Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview Soul Hackers 2 – Asal usul dunia, sistem pertempuran & aspek unik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 16, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Interview Soul Hackers 2 – Asal usul dunia, sistem pertempuran & aspek unik
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu interview besar tentang Soul Hackers 2, penerbit Eiji Ishida & pengarah Mitsuru Hirata dari Atlus telah menjelaskan lebih lanjut tentang dunia, sistem pertempuran dan aspek unik dalam game tersebut. Selepas 25 tahun tanpa berita, jom kita selami lebih dalam ke dunia Soul Hackers 2!

Kiri: Mitsuru Hirata / / Kanan: Eiji Ishida

*Interview ini diolah supaya mudah difahami.*

Bagaimana dunia Soul Hackers 2 digambarkan

Ishida: Sudah 25 tahun sejak keluaran game Soul Hackers terakhir. Pada masa kini, teknologi adalah normal dan penting dalam kehidupan seharian. Itulah sebabnya saya rasa ‘menggambarkan teknologi sebagai ancaman kepada manusia’ adalah tidak sesuai pada masa kini.

Walaupun mencuba pelbagai cara untuk membawa jalan cerita berdasarkan evolusi teknologi, segala usaha saya terhenti seketika. Itulah sebabnya kami memutuskan untuk meletakkan watak dan interaksi dramatik antara manusia sebagai inti cerita.

Ketika itulah saya terfikir, ‘bagaimana jika watak utama bukan manusia, tetapi sejenis teknologi pintar yang melebihi semua kewujudan, seperti bentuk kehidupan yang dilahirkan untuk memerhatikan umat manusia?’

Hirata: Terdapat begitu banyak filem dan cerita di luar sana yang berkisar tentang persoalan sama ada kecerdasan buatan (artificial intelligence) mempunyai roh. Walaupun subjek itu agak menarik dari segi falsafah, kami memutuskan untuk tidak mengikuti laluan itu kerana mahu penonton rasa sesuatu yang lebih unik. Tema yang kami gunakan untuk Soul Hackers 2 agak berbeza.

Walaupun ‘Devil Summoners’ mempunyai kuasa untuk memanggil ‘Demon’, mereka mengalami perasaan seperti kesal dan bimbang, sama seperti orang biasa. Bagaimanakah AI menilai makhluk ini? Ini adalah tema yang ingin kami fokuskan.

Ishida: Protagonis adalah klon kepada pemain. Walaupun protagonis Soul Hackers 2 ialah satu bentuk teknologi yang melebihi kehidupan, membiarkan pemain melibatkan diri dalam watak yang tidak mempunyai sebarang jenis emosi adalah mustahil. Oleh itu, kami mencipta konsep avatar dan di situlah  Ringo dan Figue muncul. Mereka mempunyai personaliti dan boleh bercakap dari perspektif sendiri.

Kehidupan generasi seterusnya kemudian dilahirkan daripada Aion. Mereka bukan seperti watak-watak yang bijak dan memberi arahan kepada pemain, sebaliknya mendekatkan diri dengan watak-watak dalam jalan cerita. Walau bagaimanapun, cara mereka bercakap agak nakal. (ketawa)

Ringo dan Figue membezakan antara satu sama lain. Pandangan Ringo tentang kehidupan agak berfalsafah, manakala Figue kadangkala boleh jadi terlalu empati. Apabila kisah semakin maju, pandangan mereka berubah, yang merupakan bahagian penting dalam jalan cerita. Walaupun kita menjangkakan mereka mempunyai personaliti yang sama, mereka benar-benar unik antara satu sama lain dan telah dihantar sebagai avatar berbeza bagi entiti yang sama. Dari titik inilah kisah itu terbongkar.

Watak utama ialah perempuan. Ini agak jarang untuk siri Shin Megami Tensei. Bersama-sama dengan latar belakang permainan, kami ingin terus menukar beberapa perkara pada game Atlus dan mencuba sesuatu yang belum pernah kami cuba sebelum ini. Kami berharap pemain pun dapat menikmati perubahan pada game ini.

Ciri penting semasa mencipta watak

Ishida: Satu lagi ciri penting adalah kepercayaan dan latar belakang watak. Kami ingin menyentuh tentang perbezaan antara organisasi Yatagarasu dan Phantom Society.

Sehingga sekarang, siri ini sentiasa menunjukkan Devil Summomner berjuang demi memenuhi tugas mereka. Tetapi mengapa mereka menjadi Devil Summoner? Apakah kepercayaan yang membawa mereka ke dalam pertempuran? Ini adalah kawasan yang tidak pernah kami sentuh.

Kisah Soul Hackers 2 memfokuskan pada sikap ‘Summoner’ terhadap kehidupan dan merupakan drama yang melibatkan rakan. Itulah yang menjadikan game ini lebih daripada sekadar sekuel kepada siri dan mengangkat  Soul Hackers 2 sebagai karya baru sepenuhnya.

Hirata: Sepanjang keseluruhan siri SMT, ramai Summoner yang tidak menyebelahi protagonis, mempunyai latar belakang menarik. Kami mahu meneruskan idea ini bahawa anda bukan sahaja memusnahkan pihak lawan tetapi menggali lebih mendalam kepada kisah mereka yang menarik.

Oleh itu, kami mencipta jalan cerita di mana beberapa ahli organisasi bertemu organisasi lain dan bergabung tenaga untuk bekerjasama. Jalan cerita ini membolehkan kami menghuraikan latar belakang setiap watak dengan lebih terperinci.

Ishida: Dengan Ringo dan Figue di pusat operasi, Arrow dari Yatagarasu, Milady dari Phantom Society dan Saizo, seorang Devil Summoner yang bekerja bebas – mereka semua mengetepikan perbezaan dan berdiri bersama di barisan hadapan untuk memenuhi matlamat tertentu.

Terdapat adegan mereka duduk mengelilingi meja untuk makan atau bergurau senda semasa minum di bar. Apabila mereka mengenali antara satu sama lain, ada kalanya mereka mendapat pemahaman yang lebih mendalam.

Sistem gameplay serba baru

Hirata: Kami perlu memikirkan cara untuk melaksanakan jalan cerita drama ini ke dalam sistem permainan. Pada masa itulah kami menghasilkan peranti COMP yang membolehkan Devil Summoners menyeru Demon. Dalam game ini, kami menumpukan pada fungsi COMP untuk mengurus Demon dalam pelbagai cara. Ia bukan sahaja sesuatu yang boleh anda pakai tetapi juga  adalah senjata dengan pelbagai kegunaan.

Nasib baik, pemain nampaknya sangat suka ‘Sistem Press Turn’ oleh Atlus, jadi kami mengasaskannya mengikut sistem yang sama. Sistem ini memberi kelebihan kepada pemain semasa menyasarkan kelemahan musuh,  dan kami berpendapat bahawa ini akan menjadikan pengalaman yang lebih menyeronokkan untuk peminat Altus.

Terdapat juga ciri-ciri baru dalam game ini, contohnya, Sabbath. Ini ialah sistem pertempuran di mana anda boleh menyeru Demon dalam simpanan untuk menangani damage yang besar. Fungsi ini dicipta untuk membolehkan anda memanggil semua Demon bagi melakukan serangan besar-besaran. ‘Designer’ dan ‘programmer’ kami bekerja keras untuk merealisasikannya.

Ishida: Ringo adalah fokus kepada operasi manakala watak lain akan menyertai parti untuk bertarung bersamanya. Memandangkan sistem ini tidak melibatkan pemain memberi arahan kepada Demon, kami terpaksa mengambil langkah tambahan untuk mengekalkan penggunaan Demon yang menarik dalam game. Kami memastikan untuk melaksanakan banyak senario di mana anda turut berperang  bersama Demon.

Mesej kepada peminat

Soul Hackers 2 meneruskan game sebelum dalam siri, tetapi juga adalah game baharu yang dikeluarkan 25 tahun selepas Shin Megami Tensei: Devil Summoner: Soul Hackers. Anda boleh menikmatinya walaupun tidak bermain game pertama, jadi sila, mencubanya!

kata Ishida.

Kami mengeluarkan ini sebagai game serba baru, jadi sentiasa berfikiran terbuka semasa bermain. Jika anda peminat  Ringo, visual dan dunia di mana anda boleh berinteraksi dengan Demon, game ini pasti untuk anda, jadi pastikan diri mencuba Soul Hackers 2!

Kata Hirata.

Soul Hackers 2 akan tiba di PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows 10/11 pada 25 Ogos 2022 dan ke Steam pada 26 Ogos 2022.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: interviewJRPGSoul Hackers 2
Previous Post

Sonic the Hedgehog 2 akan ditayangkan di Malaysia pada 21 April 2022

Next Post

[Review] Triangle Strategy – Penentuan nasib kerajaan berada di tangan anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
[Review] Triangle Strategy – Penentuan nasib kerajaan berada di tangan anda!

[Review] Triangle Strategy - Penentuan nasib kerajaan berada di tangan anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd