Baru-baru ini, tular satu gambar yang menyenaraikan “dosa besar” yang dilakukan oleh Nobita Nobi daripada siri Doraemon. Data tersebut telah dipetik melalui sebuah forum iaitu Lowyat.net. Siaran mengenai perlakuan nobita ini telah dikongsikan pada tahun 2014 oleh pengguna PewPewboom, jadi data yang diberikan sudah lama tidak dikemas kini. Tetapi agak menarik juga analisis mengenai “dosa” yang dilakukan Nobita sepanjang siri Doraemon. Sebelum itu, mari saya perkenalkan secara ringkas mengenai Nobita.

Nobita ialah protagonis siri Doraemon. Dia adalah seorang yang gagal sehingga Doraemon datang dari abad ke-22 supaya dia boleh mempunyai masa depan yang lebih baik dalam hidup. Nobita adalah hero yang terbaik dan penjahat yang paling teruk. Pada permulaan siri ini, Nobita adalah seorang yang agak pemalas boleh dikatakan hampir setiap hari dia begitu. Sikap ini jugalah yang membuatnya sering lewat ke sekolah dan prestasi sekolahnya teruk.
Dengan kehadiran Doraemon, Nobita sangat bergantung padanya dan sering meminta pelbagai benda daripadanya. Kadang-kadang apa yang dimintanya bukanlah untuk perkara yang baik seperti membalas dendam pada kawannya dan macam-macam lagi. Jadi, jom kita tengok berapa banyak kesalahan yang telah dilakukan nobita dalam siri Doraemon.
- 347 kali menggunakan barang Doraemon tanpa izin
- 578 kali merosakkan gajet Doraemon

- 925 kali menyalahgunakan gajet Doraemon
- 1005 kali gunakan gajet untuk kacau ramai orang

- 122 kali menyelak skirt Shizuka
- 207 kali hampir memusnahkan bumi

- 12 kali mencuri duit daripada ibunya
- 2 kali menjual rumahnya
Ada lagi maklumat lain mengenai analisis ini. Anda boleh pergi ke laman forum tersebut untuk membacanya. Macam-macam masalah si Nobita ni buat dekat orang sekeliling dia. Anda jangan pula ikuti perangai tidak baik olehnya. Silap haribulan ada yang kena masuk jel pula. Apapun, kalau anda inginkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post