Semua orang pasti pernah bermain game Marvel, terutamanya Spider-Man, Guardians of the Galaxy, atau Marvel Avengers. Semuanya jatuh di bawah kategori ‘action adventure’, tetapi apa jadi jika Marvel menerapkan genre baru seperti ‘taktikal strategi’ ke dalam game mereka? Muncullah Marvel’s Midnight Suns yang dihasilkan oleh Firaxis Games!
Bagi mereka yang tidak tahu, Marvel’s Midnight Suns menampilkan RPG taktikal yang digabungkan dengan sistem pertempuran berasaskan kad. Kebetulan, kami mendapat peluang lagi untuk sesi interview bersama Jake Solomon yang merupakan Pengarah Kreatif Firaxis Games bagi membincangkan lebih lanjut tentang game, apa yang membuatkannya menarik dan perkara-perkara lain.

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah kandungan interview:
Mekanik gameplay yang baru didedahkan

Lilith mempunyai kebolehan untuk mengawal superhero melawan di pihaknya, jadi adakah ahli pasukan akan hilang di tengah-tengah pertarungan? Adakah terdapat cara untuk mendapatkannya kembali?
Jake: Salah satu perkara paling menakutkan tentang Lilith ialah dia dapat mengawal Hero atau Villain untuk menyertainya. Tetapi anda tidak akan kehilangan ahli pasukan jika melawannya. Anda dapat melihatnya dengan lebih jelas apabila memainkan mode story dalam Marvel’s Midnight Suns.
Kami tahu membina hubungan yang baik antara Hero dalam game akan menjadikan watak itu lebih kuat, tetapi jika perkara yang sebaliknya berlaku, adakah watak itu akan menjadi lebih lemah?
Jake: Ya, jika anda tidak membina hubungan “Friendship” bersama Hero, anda tidak akan mendapat bonus pasif yang bagus. Kostum Black & Gold yang anda lihat dalam trailer adalah salah satu hadiah selepas memaksimumkan Friendship, yang juga datang dengan skil baharu.


Berkaitan komposisi pasukan, bagaimana mereka berinteraksi antara satu sama lain? Contohnya, Spider-Man dan Iron-Man mempunyai serangan pasukan tag team seperti dalam filem.
Jake: Game ini adalah Friendship individu antara The Hunter dan setiap Hero. Pada mulanya, ia akan unlock skil kombo jika anda berpasukan dengan Hero tertentu yang menunjukkan takedown hebat.
Sudah tentu, sebahagian daripada gameplay Marvel’s Midnight Suns adalah untuk mencari kombo dan sinergi terbaik dengan pelbagai hero sedia ada. The Hunter mempunyai kebebasan paling luas, dan ingin membina pasukan impian seperti Spider-Man, Iron-Man, dan dia mempunyai banyak cara untuk menewaskan pihak lawan, sama ada dengan memfokuskan kepada kebolehan individu setiap Hero, atau fokus menjadi support untuk menyokong.

Sebagai protagonis, The Hunter mempunyai kisah yang mendalam. Bagaimanakah anda menyeimbangkan pelbagai latar belakang watak untuk memberi ruang kepada pemain mempelajarinya?
Jake: Kami memastikan bahawa masih ada ruang untuk pemain membuat The Hunter berasa unik. Itulah sebabnya The Hunter mempunyai pelbagai customization dan memberikan kesan unik yang menjadikan sistem dialog dalam game amat berbeza. Kami juga memastikan The Hunter boleh ‘berdiri dengan sendiri’ dan boleh diubah suai mengikut kehendak pemain.
Salah satu aspek hebat tentng Marvel’s Midnight Suns ialah setiap Hero mempunyai interaksi lucu antara satu sama lain di Abbey. Bagaimanakah anda membuatkannya begitu seronok untuk tonton, dengan dialog kurang serius yang biasanya tidak dilihat dalam game Marvel?
Jake: Bangun tidur, ucap Hai kepada Captain Marvel, berehat dengan Magik – kehidupan bersama Hero adalah keutamaan dan keinginan kami dalam game ini. Aspek cerita diilhamkan oleh komik, yang menghasilkan perasaan yang sangat kuat tentang “kartun pada pagi Sabtu”.
Saya pernah berkata sebelum ini – kami mempunyai jenis cerita akhir zaman yang terasa agak suram – dan bagi kami, lebih gelap cerita itu, lebih ringan jenaka. Kami mengambil jalan cerita dan tema yang serius dan melayannya dengan hormat. Kami tidak cuba membuat game dengan tema yang terlalu serius dan gelap.

Pelancaran dan kandungan selepas itu
Logo Switch nampaknya tiada dalam trailer terbaru. Adakah versi Switch sedang menghadapi masalah?
Jake: Ya, keluaran untuk versi Switch ditangguhkan. Kami akan menerangkan sebab dan perincian pada masa akan datang.
Apakah jenis DLC yang boleh pemain harapkan dalam game ini? Adakah ia seperti watak baharu atau mode kempen baharu?
Jake: Kami telah memaklumkan kepada anda bahawa akan ada Season Pass untuk Marvel’s Midnight Suns yang mengandungi empat watak dengan cerita mereka sendiri, yang bakal datang selepas keluaran game.

Maka, tamatlah interview kami bersama Jake Solomon tentang Marvel’s Midnight Suns. Dari rupa visual, game itu memang nampak sangat menarik dan amat berbeza dengan game Marvel yang lain. Buat mereka yang tidak sabar untuk cuba, Marvel’s Midnight Suns akan keluar pada 7 Oktober di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.
Untuk segala liputan kami tentang game tersebut, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post