Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Info Assassin’s Creed Shadows Terbocor Di Laman H****i, Sebulan Sebelum Pelancaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2025
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Open World, PC, PS5, Steam, Ubisoft Connect, Xbox Series X|S
0 0
0
Info Assassin’s Creed Shadows Terbocor Di Laman H****i, Sebulan Sebelum Pelancaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Maklumat terbaru mengenai Assassin’s Creed Shadows telah tersebar di internet selepas sebuah art book rasmi bagi game ini dimuat naik ke laman web hentai.

Kebocoran yang tidak dijangka ini telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial dan komuniti gaming, kerana mendedahkan reka bentuk watak, lokasi, senjata, serta elemen jalan cerita yang kemungkinan besar ada dalam game.

Buku seni yang bertajuk Art of Assassin’s Creed Shadows itu mengandungi 256 halaman dan dilaporkan mengandungi pelbagai butiran yang sebelum ini tidak diketahui, termasuk kisah utama, reka bentuk watak, lokasi, serta senjata yang akan digunakan dalam game.

Kebocoran ini mula dikesan oleh seorang pengguna Reddit yang kemudian berkongsi pautan kepada imej-imej tersebut, menyebabkan penerbit, Ubisoft, mengambil tindakan untuk menghapuskan kandungan yang tersebar.

Namun, walaupun usaha dilakukan, imej-imej berkenaan telah tersebar ke pelbagai platform lain dan terus menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan peminat.

Feel the fear of being hunted and under threat on a mysterious island in "Claws of Awaji", the upcoming expansion for Assassin's Creed Shadows. Get it at no additional cost by pre-ordering the game now. https://t.co/R3h5WLYWsc#AssassinsCreedShadows pic.twitter.com/SSfUK2Hw6f

— Assassin's Creed (@assassinscreed) January 24, 2025

Selain kebocoran buku seni, butiran mengenai Claws of Awaji, iaitu DLC pertama untuk Assassin’s Creed Shadows, turut muncul dalam talian. Berdasarkan kemas kini terbaru di halaman produk di Steam, DLC tersebut bakal memperkenalkan kawasan baharu yang boleh diterokai, jenis senjata baharu, serta lebih daripada 10 jam kandungan tambahan untuk pemain.

Masih Menunggu Hari Pelancaran

Catch up on all our gameplay overview articles and learn more about the following features of #AssassinsCreedShadows

🥷 Stealth 👉 https://t.co/n0ASWovHgI
⚔️ Combat 👉 https://t.co/fY0ShOKq0w
🏃‍➡️ Parkour 👉 https://t.co/wLcwbVRpMz
🌏 Exploration 👉 https://t.co/FD91Zjvwcg pic.twitter.com/Xfa1rqKR5y

— Assassin's Creed (@assassinscreed) January 28, 2025

Ubisoft baru-baru ini mengumumkan penangguhan tambahan bagi Assassin’s Creed Shadows, menangguhkan tarikh keluaran game ini selama sebulan lagi. Sebelum ini dijadualkan keluar pada November 2024, kemudian ditunda ke Februari 2025, kini game ini ditetapkan untuk dilancarkan pada 20 Mac 2025.

Ubisoft menjelaskan bahawa masa tambahan ini diperlukan untuk memasukkan maklum balas pemain dan memastikan game mencapai tahap kualiti yang lebih baik sebelum dilancarkan secara rasmi.

Game ini akan dikeluarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam, Epic Games Store, Ubisoft Store).

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin’s Creed Shadows
ShareTweetSend
Previous Post

Pandangan Pertama Battlefield 6 – Playtest Akan Bermula!

Next Post

Dapatkan “Monster Hunter Wilds” Secara Percuma dengan Membeli Monitor MSI!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Dapatkan “Monster Hunter Wilds” Secara Percuma dengan Membeli Monitor MSI!

Dapatkan "Monster Hunter Wilds" Secara Percuma dengan Membeli Monitor MSI!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd