Dengan pelancaran set kad Dominaria United pada minggu ini, kami berpeluang untuk temu ramah Senior Game Designer Magic the Gathering, Ethan Fleischer. Ingin tahu bagaimana cabaran yang dihadapi sepanjang mereka set baru MTG ini? Teruskan baca hasil temu ramah kami bersama Ethan Fleischer. Sebagai peringatan, hasil temu ramah telah diedit supaya mudah difahami.

Dominaria sememangnya sesuatu yang besar yang kembali untuk ulang tahun MTG. Boleh anda kongsikan beberapa tekanan yang datang semasa mereka bentuk set baharu untuk lokasi yang begitu popular ini?
Ethan: Set Dominaria yang keluar pada 2018 merupakan kejayaan yang besar. Untuk teruskan set popular itu sememangnya mencabar. Saya bertanya kepada diri, jika kami boleh hasilkan sesuatu yang setanding sebagai sekuel. Nasib baik pasukan reka bentuk dan worldbuilding penuh dengan idea untuk kad. Selain itu, Dominaria juga satu tetapan yang besar dan mendalam sehingga kami boleh menumpukan pada mekanik dan faction yang menjadi penting dalam cerita sambil kami teruskan arc cerita untuk tahun ini.

Ramai yang teruja dengan makhluk “Defiler Of”, terutamanya apabila mereka menggabungkan sistem mana Phyrexian. Boleh ceritakan sedikit mengenainya?
Ethan: Kami selalu menghasilkan kad “cycle”, lima kad, satu daripada setiap warna, dengan mekanik yang serupa untuk menyatukannya secara konsep. Penting untuk menghasilkan kad untuk semua jenis pemain. Defiler cycle direka untuk pemain “Spike”. Mereka ini sukakan mekanik yang menukar sumber seperti yang ada pada Phyrexian mana dan Defiler.
Setiap set dilengkapi dengan mekanik utamanya sendiri, apakah mekanik yang paling teruja untuk digunakan oleh pemain dalam Dominaria United?
Ethan: Mekanik yang paling sukar untuk dibangunkan ialah kata kunci Read Ahead yang muncul dalam kad Saga Dominaria United. Normalla, Sagas bermula pada Bab I dan diproses secara linear, giliran demi giliran. Mekanik Read Ahead membolehkan anda untuk langkau bab terdahulu yang tidak terlalu berguna secara taktikal dan bermula dengan bab yang kemudian. Ini membuka banyak minat untuk pemain dan menjadikan Saga dimainkan secara berbeza daripada satu game kepada game lain. Ia merupakan satu cabaran besar bagi pasukan reka bentuk untuk membuat keputusan untuk Saga yang kadangkala ingin digunakan oleh pemain, tetapi ianya tidak selalu. Saya sangat teruja bagaimana pemain dengan kad ini sebaik sahaja Dominari United dikeluarkan!

Memandangkan banyak set seterusnya yang akan mengikuti arc Dominaria/Phyrexian ini, adakah pasukan akan memantau maklum balas pemain untuk menambah baik set seterusnya juga?
Ethan: Sudah tentu. Setiap set direka seperti eksperimen, jadi penting bagi kami untuk mengumpul data untuk menentukan keputusan kami. Kami menjalankan tinjauan, memantau kadar bermain, membincangkan set kami dengan pemain dan membaca artikel serta media sosial untuk mengetahui pendapat pemain tentang set itu dan cara mereka menggunakan kad tersebut. Disebabkan oleh kitaran pembangunan untuk set Magic, ia biasanya akan mengambil masa beberapa tahun sebelum sebarang perubahan besar boleh digubal sebagai tindak balas kepada maklum balas pemain.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan dengan anda semua kali ini. Bunyi macam menarik set terbaru ini. Lagi menarik siap boleh “skip” bab yang lama dahulu. Apapun, set kad MTG: Dominaria United akan tersedia pada 9 September 2022. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai MTG daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post