Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai – Kelebihan setiap watak!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 18, 2023
in Action, Anime, ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai – Kelebihan setiap watak!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix telah mendedahkan butiran lanjut tentang judul aksi RPG akan datang, Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai, terutamanya tentang Disciples of Avan (watak-watak utama di dalam game).

Bagi mereka yang tidak tahu, ini adalah game action-RPG berdasarkan manga dan anime DRAGON QUEST The Adventure of Dai yang popular. Diadaptasikan ke platform baharu, pemain boleh mengalami perspektif unik ke dalam kisah Dai dan rakan-rakan. Dalam game, pemain mempunyai akses kepada pelbagai serangan, termasuk menggunakan skill dan sihir daripada siri manga dan anime.

Untuk empat watak utama kita; Dai, Popp, Maam, and Hyunckel – setiap satu mempunyai serangan dan kemahiran berbeza yang membuatkan masing-masing sangat unik. Berikut ialah maklumat tentang kemahiran dan gaya pertempuran mereka:

Dai – The Little Hero

Normal Attack

Kredit: Square Enix

Unique Skill – Draconic Aur

Kredit: Square Enix

Dai memotong musuh dalam pertempuran jarak dekat dengan pedang di tangannya. “Aura Draconic” meningkatkan semua statistiknya dengan tinggi.

Skill – Wave Slash

Kredit: Square Enix

Coup de Grace – Avan Strash

Kredit: Square Enix

Dai menggunakan Avan Style Sword Technique untuk mengalahkan musuhnya.

Popp – The Young Mage

Normal Attack

Kredit: Square Enix

Unique Skill – Meditation

Kredit: Square Enix

Popp cemerlang dalam serangan magic jarak jauh. Unique Skill-nya “Meditation” memendekkan masa cooldown antara setiap kemahirannya.

Skill – Crackle

Kredit: Square Enix

Coup de Grace – Kafrizz

Kredit: Square Enix

Popp mahir dalam magic Fire dan Ice. Coup de Grace “Kafrizz” adalah antara teknik paling kuat.

Maam – The Compassionate Warrior Priest

Normal Attack

Kredit: Square Enix

Unique Skill – Reload

Kredit: Square Enix

Selain daripada serangan menggunakan lembing tukulnya, dia juga menyokong rakan lain dengan Magic Bullet Gun. Pastikan anda sentiasa “Reload” pistolnya semasa dalam pertempuran.

Skill – Midheal

Kredit: Square Enix

Coup de Grace – Magic Bullet: Crackle

Kredit: Square Enix

Maam mahir dalam Heal Spell. Menggunakan Coup de Grace, dia menembak musuh dengan peluru yang dimuatkan magic Crackle.

Hyunckel – The Immortal Dark Swordsman

Normal Attack

Kredit: Square Enix

Unique Skill – Amdo

Kredit: Square Enix

Hyunckel menumpaskan musuh dengan Avan Style Sword Technique dan skil Dark Aura. “Amdo” meningkatkan lagi pertahanannya dengan memakai Dark Armor Blade.

Skill – Dark Puppetry Aura Hand

Kredit: Square Enix

Coup de Grace – Bloody Scryde

Kredit: Square Enix

Hyunckel ialah pakar Dark Aura. “Bloody Scryde” ialah skill Coup de Grace yang dia kembangkan semasa zamannya dalam Dark Army.

Info tambaham; Dalam jalan cerita, Maam akan menukar kerjayanya kepada “Martial Artist” dan Hyunckel menukar senjatanya kepada “Dark Armour Spear” untuk membantu Dai dalam pengembaraan.


Infinity Strash : Dragon Quest The Adventure of Dai bakal dikeluarkan pada 28 September 2023 untuk PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Baca segala liputan kami tentang siri Dragon Quest The Adventure of Dai di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon QuestInfinity Strash: Dragon Quest The Adventure of DaiThe Adventure of Dai
ShareTweetSend
Previous Post

Konsol Handheld bakal perlukan Bateri Boleh Diganti pada tahun 2027!

Next Post

Persona 5 Tactica: Selami Sistem Battle Unik & Mekanik Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Persona 5 Tactica: Selami Sistem Battle Unik & Mekanik Game!

Persona 5 Tactica: Selami Sistem Battle Unik & Mekanik Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd