Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Interview] Exoprimal akan datang dengan pengalaman baru setiap kali bermain!

Maira by Maira
June 14, 2022
in Artikel, Berita, Game, Multiplayer, PC, PS4, PS5, Shooter, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Interview] Exoprimal akan datang dengan pengalaman baru setiap kali bermain!
Share on FacebookShare on Twitter

Exoprimal telah mendedahkan benda baru mengenai gameplay serta mengumumkan ujian beta tertutup untuk game tersebut. Sempena dengan itu, kami berpeluang untuk menemu ramah Produser Kiyokawa Ichiro dan Direktor Hiraoka Takuro yang terlibat dalam pembangunan game baru Capcom ini. Tanpa membuang masa berikut adalah isi daripada temu ramah tersebut. Harap maklum bahawa jawapan telah diedit supaya lebih mudah untuk difahami.


Sekilas pandang, saya rasa ramai peminat Capcom salah anggap dan menyangka ianya game Dino Crisis. Adakah pasukan Exoprimal mengambil inspirasi daripada siri tersebut?

Ia merupakan game baru yang berbeza daripada gameplay dan dunia Dino Crisis. Idea tentang dinosaur ini sejak mula lagi. Kami ingin merasai ancaman dinosaur, yang boleh dianggap sebagai makhluk paling kuat dalam sejarah. Kami fikir, jika kami boleh mengalami situasi terdesak di mana beribu-ribu dinosaur menyerang, kami ingin hasilkan perasaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Seterusnya, saya rasa dinosaur yang mempunyai kekuatan luar biasa dan bilangan yang banyak sukar untuk dihapuskan oleh manusia walaupun dengan teknologi moden dan sesuatu yang baru diperlukan. Pada waktu itu, saya fikir jika dua elemen, “paling kuat dalam sejarah” dan “paling kuat di masa depan”digabungkan, kami boleh menghasilkan sesuatu yang menarik kepada pemain dan begitulah Exoprimal tercipta.

exoprimal

Exoprimal akan datang dengan progression system bagaimana? Apa yang anda boleh dapat selepas selesaikan misi?

Dengan bermain mode utama, “Dino Survival” akan berikan EXP, yang boleh menaikkan level pemain dan exosuit. Pelbagai ganjaran boleh didapatkan dengan level up. Antara ganjaran ini, terdapar sistem untuk menyesuaikan rupa exosuit dan juga prestasinya. Nantikan maklumat lanjut akan datang.

Berdasarkan maklumat dahulu, bunyi seperti pasukan pembangun ingin pemain fokus kepada kepantasan menyelesaikan misi. Adakah pemain boleh dapatkan ganjaran berbeza mengikut masa penyelesaian misi?

Dino Survival mempunyai peraturan “anda menang jika selesaikan misi yang diberikan Leviathan sebelum pihak lawan”. Jadi, pemain akan cuba untuk selesaikannya dengan baik. Kalau menang dalam Dino Survival, lebih banyak EXP yang boleh didapatkan.

exoprimal

Jika dilihat pada Monster Hunter mengenai high level yaang bergantung pada kebolehan armor dan posisi, bagaiman pula ciri yang anda perlukan untuk high level dan Exoprimal?

Dengan manipulasi mudah pada suit (kawalan watak, aksi/ketepatan sasaran) penting dalam Dino Survival, Leviathan akan menukar misi, peta dan dinosaur setiap kali anda memainkannya. Jadi, agak penting untuk berlawan mengikut situasi, contohnya “Apa yang boleh saya lakukan kepada dinosaur dengan suit ini?” atau “Perlukah saya tukar suit untuk misi ini?”. Jadi buatlah keputusan yang baik dan bekerjasama dengan rakan pasukan.

Bagaimana pula untuk pemain lain yang tidak suka tingkatkan level atau optimumkan gaya bermain mereka? Adakah game ini senang untuk mereka berseronok?

Sudah tentu, pemain seperti itu juga boleh menikmati Exoprimal. Bergantung pada dinosaur atau misi, suit tetapi tidak mustahil untuk selesaikan misi tanpa memilih suit yang paling sesuai. Game ini mungkin kedengaran sukar apabila memikirkan tentang “membuat keputusan”, “role-play”dan “co-op bersama kawan” tetapi relitinya, ia lebih kasual. Setiap exosuit dalam game boleh melepaskan serangan dan skill hebat mengikut ciri masing-masing dengan mudah dan inilah yang menyeronokkan ketika bermain. Dalam mode Dino Survival, sangat mudah untuk dinavigasi untuk pemain yang baru mula, terima kasih kepada Leviathan. Sama ada anda bermain bersendirian atau secara co-op, anda pasti menikmati pengalaman menyeronokkan.

Maklumat apakah yang pasukan Exoprimal inginkan daripada ujian Beta nanti?

Close Network Test ini untuk menguji sistem game dalam talian. Kami ingin uji jika game Capcom ini boleh dimainkan dengan selesa dengan persekitaran pemain dan kami hargai kerjasama anda. Sudah tentu kami juga akan melihat segala maklum balas yang diterima mengenai kandungan game, jadi jangan malu-malu untuk berikan maklum balas anda untuk pelepasan game ini.

Berapa banyak penyesuaian tersedia untuk exosuit? Adakah lebih banyak Exosuit akan tersedia selepas game dilancarkan?

Dengan bermain mode “Dino Survival”, anda akan mendapat EXP yang membolehkan anda naikkan level pemain dan suit. Antara ganjaran daripada neikkan level, pemain boleh menyesuaikan rupa exosuit termasuklah mekanik untuk mengubah prestasinya. Suit juga boleh dipasang dengan rig. Gabungan “suit dan rig” memperluaskan cara untuk berlawan. Sila bereksperimen dengan pelbagai kombinasi dan dapatkan gaya berlawan anda sendiri. Rancangan masa depan selepas game dilancarkan masih belum ditentukan.

exoprimal

Ini kali pertama rupa Leviathan ditunjukkan. Boleh cerita sikit mengenainya?

Leviathan merupakan AI generasi baru yang telah melakukan combat test berulang kali. Sudah tentu semasa combat test, Leviathan akan munculkan dinosaur tersebut. Leviathan akan muncul dalam pelbagai rupa. Kadang-kadang ia kelihatan seperti humanoid gergasi, yang lain pula adalah sebahagian daripada Leviathan, seperti Watcher, yang bertanggungjawab ke atas navigasi berhampiran pemain. Kalau ingin tahu mengapa Leviathan selalu mengulangi combat test ini, mainlah game ini.

Babylon’s Fall dan Anthem merupakan game multiplayer lain yang mendapat pelbagai kritikan daripada peminat, adakah pasukan pembangun memberi perhatian untuk tidak mengulangi sebarang kesilapannya?

Dino Survival akan menukar misi, peta dan dinosaur mengikut progres pemain, jadi pemain boleh merasai pengalaman berbeza stiap kali bermain. Pemain juga sukar untuk menjangkakan pertarungan akan datang sehinggalah mereka menjejakkan kaki dan mulakan misi.

Dalam game lain, persediaan sebelum bermain itu sangat penting, tetapi Exoprimal perlukan gaya main fleksibel untuk menyelesaikan setiap misi yang diberi Leviathan (pemain akan pilih gaya pertarungan mereka dan bebas menukar suit untuk berlawan) dan ia akan jadi seronok. Kami bertanya kepada ahli lain dalam pasukan pembangun untuk cuba main game ini dan mereka terkejut bagaimana pengalaman bermain itu sentiasa berubah dan mereka sukakannya. Kami percaya itulah keunikan untuk Exoprimal.

exoprimal

Harap-harap temu ramah ini memberikan anda gambaran jelas tentang apa yang akan menanti anda apabila game ini lancar. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk melihat maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Exoprimal, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EXOPRIMALinterview
Previous Post

Beta tertutup EXOPRIMAL telah diumumkan! Jom berlawan dengan ratusan AI Dinosaur!

Next Post

Resident Evil Village Gold Edition diumumkan, termasuk DLC Winters’ Expansion

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Resident Evil Village Gold Edition diumumkan, termasuk DLC Winters’ Expansion

Resident Evil Village Gold Edition diumumkan, termasuk DLC Winters' Expansion

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd