Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Menaikkan nama Malaysia di pentas global – Interview bersama Hasnul Hadi Samsudin dari PlayStation Studios Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2021 - Updated on February 4, 2022
in Artikel, Berita, Eksklusif, Tempatan, Temuramah
0 0
0
Menaikkan nama Malaysia di pentas global – Interview bersama Hasnul Hadi Samsudin dari PlayStation Studios Malaysia
0
SHARES
497
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bermain game itu memang seronok tetapi untuk menghasilkannya bukanlah sesuatu yang mudah. Di sini, kami berjaya mendapat interview bersama Hasnul Hadi Samsudin, Ketua PlayStation Studios Malaysia untuk tahu lebih lagi tentang prosesnya di sebalik tabir. Bukan setakat itu sahaja, kami juga berbincang tentang matlamat studio cawangan Malaysia, dan bertanya tentang pembentukan pasukan dan projek apa yang sedang diusahakan.

Hasnul Hadi Samsudin, Ketua PlayStation Studios Malaysia

“Melakukan sesuatu ketika pandemik COVID-19 bukanlah mudah. Saya sangat bersyukur kerana kami cukup bertuah. Saya menyertai PlayStation sebagai ketua studio pada Oktober 2020. Hakikatnya, kami mula beroperasi pada Januari 2021 dan saya meminta ketua HR dan juga pentadbir sistem kanan untuk turut menyertai bersama IT & HR. Mereka sangat penting kepada organisasi. Kita perlu membina proses. Jika ingin merekrut sesiapa, kita perlu tahu apa yang perlu dilakukan”, katanya.

Bagaimanapun, PlayStation Studios Malaysia sudah mula mengisi pelbagai jawatan penting dan beliau menjelaskan sejauh mana pasukan baharu telah diisi.

“Semasa bermula pada bulan Januari (2021), kami mengambil sedikit masa untuk mencari pasukan utama di sekeliling. Saya akan katakan betul-betul bulan antara Januari dan Jun adalah pertumbuhan yang perlahan, kerana kami perlu membawa masuk Senior dan lebih banyak ketua ke dalam organisasi serta beberapa pasukan teras untuk ketua produksi masuk”, katanya.

JUNE!
6 months since we started with Sueki Yap (Head of HR) and Daniel Lim (IT Savior) – We've been growing steadily. Today, we add more band members to the troupe!
Welcome Lim Kok Yuen (Sr. Environment Artist), Pung Shirley (Animation) and Suzana Abdul Muttalip (HR & Admin)! pic.twitter.com/etNNMszfCl

— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) June 1, 2021

“Sudah ada Head of Animation dari San Diego, kami sudah mempunyai Head of Art di Singapura, tetapi kami perlu mencari Head of Production, Head of Technology, dan juga luaskan jangkauan dan latihan untuk para rekrut”, sambungnya. “Jadi kami mengambil sedikit masa untuk ia berlaku. Bermula dari Julai dan Ogos, ia mulai meningkat. Selepas mempunyai senior, kami kini boleh mula fokus pada produksi, dan memerlukan Junior dan Mid untuk masuk”.

“Saya benar-benar bersyukur kerana telah menemui ahli pasukan yang percaya dengan aspirasi ‘membina sebuah studio yang hebat’ di Malaysia dan SEA”.

1 year for me!
Thanks everyone who has helped us in building the studio.
We are grateful for your love and support.
It's been a crazy journey – but its certainly awesome.@PlayStation Studios Malaysia is All of You and All of Us.
Here's looking forward to another 24 years! pic.twitter.com/NzM3CYSG3P

— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) October 6, 2021

Sudah tentu, pasukan perlu mempunyai kakitangan untuk mula bekerja pada apa-apa projek. Hasnul Hadi juga menjelaskan saiz pasukan yang ideal untuk PlayStation Studios Malaysia untuk memulakan langkah.

