Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Inovasi Daripada Bandai Namco

Kemajuan Teknologi

Jade Ice by Jade Ice
July 28, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Inovasi Daripada Bandai Namco
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco bakal melancarkan satu platform baru iaitu Tori, dimana ia akan menggabungkan barangan permainan fizikal bersama denan aplikasi mudah alih iOS dan Android.

Tori merupakan hasil kerjasama Bandai Namco dengan sebuah syarikat teknologi dari Perancis iaitu ISKN. Kerjasama ini telah diumumkan pada bulan Mei, tetapi hanya baru-baru ini sahaja hasil kerjasama ini dapat dilihat.

Tori digambarkan sebagai satu ekosistem yang kreatif dan penuh imaginasi, yang disasarkan kepada keluarga yang memiliki anak-anak dalam lingkungan usia 6 hingga 12 tahun. Dengan menggunakan sebuah teknologi yang dinamakan “Mirror Play”, kanak-kanak akan menggunakan alat permainan fizikal untuk berinteraksi dengan aplikasi digital.

Platform ini akan dilancarkan pada 2 Oktober nanti bersama dengan Tori Explorer Pack; yang akan mengandungi 3 barangan fizikal yang boleh digunakan untuk berinteraksi dengan aplikasi iaitu: Wand, Catapult dan Spacecraft. Pada hari yang sama juga, akan terdapat 5 aplikasi Tori pada kedua-dua App Store dan Google Play.

BANDAI NAMCO Launches tori™ – a Creative Entertainment Ecosystem for Families

Bandai Namco juga mengatakan ekosistem Tori ini akan diperkayakan dengan aplikasi dan mainan baru dalam jangka masa panjang. Tori dicipta untuk mengimbangi permainan di dalam dan di luar skrin. Ia juga dikatakan boleh membantu pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Naib Presiden Kanan Pemasaran Bandai Namco mengatakan; mereka percaya dengan kaedah yang kreatif, seronok dan aktif untuk membangunkan aktiviti dimana penyelesaian masalah, kreativiti dan tumpuan adalah matlamat utama. Oleh itu, Tori membenarkan kanak-kanak untuk berseronok dan menyerlahkan personaliti mereka menerusi pengalaman yang kreatif dan interaktif; dengan imbangan yang sempurna diantara masa di dalam dan di luar skrin.

Sumber: Gamesindustry

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai Namcotori
Previous Post

Peminat One Piece Diberi Kejutan Dalam Pokemon Go

Next Post

Ichigo Full Hollow Datang ke Bleach: Brave Souls

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ichigo Full Hollow Datang ke Bleach: Brave Souls

Ichigo Full Hollow Datang ke Bleach: Brave Souls

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd