Setiap game klasik Resident Evil telah mendapat remake, dan entri yang paling terbaru adalah Resident Evil 4 Remake di mana Leon S. Kennedy akan mengambil peranan protagonis utama. Diakui sebagai salah satu game paling hebat dalam genre seram, memang ramai tidak sabar untuk mencuba RE4 Remake. Di sini, kami dapat peluang untuk temu bual bersama Yoshiaki Hirabayashi selaku producer untuk belajar lebih lanjut tentang game tersebut. Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isi kandungan:

Bagi kebanyakan orang, Resident Evil 4 adalah salah satu game yang paling penting dalam siri ini. Bagaimanakah perasaan membawanya kepada pemain baharu?
Hirabayashi: Saya peminat RE4 dan sebagai peminat RE4, saya amat gembira diberi peluang untuk menghasilkan remake RE4. Ini adalah game yang sangat penting untuk ramai orang, bukan sahaja untuk saya tetapi untuk keseluruhan pasukan pembangunan.
RE4 banyak berubah dalam pembangunan. Adakah anda melihat mana-mana versi lama apabila mencari perkara untuk ditambahkan pada game?
Hirabayashi: Semasa membuat remake Resident Evil 4, kami tidak melihat judul lain. Kami hanya melihat RE4 original.
Secara dalaman kami juga mempunyai RE2 Remake, RE3 Remake, dan RE Village. Dengan membuat remake RE4, pasukan Capcom melihat game dari segi perasaan dan cara mereka menampilkan gameplay moden. Sudah tentu, pemaju bukan peminat kepada setiap game jadi mereka melihat game lain di luar siri ini juga.

Dalam demo, seorang lelaki membaling kapak ke arah saya dan saya berjaya menembaknya dari udara. Ini mungkin antara perkara paling hebat yang pernah saya lakukan dalam game. Apakah perasaannya apabila dapat tahu pemain boleh melakukan aksi seperti itu?
Hirabayashi: Apa yang anda alami sebenarnya ada dalam game asal juga. Ia sangat cool. Kami telah memasukkannya di sini kerana ia adalah sebahagian daripada game original tetapi sudah tentu, kami menjadikannya lebih moden. Kami telah mengemas kini segala-galanya; contohnya terdapat lebih banyak serangan yang boleh anda lakukan dengan pisau dalam game.
Game ini terasa sangat sinematik dan saya rasa kebanyakannya berkaitan dengan perkakasan generasi baharu. Bolehkah anda memberitahu lebih lanjut tentang cara-cara membuatkan game kelihatan seperti filem seram sinematik?
Hirabayashi: Pendekatan yang lebih sinematik adalah kerana perkakasan terkini. Berbanding dengan game original yang keluar di Gamecube, yang ini ada di PS5. Ini membolehkan kami membawa intipati seram yang lebih hebat kepada game. Sebagai contoh, kami dapat mendapatkan tangkapan yang lebih baik dengan pencahayaan dan menambah efek yang lebih cantik. Ini membantu meningkatkan rasa filem seram untuk game.

