Selain daripada mengesahkan tarikh keluaran game pada 28 Oktober, Infinity Ward juga mempamerkan watak-watak utama yang akan tampil dalam kempen Call of Duty Modern Warfare 2. Walaupun banyak watak dalam Modern Warfare 2 dikenali oleh peminat kerana merupakan watak ikonik dalam francais Call of Duty, terdapat satu yang kita belum pernah lihat sebelum ini iaitu Kolonel Alejandro Vargas.

Sebagai pengenalan, Kolonel Alejandro Vargas ialah watak baru yang tampil dalam Call of Duty: Modern Warfare 2. Selaku anggota terbaharu dalam unit elit anti-keganasan Task Force 141, Vargas ialah operator Tier One untuk Mexico Special Forces. Pada masa yang sama, dia mengetuai unit sendiri bersama Los Vaceros.

Di sini, kami berpeluang menemu ramah Brian Bloom, Ketua Penulis dan Jeffrey Negus, Pengarah Naratif daripada Infinity Ward untuk belajar lebih lanjut tentang watak Alejandro Vargas dan apa yang membuatkannya istimewa.
Personaliti lebih berketerampilan sebagai warga Mexico

Memandangkan siri Call of Duty lebih ke arah realistik, menonjolkan seorang watak lebih sukar memandangkan ia tidak ada apa-apa kelebihan istimewa berbanding hero dalam game fantasi yang boleh menggunakan magic dan sebagainya.
Untuk memberi Alejandro personaliti, Jeffrey Negus menceritakan kisah awal pembikinan. Secara lebih khusus, Infinity Ward mempunyai peluang untuk membawa semula elemen-elemen tertentu daripada siri/watak lama yang mempunyai personaliti unil sambil memperkenalkan watak baharu. Jelas sekali, Alejandro terhasil daripada usaha itu.

Memandangkan Alejandro tidak terkenal seperti watak lain di dalam game, jadi untuk menonjolkan watak ini, mereka memberinya matlamat dan latar belakang lain untuk membezakan bagaimana dia membuat keputusan apabila dalam konflik dan bagaimana dia menyelesaikan konflik itu.
Alejandro sebenarnya akan bercakap dalam bahasa Sepanyol jika bersama unitnya Los Vaceros, atau apabila bercakap dengan orang kanannya. Jika berkomunikasi dengan anggota Task Force 141, dia akan menukar ke bahasa Inggeris sambil mencampur sedikit bahasa Sepanyol tetapi cara dia bercakap adalah lebih “direct” supaya rakan sepasukan dapat memahami dengan tepat apa yang dia katakan.
Pelakon menjiwai watak

Jadi siapa yang membawa watak Alejandro? Dalam pencarian untuk menemui personaliti paling sesuai, mereka terjumpa seorang pelakon bernama Alain Mesa yang juga pernah terlibat dalam beberapa game besar termasuk Forza Horizon 5, Arcadegeddon, Red Dead Redemption II dan lain-lain. Menurut mereka, ia adalah pencarian untuk mencari lelaki yang sesuai untuk menjelmakan watak ini kerana insan itu perlu membawa tenaga yang penting secara fizikal.
Apabila kami melihat uji bakatnya, kami memandang masing-masing selama 5 saat dan berkata “Ini lelaki kami”. Dia mempunyai kehadiran dan perintah sedemikian, watak itu lahir sebagai pemimpin semula jadi. Dia seorang lelaki yang memimpin pasukan Los Vaceros. Al menjelmakan lelaki ini dengan sempurna.

Menurut Bloom, Alejandro adalah lelaki yang suka mencuba sesuatu serta merta dan akan melakukannya 100%. Rupanya Alain Mesa pun memiliki sikap yang sama. Pelakon itu muncul setiap hari bersiap sedia dan bersama tenaga yang benar-benar mencipta keserasian yang menarik di set yang memberikan semua orang tenaga dan secara langsung memainkan peranan yang penting dalam persembahan semua orang.
Selain itu, pihak Infinity Ward juga berbincang dengan penasihat ketenteraan dan penterjemah bahasa secara rutin dengan untuk semua bangsa dan budaya yang diwakili dalam game. Semasa proses ini, suatu kejadian menarik telah berlaku. Mereka bertanya kepada askar Mexico, “Jika anda terpaksa masuk ke dalam foxhole (lubang yang digali biasanya untuk melindung daripada tembakan musuh) dengan satu orang, siapakah orang itu?”. Askar itu kemudian memberi satu nama.
Mereka kemudian menghubungi orang itu dan kami bercakap selama beberapa minggu lalu belajar tentang pelbagai aspek askar termasuk pemikiran, ideologi, latar belakang, perkara yang dihadapi, cabaran serta kemenangan dan kesusahan mereka.
Memudahkan semua untuk cuba CoD

Seperti yang kita semua tahu, CoD dibina berdasarkan budaya ketenteraan untuk memberikan pengalaman realistik. Malangnya, ramai yang tidak mempunyai pengetahuan kukuh tentang militari melainkan kalau mereka terlibat dalam askar sebenar. Untuk menggambarkan suasana sebenar sambil kekal relevan, Bloom menggambarkan bahawa CoD bukan simulator tepat untuk jurusan ketenteraan.
Peristiwa di dalam game selalunya digempak-gempakkan supaya pemain dapat alami sedikit fantasi menjadi askar. Mereka mengaku bahawa terdapat pelbagai jenis orang dari pelbagai latar belakang yang pasti bermain game itu, jadi matlamat utama mereka adalah supaya game itu boleh dinikmati tanpa menjadi terlalu realistik hingga mengekang pemain.
Maka, tamatlah review kami bersama Brian Bloom, Ketua Penulis dan Jeffrey Negus, Pengarah Naratif daripada Infinity Ward untuk belajar lebih lanjut tentang watak Alejandro Vargas daripada Call of Duty Modern Warfare 2. Terima kasih saya ucapkan kerana memberi kami peluang untuk tahu lebih lagi tentang karya ini!
Buat sesiapa yang tidak sabar, Call of Duty Modern Warfare 2 akan keluar pada 28 Oktober 2022 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Battle.net serta Steam manakala versi akses awal dan beta terbuka akan mula seawal bulan September yang korang boleh baca sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post