Game JRPG terkenal Atelier Ryza 3: Alchemist of the End & the Secret Key akan datang tidak lama lagi, dan buat kali pertama, ia menandakan seorang heroin mengekalkan statusnya sebagai protagonis sepanjang keseluruhan trilogi. Sejak permulaannya dalam Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout dan Atelier Ryza 2: Lost Legends & the Secret Fairy, watak utama Ryza kini semakin matang selepas mengharungi pelbagai cabaran.
Kini tiba masanya untuk melihat kesimpulan kisahnya sebelum kita mengucapkan selamat tinggal kepada heroin tercinta ini. Demi belajar lebih lanjut tentang game ini, kami berjaya menemu bual Producer Junzo Hosoi dan Character Designer Toridamono untuk maklumat tambahan.

Terdapat seramai 11 watak yang boleh digunakan dalam Atelier Ryza 3, jadi apakah yang dipertimbangkan oleh pasukan pembangunan untuk soal keseimbangan setiap watak?
Junzo Hosoi: Setiap watak mempunyai ciri-ciri mereka sendiri. Ada situasi di mana beberapa musuh tertentu dalam game memerlukan watak-watak tertentu untuk menyerang bagi proses lebih lancar. Tetapi kami juga berfikir keseimbangan reka bentuk untuk keseluruhan kekuatan watak supaya pemain boleh bermain dengan selesa hingga akhir tidak kira apa peranan yang mereka pilih.

Jumlah wataknya agak banyak, jadi bagaimana tentang plot dan persembahan naratif? Bagaimana anda menunjukkan setiap kelebihan mereka?
Junzo Hosoi: Kami sebenarnya memutuskan untuk mempunyai 11 watak [utama] pada permulaan pembangunan game ini. Kami telah memberi perhatian kepada banyak watak yang boleh menyebabkan masalah pada bahagian naratif. Oleh itu, kami meminta Encik Takahashi (Yashichiro Takahashi) untuk menulis skrip, dan berkata;
“Kami akan mempunyai kesemua 11 watak dalam game kali ini, jadi sila aturkan supaya setiap watak mempunyai persembahan yang hebat dan menyerlah dalam cerita”.
Supaya skrip dapat mengekalkan peranan yang seimbang untuk setiap watak dan tetap menjadikan Ryza sebagai watak utama untuk keseluruhan cerita.
Dalam Atelier Ryza 3, ketika usianya meningkat; adakah anda mempunyai sebarang imej istimewa atau butiran khas yang memfokuskan pada usianya?
Toridamono & Junzo Hosoi: Sebenarnya dalam keseluruhan siri Atelier Ryza, saya percaya bahawa tanggapan paling kuat daripada pemain – masih adalah Ryza dari Atelier Ryza 1. Saya tidak mahu memusnahkan fikiran “Ryza yang paling mengagumkan” dalam fikiran pemain dan pada masa yang sama, reka bentuk Ryza mengandungi gaya kematangan kerana usianya sekarang. Jadi ini adalah tumpuan khusus saya pada bahagian itu.
Sebagai contoh, reka bentuk watak Ryza dalam Atelier Ryza 1 adalah seorang gadis kecil daripada ladang. Dia sebenarnya adalah seorang gadis kecil yang sangat nakal dan cara untuk menampilkan personaliti lebih matang dalam Atelier Ryza 3 selepas mengalami pengembaraan game pertama dan game kedua adalah bahagian yang kami tekankan dalam reka bentuk kali ini.

