Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ingin Lihat Persembahan ASCA × spira spica di Comic Fiesta 2023? Ikuti Langkah-langkah Ini!

Maira by Maira
December 7, 2023
in Acara, Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Ingin Lihat Persembahan ASCA × spira spica di Comic Fiesta 2023? Ikuti Langkah-langkah Ini!

Sumber: Comic Fiesta

Share on FacebookShare on Twitter

Acara ACG terbesar Malaysia, Comic Fiesta 2023 akan bermula tidak lama lagi! Sudah tentu terdapat pelbagai persembahan hebat yang menanti peminat-peminat semua! Untuk tahun ini, Comic Fiesta bersama-sama Kedutaan Jepun di Malaysia membawa dua artis hebat daripada SACRA MUSIC, ASCA × spira spica! Kami pasti ramai antara anda yang ingin melihat persembahan daripada mereka.

Sumber: Comic Fiesta

ASCA dan spira spica, masing-masing terkenal dengan gaya muzik mereka yang unik dan persembahan yang menawan, akan ditampilkan untuk menyerlahkan perayaan yang penting ini. ASCA, yang terkenal dengan suaranya yang mempesonakan dan tema anime yang memberi impak, dan spira spica, projek solo yang diketuai oleh Mikiha yang ceria, akan menghiasi pentas di Comic Fiesta secara individu. Acara ini merupakan salah satu perhimpunan anime utama Asia Tenggara dan berjanji untuk mempamerkan daya tarikan tersendiri budaya Jepun melalui persembahan secara langsung lagu-lagu anime. Kami menjangkakan bahawa pameran muzik ini akan menyumbang kepada pengukuhan hubungan dan memupuk persefahaman yang lebih erat antara kedua-dua negara.

Sumber: Comic Fiesta

Ingin melihat persembahan daripada mereka? Jom kami kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk mendapatkan peluang untuk melihat persembahan tersebut!

Persembahan ASCA × spira spica daripada SACRA MUSIC boleh dinikmati secara percuma oleh pemegang pas Comic Fiesta 2023. Walaupun begitu, tidak semua pemegang pas yang boleh hadiri persembahan tersebut kerana tiket persembahan diberikan secara cabutan bertuah. Hanya pemilik bas berikut sahaja yang berpeluang untuk sertai cabutan bertuah ini:

  • Sunday Afternoon Pass
  • Sunday All Day Pass
  • Weekend Pass
Sumber: Comic Fiesta

Kalau anda mempunyai pas-pas seperti yang disenaraikan, anda boleh sertai cabutan bertuah tersebut dengan mengimbas kod QR yang terletak pada belakang pas. Cabutan tersebut berlangsung bermula 6 Disember sehingga 18 Disember 2023. Jadi jangan lupa untuk sertainya!

Pemenang bertuah akan menerima tiket konsert melalui emel pada 19 Disember 2023. Sebagai peringatan, satu tiket hanya untuk satu orang sahaja. Pengedaran tiket akan tamat apabila kapasiti tempat konsert tercapai. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai laman web rasmi Comic Fiesta 2023.

Adakah anda semua sudah sedia untuk hadir ke CF 2023? Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Comic Fiesta daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ASCA × spira spicaASCA × spira spica from SACRA MUSICASCA × spira spica from SACRA MUSIC Live Stage in Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Pokemon TCG Showdown 2024 Bakal Berlangsung pada 5 – 7 Januari 2024 di Pavilion Bukit Jalil, Malaysia!

Next Post

77% Daripada Cutscene ‘Like a Dragon: Gaiden’ Ialah Adegan Gadis Kabaret

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
77% Daripada Cutscene ‘Like a Dragon: Gaiden’ Ialah Adegan Gadis Kabaret

77% Daripada Cutscene 'Like a Dragon: Gaiden' Ialah Adegan Gadis Kabaret

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd