Diumumkan pada Ogos yang lalu, Genshin Concert Tour akan berlangsung di Malaysia pada Oktober ini. Kami pasti ramai peminat Genshin Impact yang teringin untuk menontonnya tetapi tidak berkesempatan berikutan jualan tiket yang hangat. Berita baiknya, kami sedang mengadakan giveaway khas untuk semua peminat Genshin Impact yang ingin ke Genshin Concert Tour Malaysia!

Giveaway ini bermula pada hari ini, 18 September 2023 sehingga 4 Oktober dan ianya berlangsung serentak bersama-sama dua laman web lain seperti GamerBraves dan Wanuxi — sejumlah dua tiket untuk dimenangi, setiap satu untuk pemenang.
Ingin menjadi pemenang bertuah untuk rasai pengalaman muzik Teyvat ini? Caranya mudah sahaja! Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah di bawah untuk sertai giveaway Genshin Concert Tour ini:
Langkah 1: Anda kena “LIKE” page Facebook Gamer Santai
Langkah 2: Jawab soalan ini di bahagian komen post:
- Siapakah Archon kegemaran anda dan kenapa?
Langkah 3: “Share” post Facebook ini di profile anda! (Jangan lupa untuk set kepada Public)
Kami akan mengumumkan pemenangnya pada 5 Oktober melalui laman Facebook kami (Gamer Santai, GamerBraves, Wanuxi). Pemenang bertuah perlu hubungi kami melalui Facebook Messenger untuk pengesahan dan memberikan butiran penting kepada kami.
Terma & Syarat
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas
- Setiap pemenang hanya berhak mendapat satu tiket yang tidak boleh dipindah milik. Tiket perlu diambil sendiri semasa acara (maklumat akan diberikan).
- Peraduan ini diadakan serentak dengan GamerBraves dan Wanuxi, dan pemenang akan dipilih daripada keseluruhan penyertaan.
- Pemenang mempunyai 24 jam untuk hubungi kami melalui Facebook atau kami berhak memilih pemenang baru tanpa pengumuman.

Genshin Concert Tour akan berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 7 Oktober 2023 jam 8:30 malam. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Genshin Impact daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post