“Buat masa ini, kami anggar kira-kira 150 [orang]. Ia bukan studio yang besar, dan ada sebab”, katanya. “Kami mahu memastikan ada pasukan SWAT, ‘yang terbaik daripada yang terbaik’. Kami melatih orang untuk menjadi yang terbaik. Jika membesar terlalu cepat, kita mungkin tidak dapat melakukannya. Jadi itulah sebab kami memilih cara-carauntuk membawa orang ke studio. Ia bukan mudah kerana kami melakukannya semasa situasi COVID dan pandemik di mana semua masih bekerja dari rumah”

Image
Pasukan PS Studios MY di panggilan dalam talian

Nilai-nilai utama di PlayStation Studios Malaysia

Bersama pasukan yang sungguh berbakat dan kreatif, Hasnul Hadi mendedahkan matlamat dan nilai-nilai utama studio selaku salah satu ahli dalam keluarga PlayStation.

“Tujuan kami adalah untuk memajukan gaming dan kesan positifnya terhadap kehidupan orang ramai. Jadi ada empat nilai utama yang kita ingin lakukan. Kerana masih baru, kami seperti ‘start-up’ dalam PlayStation Studios”, katanya.

“Kami mampu menjadi lebih baik dan juga berazam untuk nilai-nilai sebagai sebuah organisasi. Salah satunya adalah Better Together, supaya kami adalah kumpulan hebat yang dapat bekerjasama sebagai satu pasukan”, jelasnya. “Yang lain adalah Fiercely Daring, jadi kami sentiasa berani sepanjang masa untuk melangkaui jangkaan. Saya ingin memastikan kami mencapai matlamat tertentu pada masa hadapan”.

Beliau juga menjelaskan komitmen studio terhadap kepelbagaian dan kecemerlangan, serta menyifatkan aspek-aspek ini sebagai sesuatu yang penting kepada budaya studio.

“We’re Proudly Different”, kata Hasnul Hadi. “Dalam era kepelbagaian, ekuiti dan rangkuman, kita meraikan kepelbagaian dalam organisasi terutamanya di Malaysia. Saya rasa itu sesuatu yang kita banyak berbincang di Malaysia tetapi adakah kita melihatnya? Kita mahu melihatnya dalam PlayStation Malaysia. Ia sesuatu yang sangat penting bagi kami”.

“Akhir sekali ialah ‘Always Striving”, tambahnya. “Kami tahu ia tidak akan mudah dan perlu berusaha keras untuk memastikan bahawa kami sentiasa melangkaui jangkaan, serta memastikan dapat mencapai apa yang kami mahu lakukan pada masa hadapan”.

“Better Together, Fiercely Daring, Proudly Different, Always Striving”, dia mengakhiri ucapannya. “Ini adalah nilai-nilai utama kami dan tujuan PS Studios dan juga PS Studios Malaysia secara keseluruhan”.

Our Purpose:
Better Together
Fiercely Daring
Proudly Different
Always Striving
We are @PlayStation Studios. pic.twitter.com/rgt50VDk7A

— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) September 14, 2021

Bekerjasama Dengan Bakat Tempatan

“Salah satu sebab studio PlayStation memilih Malaysia adalah kerana mereka melihat kecenderungan dan juga semangat bakat bukan sahaja ada di Malaysia tetapi juga di rantau ini”, kata Hasnul Hadi.

Menurutnya, bakat tempatan adalah resipi hebat untuk kejayaan jangka panjang dan menggambarkannya sebagai “muda dan lapar” yang merupakan gabungan bagus jika anda ingin mencipta game yang boleh memenangi anugerah dalam industri.

“Khusus kepada bakat Malaysia, kami pernah bekerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi. Kami telah bercakap dengan Dasein, Clazroom, dan mempunyai perkongsian dengan The One Academy. Kami juga bercakap dengan UITM”, kata Hasnul Hadi.

