level tidak diperlukan untuk menikmati Shadow Labyrinth. “Shadow Labyrinth tidak memerlukan sebarang pengetahuan tentang Secret Level, jadi jangan risau,” katanya.

Namun, beliau menyatakan bahawa menonton Secret Level boleh memperkayakan pengalaman bermain.

“Jika anda bermain Shadow Labyrinth dan juga menonton Secret Level, anda akan lebih menghargai dunia yang kami cipta,” jelas Aizawa.

Beliau menggalakkan pemain untuk menonton episod tersebut jika berpeluang, tetapi menekankan bahawa ia bukanlah syarat untuk menikmati game ini.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Jika berminat, game ini akan dilancarkan untuk PS5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam pada tahun 2025. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pac-ManShadow Labyrinth
ShareTweetSend
Previous Post

Percaya atau Tidak, Ada Filem Yang Dibuat Sepenuhnya Dalam Grand Theft Auto!

Next Post

Pengalaman di Pameran Pokémon x Kogei – Perpaduan Seni Kraf Tradisional Jepun dan Pokémon!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pengalaman di Pameran Pokémon x Kogei – Perpaduan Seni Kraf Tradisional Jepun dan Pokémon!

Pengalaman di Pameran Pokémon x Kogei - Perpaduan Seni Kraf Tradisional Jepun dan Pokémon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd