Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview bersama mangaka Tetsuo Hara – Dari Fist of the North Star ke Magic: The Gathering

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 20, 2022 - Updated on February 28, 2022
in Artikel, Berita, Kad Strategi, Manga, Temuramah
0 0
0
Interview bersama mangaka Tetsuo Hara – Dari Fist of the North Star ke Magic: The Gathering
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Wizards telah mengeluarkan set kad Magic: The Gathering terbaru, iaitu Kamigawa: Neon Dynasty pada 18 Februari. Apa yang membuatkan set kad tersebut sangat unik adalah ia menawarkan reka bentuk unik dan melibatkan pelbagai artis terkenal dari seluruh dunia, termasuk mangaka legenda Tetsuo Hara.

Bagi korang yang tidak tahu, Tetsuo Hara adalah mangaka dari Jepun yang dikenal dengan karya Fist of the North Star dan Hana no Keiji. Seperti saya kata tadi, dia kini turut menghasilkan seni untuk salah satu kad dalam set Kamigawa: Neon Dynasty sebagai kolaborasi istimewa. Berita baiknya, kami berpeluang dapatkan interview bersama beliau untuk berkongsi cerita tentang pembikinan projek ini. Berikut adalah isi kandungan:

Kad Kaito Shizuki yang dilukis oleh Tetsuo Hara

Apakah pendapat anda apabila melihat dunia dan ilustrasi kad Magic: The Gathering?

Hara: Magic: The Gathering termasuk Kamigawa: Neon Dynasty mempunyai kebebasan reka bentuk yang menarik, dengan perspektif dunia yang berbeza, tetapi masing-masing mampu mempunyai keunikan sendiri. Saya nak buat cerita tentang ninja sci-fi dalam dunia sebegitu.

Adakah terdapat persamaan antara melukis pose watak pada kad seperti MtG dan melukisnya pada panel manga?

Hara: Dalam manga, saya cenderung menggunakan komposisi bust-up atau waist-up, kerana sukar untuk melihat ekspresi muka apabila komposisi ditarik ke belakang seperti dalam ilustrasi ini. Bagi pelbagai elemen dari aspek manga seperti “tersenyum”, “mengeluarkan pedang”, “melempar shuriken”, dan “berlari di atas bumbung berjubin”, susunan pergerakan ditunjukkan dalam beberapa panel dalam gambar bergerak.

Manakala di MtG, saya menghabiskan figura watak dahulu dan kemudian menambah elemen lain dan ini adalah sesuatu yang sangat berbeza daripada apa yang saya lakukan sebelum ini.

Antara panel dari manga Fist of the North Star

Apabila tahu anda akan melukis watak Kaito Shizuki, apakah tanggapan pertama tentang reka bentuk watak itu?

Hara: Bagi reka bentuk Kaito Shizuki, saya sudah berfikir dan membuat keputusan, jadi saya tidak perlu mengambil inspirasi daripada orang di dunia sebenar. Saya mengikuti reka bentuk dan setting mengikut idea itu, dan memutuskan untuk menggunakan pose “wajah tanpa rasa takut” sebagai ekspresi utama.

Selepas itu, saya memikirkan pelbagai perkara untuk menjadikan imej itu lebih serupa dengan gaya saya. Kerana itu, saya menambah elemen Lao daripada “Fist of the North Star” serta Maeda Keiji daripada “Hana no Keiji” ke dalam pose. Walaupun melukis dalam gaya Jepun, saya sentiasa menambah unsur Barat. Jika saya tidak berbuat demikian, saya tidak dapat menyelesaikannya.

Apakah perasaan menjadi artis dalam projek Magic: The Gathering?

Hara: Sudah tentu, saya sangat bangga dan gembira dijemput untuk membuat ilustrasi bagi salah satu permainan kad terkenal dunia dan kerana saya suka seni sci-fi seperti dunia Kamigawa yang menggunakan unsur Jepun serta cyberpunk neon, rasanya seperti mimpi menjadi kenyataan dan saya sangat gembira melakukannya.

Dunia yang Magic: The Gathering dan Kamigawa tawarkan sangat menarik. Saya mahu melukis sekurang-kurangnya 5 lagi karya seni. Sila hantar permintaan anda kepada Wizardz of the Coast (dia berkata sambil ketawa).

Tetsuo Hara ketika memegang dan melihat seni di MtG – Kaito Shizuki

Ramai yang tidak sedar ada sedikit perbezaan dalam seni yang anda hasilkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bolehkah anda jelaskan mengapa diri masih boleh bertambah baik walaupun sudah beberapa dekad melukis?

Hara: Saya cuba menghargai sokongan diterima oleh orang sekeliling. Saya juga mengekalkan “semangat chuni” saya (ketawa). Saya sebenarnya seorang yang pesimis, jadi galakan yang diterima daripada orang sekeliling adalah penting. Sebab saya mengasaskan syarikat Coamix pada tahun 2000 adalah kerana saya tidak dapat meneruskan tanpa rakan-rakan, dan saya memerlukan mereka untuk membantu mengisi kekosongan itu. Penulis yang sangat berjaya juga pasti penat jika bersendirian.

Selain itu, saya rasa apa yang penting ialah idea dan perasaan untuk melukis. Jika anda meletakkan hati dan jiwa ke dalamnya, anda akan dapat menyampaikan maksud sebenar imej itu. Jika ada peraturan yang wajib pandai melukis, saya tidak akan melukis. Terdapat ramai orang yang lebih baik daripada saya. Tetapi saya boleh melakukan ini kerana ada orang yang gembira dengan hasil kerja saya.

Adakah anda mempunyai mesej untuk peminat?

Hara: Saya gembira jika lukisan yang saya buat – Kaito Shizuki, boleh menggembirakan satu atau dua orang. Jika anda bermain MtG dengan kad ini, saya akan lebih gembira. Dunia Magic: The Gathering dan Kamigawa sangat menarik dan saya mahu melukis lebih banyak lagi. Tolong seseorang memberitahu Wizards of the Coast (ketawa).

Kaito Shizuki. Image Credit: Wizards of the Coast

Hanya mereka yang mempunyai bakat dan sanggup mati boleh bertahan.

kata Tetsuo Hara.

Kamigawa: Neon Dynasty sudah dikeluarkan sejak 18 Februari. Jika anda peminat MtG, jangan lupa untuk melihat kad Kamigawa: Neon Dynasty terutamanya kad Kaito Shizuki oleh mangaka terkenal Tetsuo Hara. Anda boleh melayari laman web rasmi di SINI untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

“Ingin memenuhi jangkaan peminat mecha” – Interview Relayer

Next Post

“Kuasa kosmik makin dekat” – Interview World of Warcraft: Shadowlands Eternity’s End

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“Kuasa kosmik makin dekat” – Interview World of Warcraft: Shadowlands Eternity’s End

"Kuasa kosmik makin dekat" - Interview World of Warcraft: Shadowlands Eternity’s End

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd