Penangan Call of Duty Mobile kian menghangat dari minggu lalu dengan kehadiranya, dengan cheater dan hacker nya. Jadi, apa yang kami dengar untuk awal-awal bermain penuh dengan pemain yang bajet-bajet berlagak kononya boleh tapau pihak lawan dalam mod Team Deathmatch (TDM), kemudian berakhir selepas level makin tinggi, dapat pihak lawan makin kental, pulak terjumpa cheater dan hacker yang Aimbot dan buat kita geram? Betul kan kan? Jangan sentap, geng kami pun bajet-bajet poyo macam itu juga.
Baik-baik, sebelum bermula, kita ulang semula apa sebenarnya Call of Duty Mobile (COD Mobile) ini, merupakan sebuah permainan free-to-play FPS (first person shooter) yang dibangunkan oleh TiMi Studio, dan dikeluarkan oleh Activision dan Garena untuk platform Android dan iOS serta hadir minggu lalu pada 1 Oktober 2019.
Berbalik semula pada topik asal, terasa macam geram tak sejak dua menjak ini jarang nak menang dalam mod 5v5? Jadi kami hari ini nak kongsikanlah sedikit tips dan tricks untuk korang semua guna ketika bermain dalam mod 5v5. Ingat ye ini bukan tips dan tricks untuk mod Battle Royale. Dan lagi satu ini sekadar perkongsian taktik yang mungkin boleh membantu anda menjadi padu dalam mod ini.
Guna taktik 5v5 dengan bernas
Anda ada 5 orang dalam pasukan kan? Dalam random ternyata sudah nak buat perancangan, tapi kalau anda bermain dengan rakan-rakan, rancanglah taktik anda. Jangan mulakan permainan dengan terus serang pihak lawan secara kabut kedepan. Pecahkan pasukan anda, 2 bahagian lain, 2 lagi bahagian lain dan seorang lagi sniper. Atau atau tiga dari satu dan sniper / rifleman plus rifleman dari yang lain.
Atau kadang-kadang, serang secara serentak kesemua lima dalam pasukan dari satu bahagian dalam peta sahaja. Tapi teruskan ubah taktik anda tu supaya lebih stabil dan kenal jalan permainan.
Sniper dalam pasukan

Jangan berlagak jadi sniper jika anda bukan penembak tajam! Dalam mod 5v5 perlu kemahiran yang laju, pantas dan mata yang tajam untuk sniper. Masa adalah terhad untuk mengejar kill-kill bedasarkan mod. Jadi, carilah sniper dalam pasukan anda yang ada skil-skil tersebut tadi. Kalau tidak, sia-sia lah pegang sniper!
Jangan terlalu menonjol kepada pihak lawan
Semua pemain tahu, nak kemenangan kena cecah kill bedasarkan mod. Jadi setkan dalam kepala anda untuk jangan terus bergegas ke pihak lawan dan berada dikawasan mereka. Jangan jadikan diri sendiri sebagai target, kerapkan perhati peta kerana setiap tembakan terdekat akan ada tanda posisi pihak lawan.
https://www.facebook.com/codm/videos/2380170032248376/
Satu lagi, jangan terlalu merapu pergi ke kawasan terbuka, mencari-cari musuh. Kerana kat sana, pihak musuh kemungkinan besar dah bersedia untuk snipe anda. Jadi cari kawasan tepi-tepi bangunan yang senang untuk mengelak dari sasaran musuh secepat mungkin. Jadi jangan kerap tonjolkan diri anda kecuali masa tengah tembak pihak lawan.
Jadi SHARPSHOOTER!
Nak kill cepat, aim kat kepala musuh! Memang cepat nak bunuh mereka! Purata menembak kawasan badan memang agak lambat sedikit. Kalau terus di kepala, hanya beberapa das tembakan peluru dah mati!
Senjata yang baik skill yang baik!
Sentiasa meningkatkan prestasi senjata anda! Iya, guna senjata yang paling selesa untuk anda jika anda jenis yang suka spray depan-depan, ataupun snipe dari jauh. Pastikan lampiran yang anda gunakan untuk senjata adalah yang bagus dan aim tak lari.

Bila dalam permainan, gunakan sentry guns, killer drones dan missiles bila dah sampai waktunya. Kesemua ini memudahkan anda untuk mendapat mata!

Ada juga yang suka gunakan pisau untuk membunuh. Pandangan kami, guna di peta kecil untuk penggunaan pisau. Lebih mudah untuk mendekati musuh jika peta kecil. Jika didalam peta besar, sebelum anda mendekati musuh, kemungkinan besar anda telah di-snipe dahulu! Penggerakan menggunakan pisau haruslah cepat, dalam sekilas waktu, pisau anda akan membunuh musuh!
Jauhi dari tempat-tempat tinggi seperti di balkoni dan tingkap melainkan anda mempunyai skil sniping dan tembakan jarak jauh menggunakan rifles dengan hebat! Iya, jika anda terlalu lambat untuk beraksi, pihak lawan akan menemui anda dan bersiap sedia untuk dibom dengan greanade atau ditembak dari belakang.
Tips selebihnya

Anda dah nampak musuh? Tapi risau di-aim? Gunakan grenade anda sewajarnya! Balinglah grenade tu kepada musuh, dan terus mulakan tindakan dengan serang musuh terus dikawasanya.
Jangan terlalu menyorok di satu kawasan, kerapkan tukar kawasan kerana pihak musuh akan menghidu kawasan anda jika terlalu kerap disitu.
Semasa dalam latihan atau dalam permainan, cuba pelbagai tahap Sensitivity yang berbeza, laraskan lokasi butang pada skrin dan banyak lagi dengan menggunakan Tetapan. Tahap penyesuaian melalui ini cukup untuk memuaskan hampir setiap pemain, jadi tweak slider seperti yang anda inginkan.
Assist ataupun saling membantu memang penting dalam mod 5v5 TDM didalam COD Mobile ini, tidak kisahlah kawan anda menjadi perisai atau kambing hitam dibahagian depan, anda kenalah sentiasa dari belakang untuk jaga dan tembak musuh dari belakang. Tapi jangan terus macam itu, kerapkan tukar-tukar posisi dengan rakan anda. Kerjasama memang penting untuk mod-mod permainan yang co-op. Jadi inilah momen yang anda kena simpan bersama rakan-rakan.
Jadi dah tahu tips dan tricks ini semua kan? Harap ianya dapat membantu korang semua dalam mengejar skil yang terbaik dalam mod 5v5 dalam COD Mobile ini. Kejap lagi cubalah berlatih bersama rakan-rakan untuk asah skil dan sinkronasi pasukan korang okay!

@gamersantaimy
Discussion about this post