Leon ialah protagonis Resident Evil yang paling popular, terutamanya di kalangan gadis. Adakah anda perlu bekerja lebih keras untuk menggambarkan dia secara autentik (dan memastikan dia kacak)?
Hirabayashi: Sudah tentu! Leon adalah bahagian penting dalam siri remake ini.
Jadi dalam RE2, dia ialah pendatang baru, dan tidak mempunyai banyak pengalaman tetapi dalam RE4, dia adalah ejen istimewa, dia ada pengalaman. Satu perkara yang kami lakukan untuk membuatnya nampak cool ialah Leon akan menggunakan kebolehannya untuk mengatasi situasi walaupun ia paling sukar. Dia tidak mengatasi situasi ini kerana dia seorang superhero atau kerana dia boleh melakukan apa sahaja, sebaliknya dia menggunakan latihan dan kecerdasan untuk mengatasi setiap masalah
Sebelum ini saya tidak dapat membezakan antara mekanik gameplay lama dan mekanik gameplay baharu. Bolehkah anda memberitahu kami lebih lanjut tentang apa yang baru dalam remake?
Hirabayashi: Remake membolehkan anda lebih mengawal watak seperti remake RE2 atau RE3. Dalam original apabila anda menyasar, anda tidak boleh bergerak tetapi itu telah diubah dalam remake jadi kini anda boleh bergerak.
Rasa gameplay adalah sesuatu yang pasukan pembangunan ingin mengekalkan daripada game original. Jadi walaupun kawalan telah dikemas kini kepada gaya baru RE2 dan RE3, pemain akan rasa bahawa ia masih mirip dengan game asal dari segi bermain.
Dan sudah tentu, pisau kini telah dinaik taraf supaya anda boleh melakukan pelbagai aksi. Sebagai contoh, anda kini boleh menepis (parry) dengan pisau. Anda juga boleh menggunakannya untuk aksi kecemasan semasa melarikan diri daripada situasi buruk.
Kami juga mempunyai “attaché case” (tempat simpan inventory) dan item crafting dalam remake. Terdapat ciri berbeza lain yang telah ditambahkan dalam game tetapi untuk apa yang telah ditunjukkan hari ini [TGS2022], itulah yang telah ditambah.

Menggunakan pisau untuk melarikan diri daripada ditangkap nampaknya dapat mengubah rentak game. Adakah anda perlu melaraskan posisi atau tingkah laku musuh memandangkan pemain boleh lepaskan diri lebih cepat dengan pisau?
Hirabayashi: Ya, kami telah membuat perubahan. Kami menambah bilangan musuh dan dalam erti kata itu, kami juga telah melaraskan posisi musuh. Memandangkan game itu dibuat semula, perubahan pada musuh juga telah dibuat dalam cara yang sesuai.
Apabila Resident Evil 4 pertama kali diumumkan akan mendapat remake, peminat kepada game original sangat menyukai “attaché case“ dan bertanya sama ada ia akan kembali. Adakah kita akan melihat attaché case sekali lagi?
Hirabayashi: Saya tidak sedar respons peminat begitu kuat terhadap attaché case jadi saya bersyukur kerana anda memberitahu saya perkara itu.

Siri Resident Evil mempunyai makna berbeza kepada orang ramai. Kakak saya suka sebab dia suka game seram dan suka suasana seram. Saya suka kerana teka-teki. Memandangkan kakak saya tidak pandai menggunakan controller, kami sering bermain game itu bersama-sama. Apakah komen anda tentang orang yang bermain kerana sebab berbeza?
Hirabayashi: Siri RE pada asasnya dibina di atas empat elemen penting: seram, aksi, teka-teki dan pengurusan sumber. Semua game RE mempunyai elemen utama ini di dalamnya. Ia benar-benar bergantung pada game yang anda main untuk menentukan jenis keseimbangan. Setiap game sangat bagus kerana ia mempunyai beberapa bentuk keseimbangan ini.
Sesetengah game lebih seram dan untuk remake ini, kami telah menambah sedikit lagi elemen seram jadi mungkin kakak anda akan lebih suka game ini tetapi elemen-elemen lain masih ada. Ia adalah keseimbangan yang bagus yang memastikan bahawa ramai orang akan menyukai game ini.
Adakah ada apa-apa yang anda ingin sampaikan kepada peminat Resident Evil daripada Asia Tenggara?
Hirabayashi: Jadi bagi peminat game original dan peminat game moden, game ini merupakan gabungan yang menarik bagi Resident Evil 4 original dengan gameplay yang dikemas kini. Kami harap anda semua akan bermain dan menikmatinya.

Maka, tamatlah review kami bersama Yoshiaki Hirabayashi tentang Resident Evil 4 Remake yang bakal keluar pada 24 Mac 2023 di PS4, PS5, Xbox Series dan PC.
Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Resident Evil, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post