Selepas pendedahan lanjut mengenai game Mission Zero semasa NetEase Connect beberapa hari yang lalu, nampaknya ramai pemain teruja untuk bermainnya. Kami berpeluang untuk untuk menemu ramah produser Mission Zero, Kai Yu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game tersebut. Sebelum itu, mari kami perkenalkan secara ringkas mengenai Mission Zero.

Tentang Mission Zero
Ia merupakan stealth game konpetitif 2v4 yang memaparkan “blend-in” serta pengalaman gameplay yang berbeza. Ia akan tersedia pada peranti mobile dengan sistem iOS Android. Malah ia juga akan hadir untuk pemain PC. Game ini juga mempunyai ciri cross-platform. Pemain akan memilih untuk menjadi invader atau chaser semasa bermain dan membongkar perkara mengenai Sirius dan Mobius. Sembunyikan diri, gunakan kebolehan dan peralatan yang hebat serta rasai satu perlawanan yang sengit dalam operasi ini!
Sudah jelas tentang game ini? Jom kita ke sesi temu ramah pula. Untuk pengetahuan anda, jawapan yang diberikan mempunyai sedikit perubahan supaya mudah difahami.
1. Mission Zero mempunyai dua puak iaitu Sirius dan Mobius. Boleh terangkan lebih lanjut mengenai dua pihak ini?
Kedalaman strategik kepada konfrontasi antara puak adalah kunci untuk bermain jangka panjang. Terdapat tiga level yang akan tersedia untuk konfrontasi ini.
Level pertama adalah yang paling mudah, hanya perlu mengaburkan penglihatan dan kelirukan pihak lawan. Contohnya, jika penceroboh meletakkan bom asap dan berpura-pura menjadi NPC, chaser akan sukar untuk mengesan invader.
Level kedua pula melibatkan tekaan dan deduksi. Contohnya, jika invader menjatuhkan bom asap semasa dia cuba mengelak daripada ditangkap, chaser perlu meneka arah invader melarikan diri. Invader pintar juga boleh melakukan perkara yang bertentangan dengan jangkaan lawannya dan memilih untuk bergerak dalam laluan yang lebih berliku atau arah bertentangan.
Level ketiga ialah perang maklumat. Invader dan chaserkedua-duanya mempunyai rakan sepasukan. Sebagai contoh, apabila chaser mencari lokasi invader, mereka boleh cuba mengepung invader yang datang kepada mereka dari dua arah. Sementara itu, invader yang belum didedahkan, boleh kekal dekat dengan chaser, semasa masih menyamar, dan membantu berikan maklumat berharga kepada pasukan mereka.

2. Hampir semua game asymmetrical dalam pasaran ialah 1v4. Kenapa Mission Zero menggunakan formula 2v4?
Selain konfrontasi, stealth juga merupakan pengalaman teras untuk Mission Zero. Jika hanya ada seorang chaser, maka pinvader yang berkemahiran tinggi boleh menggunakan pelbagai cara untuk melarikan diri, ini tidak akan memberikan pengalaman stealth yang baik. Oleh itu, bilangan chaser perlu lebih daripada seorang. Selepas banyak ujian dijalankan, kami mendapati 2v4 agak seimbang.
Invader perlu menyamar dan berselindung dengan orang ramai, menggunakan persekitaran atau menukar penyamaran yang berbeza untuk menutup jejak mereka, supaya chaser tidak menjumpai mereka sepenuhnya. Walaupun invader berjalan terus di hadapan chaser, dia mungkin tidak menyedarinya. Apabila terdapat dua chaser, tiba-tiba seluruh pengalaman bermain menjadi sangat berbeza.
Sebaliknya, kami juga berharap chaser dapat bekerjasama dengan rakan sepasukan mereka. Watak chaser yang berbeza mempunyai kemahiran yang berbeza. Contohnya, mengumpul maklumat atau kebolehan mengejar. Kami mahu memberikan pemain lebih banyak pilihan taktikal, tetapi bukan 1 atau 2 penyelesaian optimum.
3. Berapa lama masa yang diambil untuk selesaikan satu game dalam Mission Zero?
Satu game memakan masa 10-15 minit.

4. Boleh berikan maklumat lanjut mengenai watak-watak yang boleh dimainkan nanti?
Invader menggunakan peralatan teknologi tinggi. Ianya lebih kurang seperti peralatan dalam filem spy. Terdapat pelbagai jenis peralatan yang akan membantu untuk bersembunyi, bergerak, mengelirukan pihak lawan dan macam-macam lagi. Buat masa sekarang, terdapat 10 jenis peralatan berbeza yang tersedia dan lebih banyak lagi yang masih dibangunkan.
Chaser pula watak yang mempunyai kebolehan unik aktif dan pasif. Terdapat pelbagai mod seperti serangan kuat, mengumpulkan maklumat, menyamar, mencari, membantu dan banyak lagi. Terdapat 8 watak Mobius yang tersedia. Sudah tentu banyak lagi yang akan datang.
5. Mission Zero merupakan game cross-platform, jadi adakah ia juga mempunyai ciri cross-progression?
Kami mahu kurangkan beban pemain sebanyak mungkin. Dalam ujian beta terbuka, kami rancang untuk membuat akaun pemain disambungkan pada iOS, Android dan PC. Jadi pemain daripada pelbagai paltform boleh gunakan akaun yang sama untuk log in. Sudah tentu, kami masih lagi dalam fasa ujian teknikal dan jauh lagi perjalanannya.
6. Adakah anda mempunyai perancangan untuk melepaskan game ini pada konsol?
Kami berharap boleh melakukannya pada masa hadapan, tetapi buat masa ini kami fokuskan kepada PC dan mobile. Kami akan cuba dahulu game pada PC dan mobile dan meneroka peluang untuk keluaran konsol.

Nampaknya, pihak pembangun benar-benar ingin berikan pemain satu game spy yang menarik. Tidak sabar pula untuk mencubanya nanti. Jangan lupa, ujian teknikal akan bermula 8 Julai ini di Malaysia. Anda boleh melihat gameplay di Youtube NetEase untuk gambaran jelas Mission Zero. Apapun, kalau anda inginkan liputan lanjut mengenai game ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post