2021 sudah hampir ke penamatnya dan tahun baru akan kita tempuhi pula. Banyak game yang sepatutnya dilancarkan tahun ini telah ditangguhkan ke tahun depan. Akhirnya, dapat juga kita bermain game-game tersebut. Pada Januari 2022, banyak juga game hebat yang akan dilancarkan terutamanya di PC. Jadi, saya telah senaraikan game keluaran Januari 2022 untuk anda!

Game pertama tahun depan yang akan dilancarkan dahulu ialah Monster Hunter Rise PC pada 12 Januari 2022. Akhirnya pemain yang tidak mempunyai konsol Switch dapat juga bermain game ini. Tetapi jika anda pemin konsol yang ingin bermain di PC, malang sekali ia tidak mempunyai ciri cross-save. Jadi, anda terpaksa bermain dari mula.

Selepas itu, satu lagi game konsol yang mendapat versi PC, iaitu God of War pada 14 Januari 2022. Game ini pada mulanya telah dilancarkan untuk PS4 dan merupakan game eksklusif konsol tersebut. Dengan Sony yang kini ingin memasuki pasaran PC, ada banyak lagi game ekslusif yang akan datang ke PC.

Berkata tentang game eksklusif PS, Uncharted: Legacy of Thieves juga akan dilancarkan bulan depan pada tarikh 28 Januari 2022 untuk PS5. Versi terbaru game ini telah mendapat penambahbaikan pada visual dan kemas kini untuk kedua-dua game dalam koleksi ini iaitu Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy. Jika pemilik PS4 yang ingin bermainnya di PS5, anda boleh upgrade dengan harga RM 40. Versi PC masih tiada lagi tarikh pelancarannya, jadi kena tunggu pengumuman rasmi untuknya.

Pada tarikh yang sama, Pokémon Legends: Arceus juga akan dilancarkan untuk Nintendo Switch. Ia merupakan game yang betul-betul baru yang akan dikeluarkan pada Januari 2022, memandangkan yang lain hanya game port. Anda akan menyaksikan pelatih Pokemon kembali ke wilayah Sinnoh purba Gen 4 yang dipanggil Hisui. Walaupun ia bukannya game open world seperti yang dijangka, game Pokemon ini dihasilkan untuk pengalaman bermain yang berbeza daripada game lain dalam francais tersebut. Menjelang pelancaran game ini, terdapat banyak trailer yang dikeluarkan untuk memperkenalkan beberapa pokemon purba pada zaman itu serta puak baru. Jadi kepada sesiapa yang masih belum pre-order, boleh berbuat demikian.
Kami juga ada menyenaraikan game hebat yang anda boleh nantikan tahun depan. Untuk membaca liputan lain mengenai game, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post