Keseluruhan peta Atelier Ryza 3 sangat luas dan terbuka, jadi adakah ‘playability-nya’ berbeza daripada game sebelum?
Junzo Hosoi: Kami telah menyediakan elemen penerokaan pada peta terbuka yang besar, iaitu “penerokaan mercu tanda” yang baru disebut dalam siaran langsung baru-baru ini. Ini ialah gameplay yang tidak tersedia dalam siri Atelier Ryza lain setakat ini, dan saya percaya bahawa pemain akan segera faham ini adalah elemen yang berbeza daripada judul sebelumnya.
Pada masa yang sama, kerana peta menjadi lebih besar, saya juga faham bahawa pemain akan mengambil masa yang lebih lama untuk melakukan perjalanan. Untuk mengelakkan pemain menghabiskan terlalu banyak masa dalam perjalanan, kami melaksanakan beberapa reka bentuk lain; iaitu membenarkan pemain mengumpul barangan semasa berjalan atau berlari dan lain-lain. Ini adalah poin pertama.
Poin kedua ialah, apabila bertemu dengan musuh, anda akan terus memasuki pertempuran dengan lancar dan selepas pertempuran berakhir, anda akan kembali ke tempat sebelum pertempuran bermula. Saya percaya bahawa kedua-dua poin ini tidak ada dalam siri Atelier Ryza yang lalu.
Dari segi cerita, Atelier Ryza 3 masih seperti game pertama dan kedua, yang bertemakan kisah musim panas. Adakah terdapat makna khusus untuk susunan ini?
Junzo Hosoi: Terdapat dua sebab utama mengapa saya memilih untuk membuat pengaturan ini. Pertama, saya berpendapat bahawa cerita yang berlaku pada musim panas yang singkat adalah saat yang agak melankoli apabila ia berakhir.
Anda akan merasa musim panas amat panjang di Jepun. Jadi kami berpendapat bahawa secara tradisi, musim panas adalah musim yang membawa perubahan dan perkembangan.
Harapan saya ialah untuk mempersembahkan proses perkembangan; proses Ryza perlahan-lahan berubah menjadi dewasa melalui kisah musim panas dalam tiga karya ini (siri Atelier Ryza). Jadi ini adalah salah satu sebab mengapa saya memilih musim panas sebagai tema siri Atelier Ryza.
Sebab kedua ialah saya rasa musim panas adalah tentang zaman muda. Bagi Ryza dan apa yang mereka lakukan pada musim panas – iaitu pengembaraan – adalah simbol masa muda mereka. Apabila musim panas berakhir, ini bermakna cerita itu akan berakhir, jadi gabungan musim panas dan dunia fantasi juga menjadi sebab saya memilih pendekatan naratif sedemikian.

Mekanisme pertempuran dalam game ini berkait dengan ‘key’, di mana kita boleh menggunakan ‘key’ untuk mendapat kesan tambahan. Ia juga mempunyai buff yang boleh membuat semua tindakan menjadi 0 (apabila tindakan adalah 0, watak boleh menyerang). Adakah projek-projek akan datang mempunyai keinginan untuk berkembang ke arah pertempuran real-time?
Junzo Hosoi: Dari segi pemerhatian saya sendiri terhadap trend gaming semasa di dunia, apa yang dipanggil aksi real-time/pertempuran real-time sebenarnya adalah reka bentuk mainstream bagi game. Saya juga merasakan bahawa siri Atelier juga mesti melangkah ke arah trend ini pada masa hadapan.
Tetapi kerana siri Atelier mempunyai sistem tradisional sendiri; ia mustahil untuk menukarnya serta-merta menjadi game aksi real-time sepenuhnya. Saya masih menilai bagaimana untuk mengaplikasikan elemen itu pada game, tetapi pada masa ini saya tidak mempunyai idea tertentu. Apa yang boleh saya kata ialah hala tuju ini adalah perkara seterusnya yang akan kita cuba lakukan.
Mekanisme ‘key’ yang diperkenalkan dalam game ini sebenarnya merupakan idea yang sangat berani dan menarik. Kemudian kami juga telah menyebut bahawa sistem ‘key’ akan mempunyai beberapa kesan penting pada penerokaan dan sistem dalam game, jadi saya ingin bertanya apakah inspirasi memilih ‘key’ sebagai elemen penting dalam game ini? Adakah item ‘key’ mempunyai sebarang kepentingan istimewa?
Junzo Hosoi: Sebab mengapa kami memilih ‘key’ sebagai elemen baharu adalah kerana saya baru sahaja menyebut bahawa percubaan baharu kami untuk menjadikan siri Atelier sebagai game penerokaan dunia terbuka.
Kami berharap untuk mempunyai sistem yang boleh berjalan melalui semua elemen dalam game apabila kita membangunkan aspek penerokaan. Sistem ini mestilah untuk penerokaan, untuk mengumpul, untuk sistem sintesis dan sebagainya – semuanya mempunyai kesan ke atas keseluruhan sistem, dan kemudian kita memilih untuk menggunakan ‘key’ sebagai simbol elemen tersebut selepas penilaian.
Kedua adalah tentang makna istimewa bagi bahagian ‘key’, saya hanya boleh mendedahkan bahawa key dan plot ini mempunyai hubungan yang sangat rapat, jadi ia bukan sahaja tentang hubungan yang rapat dengan sistem; cerita juga harus mempunyai tandem yang sangat rapat.

Apakah jenis pengalaman baharu yang akan dibawa oleh penambahan sistem memasak kepada penerokaan dan pertempuran?
Junzo Hosoi: Sistem memasak dalam reka bentuk game ini adalah sistem yang hanya membawa buff, iaitu, kesan tambahan. Ia tidak akan mempunyai apa-apa debuff atau kesan sebaliknya.
Memandangkan ini adalah penghujung siri ini, sebagai tambahan kepada watak yang diumumkan, adakah watak lain yang muncul dalam game pertama dan kedua berpeluang untuk muncul dalam game ketiga ini, atau menerima kisah mereka sendiri?
Junzo Hosoi: Walaupun mereka tidak ada dalam watak yang diumumkan, namun beberapa watak dalam game pertama dan kedua juga akan muncul dalam game ketiga.

Ryza nampaknya merupakan watak pertama yang menjadi protagonis berturut-turut untuk trilogi siri. Saya ingin bertanya adakah ini akan menjadi trend baharu untuk siri Atelier pada masa hadapan?
Junzo Hosoi: Kali ini, siri Atelier Ryza dianggap sebagai preseden; bahawa watak yang sama terus menjadi watak utama untuk menjalankan plot yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Ini merupakan sesuatu yang kita lakukan sekarang, jadi ini akan menjadi salah satu daripada pilihan masa hadapan, tetapi ia tidak semestinya akan menjadi kebiasaan untuk keseluruhan siri.
Walaupun siri Atelier Ryza akan berakhir, tetapi jika peminat sangat memintanya, adakah ada peluang untuk melihat Ryza pada masa hadapan dalam karya lain?
Junzo Hosoi: Sebenarnya dalam keseluruhan siri Atelier, dua siri Atelier lain telah melakukan kerja kolaborasi. Jika pemain mempunyai suara sokongan yang sangat bersemangat dalam hal ini, mungkin pada masa hadapan Ryza juga akan debut dalam cara yang sama di kolaborasi Atelier lain.

Memandangkan Atelier Ryza 3 adalah penghujung siri, sebagai tambahan kepada watak dan adegan terdahulu yang muncul, adakah game ini juga mempunyai beberapa tribut lain kepada dua game pertama? Atau adakah terdapat kandungan yang biasa dilihat oleh pemain sekali pandang?
Junzo Hosoi: Watak dan peta yang muncul dalam game pertama dan kedua akan muncul dalam game ketiga. Tetapi sebagai tambahan, kali ini kita akan mengakhiri semua misteri yang tidak dapat diselesaikan dan plot yang tidak dapat dijelaskan daripada game pertama dan kedua dalam Atelier Ryza 3.
Oleh kerana tema Atelier Ryza 3 adalah mengenai ‘perpisahan’, jadi untuk tema ‘perjalanan terakhir’ ini, apakah butiran kecil yang patut disimpan? Bolehkah penerbit memberi jawapan kepada pemain?
Junzo Hosoi: Sebab mengapa kami kata ini perjalanan terakhir adalah kerana watak Ryza kali ini akan menemui kunci ajaib, jadi dia mesti pergi ke empat kawasan yang berbeza untuk menjalankan pengembaraan terakhirnya. Dalam proses, dia akan menemui perjalanan hidupnya semula dan tahu apa yang perlu dia lakukan, dan beralih ke fasa “dewasa”.
Jadi ini akan menjadi pengembaraan terakhirnya. Pemain sendiri dapat merasakan dengan jelas bahawa ini akan menjadi perjalanan terakhir Ryza, manakala skil baharu Ryza juga akan menyedarkan pemain bahawa ini benar-benar adalah pengembaraan terakhirnya. Kedua-dua bahagian ini akan dicerminkan dan akan bertindak balas kepada tema perjalanan terakhir.

S: Kisah trilogi siri Atelier Ryza sangat lengkap. Adakah siri ini akan dianimasikan jika ada peluang?
Junzo Hosoi: Saya sangat gembira jika ia boleh dianimasikan.
Siri Atelier Ryza akhirnya telah selesai. Apabila pasukan produksi melihat kembali siri itu, apakah yang mereka rasa istimewa tentang game itu. Adakah ia reka bentuk watak, cerita atau gameplay yang menjadikannya begitu popular?
Junzo Hosoi: Saya melihat kembali sebab mengapa siri Atelier Ryza boleh menjadi begitu popular, dan sudah tentu, faktor yang sangat-sangat besar adalah kerana –yang kini duduk di sebelah saya – watak oleh Toridamono-sensei sangat popular. Ini adalah penunjuk penting bagi populariti siri itu. Tetapi bukan hanya kerana watak, susunan plot juga diterima baik oleh majoriti pemain.
Jadi pada pemerhatian saya sendiri, siri itu bukan sekadar game yang hanya laris kerana wataknya. Game itu sendiri sebenarnya bagus dalam kualiti dan pemain menyukainya. Kisah game ini menarik ramai pemain untuk membeli game, untuk menyertai dunia fantasi ini. Jadi saya fikir elemen game ini juga berada di tempat yang betul untuk mencapai pemain dan menjadikannya begitu popular.

Sistem sintesis dalam game terkenal kerana ‘simple’ dan kemudahan penggunaannya. Sebagai kisah terakhir dalam siri Atelier Ryza, bagaimana pasukan pembangunan mengekalkan gaya sistem sintesis ini sambil meningkatkan kedalaman dan playability?
Junzo Hosoi: Dalam Atelier Ryza 3, sistem sintesis sudah lebih mudah digunakan. Memperkenalkan elemen ‘key’ baharu ke dalamnya adalah bahagian yang paling berevolusi dalam Atelier Ryza 3. Disebabkan elemen ‘key’ ini, pemain baharu boleh membuat item lebih mudah, dan jika anda adalah pemain yang mengejar barang, lebih banyak ‘key’ yang anda miliki akan meningkatkan peluang untuk terus mengkaji lebih banyak sistem sintesis.
Ini adalah bahagian paling maju saya rasa selepas menambah sistem ‘key’ ke dalam sistem sintesis.
Mesej kepada pemain?
Junzo Hosoi: Keseluruhan trilogi Atelier Ryza dibantu sokongan pemain yang sangat bersemangat hingga ia dapat dikembangkan menjadi karya yang begitu popular. Terima kasih kepada sokongan dan bantuan semua orang, supaya keseluruhan siri Atelier boleh dikembangkan hingga ke titik perubahan dalam bahagian ini.
Jadi saya berharap majoriti pemain dapat terus menyokong kerja ini untuk terus berkembang.
Toridamono: Saya sebenarnya bertanggungjawab untuk melukis reka bentuk watak dan ilustrasi sepanjang proses pembangunan, jadi saya tidak tahu sama ada sesuai untuk saya menyebut perkataan ini dan bukannya pasukan produksi.
Tetapi daripada sudut pandangan peribadi, saya rasa orang suka watak-watak saya, terutamanya watak Ryza yang membuatkan saya berasa sangat bersyukur. Saya ingin mengucapkan terima kasih.
Bagi mereka yang berminat, Atelier Ryza 3: Alchemist of the End & the Secret Key akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam pada 2 24 Mac di seluruh dunia.
@gamersantaimy
Discussion about this post