Ia bukan hanya tentang veteran masa depan – menurut Hasnul Hadi, mereka juga bekerja dengan orang yang sudah mempunyai nama besar dalam industri.

“Pada 1 haribulan, kami mempunyai seorang Character Artist yang turut menjadi pensyarah di UITM. Dia bekerja untuk Hasbro, dan juga EA. Dia seorang Character Artist yang hebat bernama Muhammad Aiman, dan dia menyertai kami. Dia akan bekerja untuk beberapa hari dan kemudian akan kembali menjadi pensyarah”.

Image

Menurut Hasnul Hadi, ini bukan sahaja untuk meningkatkan PlayStation Studios Malaysia – mengupah bakat tempatan adalah bagus untuk industri secara keseluruhan kerana menandakan bahawa bakat ini penting walaupun mereka tidak berpangkalan di SoCal (California Selatan).

“Ini adalah jenis perkara yang kami lakukan untuk membantu memartabatkan industri tempatan kerana saya fikir ia sangat penting. Ia bukan hanya tentang kita tetapi mengenai keseluruhan ekosistem. Ia bukan sahaja mengenai PlayStation, ia juga mengenai Lemon Sky, mengenai Bandai Namco, mengenai Passion Republic. Ia adalah sebuah ekosistem dan kami mahu menjadi seperti Montreal atau Vancouver di Kanada”, kata Hasnul Hadi. “Kami mahu Malaysia dikenali sebagai industri pembangunan permainan video. Kami mahu menjadi sebahagian daripada itu dan mahu mewujudkannya.”.

Hasnul Hadi juga bercakap tentang bakat yang mereka telah bekerjasama untuk membuat game yang hebat. Salah seorang daripadanya ialah Bazil Akmal Bidin, atau dikenali sebagai Buzz:

Bazil “Buzz” Akmal Bidin dalam siaran langsung bersama pelajar ASWARA

“Dia umpama ‘pakcik terbesar’ untuk permainan video di Malaysia”, Hasnul Hadi ketawa. “Jika anda bertanya apa-apa soalan tentang industri gaming, dia tahu segalanya kerana asalnya mula sebagai seorang pembangun permainan, kemudian mengajar tentang permainan, dan kemudian membantu syarikat kecil menjadi syarikat yang besar. Perkara terakhir yang dia lakukan di MDEC ialah menjalankan inkubator Level Up”

“Kami membawa individu seperti dia ke dalam studio untuk membantu dengan meluaskan jangkauan dan latihan serta membantu dengan akademik. Fakta menarik tentang beliau dan sebahagian daripada pasukan adalah dia suka Crash Bandicoot”, jelas Hasnul Hadi.

“Dia akan memberitahu ‘ini adalah impiannya untuk berada di PlayStation’. Satu kisah lawak ialah sepasang rakan bermain Crash Bandicoot di.. dia datang dari Terengganu,” ceritanya. “Mereka bermain dan tidak boleh melepasi satu level atau bos atau lebih kurang begitu, dan mengambil masa untuk melakukannya. Dia hanya menonton dan berkata ‘Saya boleh melakukannya pada bila-bila masa’, dan kemudian mereka jawab ‘Ya, tunjuk tunjuk.’ Dan dia benar-benar berjaya melakukannya”.

“Sejak hari itu, dia memutuskan itu adalah kerjayanya atau sesuatu yang lebih kurang sama. Kini, dia membantu kami membina bakat dan juga untuk menyelaras”, katanya.

Hasnul Hadi juga memperkenalkan Kenneth McDonald, Pengurus Kanan Animasi bagi pasukan dan menurutnya, McDonald mempunyai pengalaman industri selama 30 tahun, dari filem hingga game.

It maybe April Fools, but it’s good news for us. Meet our first animators at @PlayStation Studios Malaysia.
Say hello to Nikky and MengYee (on the left) and our amazing Head of Animation @kennmcdonald
More to come on them. The band is coming together just fine! #PlayHasNoLimits pic.twitter.com/uhVTjnuNyG

— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) April 1, 2021

“Dia adalah penyelia animasi di Beowulf, anda boleh google tentangnya. Dia seorang penyelia animasi di The Last of Us Part 2. Dia bekerja di Hitman, memang banyak projek”, jelas Hasnul Hadi.

“Sekarang dia membantu kami membina pasukan animasi di Malaysia. Kami mempunyai ahli pasukan yang datang dari Flame Story di London. Jadi ia benar-benar menjadi pasukan global. Pada masa sama, ia mencipta peluang dalam Malaysia dan rantau ini untuk menjadi sebahagian daripada PlayStation Malaysia supaya dapat terlibat dalam game hebat yang sedang diusahakan oleh PlayStation Studios”.

Pelatih dan Graduan

Hasnul Hadi juga menghuraikan lebih lanjut tentang program latihan, yang memberi peluang untuk graduan lebih muda datang membantu mengerjakan beberapa game terkemuka dalam industri.

“Kami perlu bekerjasama rapat dengan bakat tempatan. Kami sebenarnya telah memikirkan sejumlah latihan, dan telah mengadakan beberapa program. Lebih banyak maklumat akan keluar pada awal tahun depan”, usik Hasnul Hadi.

“Kami telah mengetuai program latihan dengan rakan kongsi seperti One Academy, Dasein dan sebagainya, di mana kami membawa juruanimasi dan artis untuk menyertai dan menjalani proses latihan. Jika cukup bagus, mereka boleh masuk dan menjadi sebahagian daripada pasukan”, tambahnya.

Come join us next week (29/30 Nov) to learn more about @PlayStation Studios Malaysia.
A great opportunity too for those wanting their portfolio reviewed by our art and animation managers.

Register quick for the portfolio review here: https://t.co/qDsIYbszzL
(1/3) pic.twitter.com/fzvrRAZ7pG

— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) November 22, 2021

Sudah tentu, ini bukan tentang mendapatkan orang untuk bekerja pada kadar yang murah – Hasnul Hadi berkata bahawa setiap jenis usaha akan diberi ganjaran sewajarnya di PlayStation Studios.

“Dalam proses mengenal pasti beberapa calon dari latihan, beberapa pengurus kata ‘Eh, mereka tidak perlu menjadi pelatih, mereka sudah boleh masuk sebagai artis junior’ jadi saya seperti “Oh, bagus. Ini baik’ selepas melihat bahawa kumpulan bakat yang dilatih oleh institusi tempatan sudah cukup hebat untuk menjadi artis junior tanpa melalui program latihan”, jelasnya.

“Kami masih anggap program latihan amat penting, dan berfikir bahawa kumpulan itu harus berminat dan bersemangat untuk menyertai organisasi kami. Ini memberi keyakinan kepada saya sebagai rakyat Malaysia bahawa kita mampu mencipta kumpulan yang berbakat dan berfikir apa yang PlayStation boleh lakukan dan tawarkan. Ini bermakna kami bekerjasama dengan organisasi tempatan untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada pelajar “.

Ibu Pejabat Baru

Satu perkara yang masih jadi tanda tanya besar adalah di mana pasukan PlayStation Studios Malaysia berhasrat untuk menubuhkan ibu pejabat. Buat masa ini, mereka menubuhkan pejabat sementara di Komune, tetapi Hasnul Hadi masih mendiamkan diri tentang lokasi rasminya.

Studio Update: We are finally part of the @komune_cowork community. Close to the @levelupkl_my inc too! This will be our home for the foreseeable future while we build our our studios. @PlayStation Studios Malaysia has a home now. #homesweethome pic.twitter.com/87H1X5hO9o

— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) April 7, 2021

“Komune adalah ruang pejabat sementara, dan kami telah menentukan lokasi rasmi. Kami sedang membina studio itu sekarang dan diharapkan sebelum separuh pertama tahun depan, dapat memasuki studio baharu itu. Lihat sahaja lokasi ini dan kami mungkin akan memberitahu anda di mana lokasi sebenarnya, tetapi sebagai petunjuk, ia adalah tempat terbaik untuk Nasi Lemak dan Mee Hokkien.”, dia mengusik.

‘Ia Bukan Sekadar Usaha dari Malaysia’

Hasnul Hadi juga bercakap tentang kesan apabila salah satu jenama gaming terbesar di dunia menubuhkan cawangan di Malaysia melalui PlayStation Studios Malaysia. Menurutnya, ia adalah supaya rakyat Malaysia dapat dikesan oleh medium atau platform yang sebelum ini tidak begitu memberi perhatian.

Selamat Hari Malaysia from all of us at @PlayStation Studios Malaysia.
Actually ah, we all same same-lah!
Better Together
Fiercely Daring
Proudly Different
Always Striving
Happy Malaysia Day 🇲🇾!
We 💙 U! pic.twitter.com/kfrfyu1vHm

— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) September 16, 2021

“Apabila mula-mula diumumkan sebagai ketua studio di Malaysia, saya tidak menyangka akan berada di Gamesindustry.Biz. Mereka benar-benar bercakap tentang ‘Hasnul sebagai ketua studio’ “, katanya.

“Kesedaran di mana tidak ramai di Malaysia atau rantau kini menjadi lebih jelas. Ini mungkin telah memberi banyak perhatian dan kesedaran tentang apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia”, sambungnya. “Awal-awal ketika masih bersama MDEC, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa perhatian ke Malaysia sama ada dengan mendapatkan PlayStation atau studio seperti Larian, Bandai Namco untuk melabur di Malaysia dan studio tempatan yang disokong seperti Magnus Games, Metronomik, Lemon Sky, Passion Republic yang diakui sebagai sebahagian daripada ekosistem pembangunan dan pengeluaran game AAA”.

Menurut Hasnul Hadi, pengumuman Studio Malaysia telah menimbulkan banyak keterujaan apabila peluang hadir untuk bekerjasama dengan bakat Malaysia. Ia bukanlah wilayah yang betul-betul misteri kerana banyak studio tempatan telah membantu menghasilkan pelbagai game AAA selama bertahun-tahun.

“Beberapa studio telah pun bekerjasama dengan Malaysia seperti Naughty Dog, Insomniac yang pernah bekerjasama dengan Lemon Sky dan Passion Republic”, kata Hasnul Hadi. “Apabila kita semakin berjaya dan menjadi studio yang mempunyai ramai orang, akan ada lebih banyak soalan: apa yang Malaysia lakukan dan apa yang Malaysia mampu lakukan?”

Koleksi Ghost of Tsushima & The Last of Us Part II di meja Hasnul Hadi

Memandangkan komposisi pasukan yang terdiri daripada ahli antarabangsa, ia lebih daripada sekadar mengangkat rakyat Malaysia. Hasnul Hadi berkata apabila Malaysia semakin terkenal, begitu juga dengan rantau Asia Tenggara.

“Saya selalu mengatakan ini bukan hanya usaha Malaysia, Malaysia hanyalah hab untuknya. Ini adalah usaha Asia Tenggara dan kami sedar tentang perkara itu. Orang yang kita ada dalam peranan ketua, mereka datang dari New Zealand, Nepal, Amerika Syarikat, Kanada. Ini adalah pasukan global yang dapat membina sesuatu kami rasa akan menjadi hebat”, katanya.

Beliau juga berkata kerajaan Malaysia telah memainkan peranan penting dalam membantu merekrut bakat terbaik di Asia untuk bekerja dengan mereka.

Jom ramai-ramai serbu LEVEL UP KL dan Kre8tif 2021 yang akan mula tak lama lagi!

“Sokongan yang paling penting sebagai kerajaan – jika anda melihat secara perbandingan apa yang berlaku di seluruh rantau ini, kita adalah negara yang menyokong industri pembangun permainan video. Anda juga terlibat dengannya seperti MYDCF dan Level Up KL, yang telah wujud sejak sekian lama”, katanya. “Malah mewujudkan kesedaran itu dan menjadikan industri pembangunan permainan video sebagai industri arus perdana di tempat yang kadangkala melihat game sebagai sesuatu yang negatif benar-benar membantu industri”.

“Ia juga menjadi tugas kami sebagai rakan kongsi ekosistem untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja sama ada ibu bapa atau pelajar. Industri permainan video bukan sahaja tentang orang yang bermain game tetapi mencipta, membuat pemasaran, kewangan, buat QA”, sambung Hasnul Hadi.

“Terdapat banyak jenis kerja yang berbeza dalam industri. Ia adalah industri, ia adalah perniagaan. Ini adalah sesuatu yang kami bekerjasama dengan kerajaan untuk merealisasikan lebih jauh lagi”.

Sudah tentu, beliau juga menekankan kepentingan kerajaan dalam membantu membina pasukan antarabangsa. Memandangkan PlayStation mempunyai pakar dari seluruh dunia, terdapat banyak urusan hitam putih untuk memindahkan bakat sedemikian.

“Kami mempunyai ramai individu yang datang dari pelbagai negara. Kita ada orang dari China, India, Nepal, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada – saya rasa sekarang kita sedang bercakap dengan seseorang dari Yaman kalau tidak silap dan juga Pakistan”, jelas Hasnul Hadi.

We are thankful for each other.
It would be selfish for me to say that I’m building a team. The truth is we are all growing into an amazing team. Happy Thanksgiving from all of us at @PlayStation Studios Malaysia. #growingtogether #playtogether pic.twitter.com/3bMR34JYJD

— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) November 26, 2021

“Bagi semua yang masuk – kita perlukan sokongan kerajaan untuk dapatkan kerja permit dan berterima kasih kepada pihak seperti MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) dan juga MDEC (Perbadanan Ekonomi Pembangunan Malaysia) kerana membantu”, katanya. “Sungguh, mereka telah banyak membantu kami terutamanya semasa situasi COVID ini. Ada kalanya ia sangat susah bagi kami.

Kami telah bercakap dengan beberapa individu dari India dan mereka tidak dapat masuk. Ia mengambil masa hampir 6 hingga 7 bulan untuk berlaku tetapi dengan bantuan MDEC dan MIDA, ia membantu mempercepatkan proses dan membolehkan kami membawa bakat hebat ini untuk datang ke Malaysia dan bekerja dengan bakat tempatan sendiri”.


Image

Walaupun belum ada butiran tentang game apa yang sedang diusahakan oleh PlayStation Studios Malaysia, memang sangat menarik untuk melihat pengiktirafan antarabangsa bagi bakat di rantau SEA. Satu perkara pasti adalah Hasnul Hadi dan seluruh pasukan di PlayStation Studios Malaysia juga sedang bekerja keras, dengan pasukan yang pasti akan akan menunjukkan kehebatan negara kita..

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada PlayStation Asia kerana menyediakan temu duga ini, dan juga kepada Hasnul Hadi kerana sudi meluangkan masa berbincang tentang masa depan studio.

Maka, tamatlah interview kami bersama Hasnul Hadi Samsudin dari PlayStation Studios Malaysia! Untuk segala liputan kita tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hasnul Hadi SamsudininterviewMalaysiaplaystationPlayStation Studios Malaysia
Previous Post

GIVEAWAY: Sertai peraduan Razer Gold & Silver ini untuk tebus game kegemaran secara percuma!

Next Post

Pra-pesan Horizon Forbidden West versi fizikal bermula esok!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pra-pesan Horizon Forbidden West versi fizikal bermula esok!

Pra-pesan Horizon Forbidden West versi fizikal bermula esok!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd