Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Impulse Gaming akan buka cawangan baharu di Ipoh, Perak!

safwan by safwan
May 18, 2022
in Artikel, Berita, Impulse Gaming
0 0
0
Impulse Gaming akan buka cawangan baharu di Ipoh, Perak!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk kawan-kawan ku di Ipoh, sebuah kedai game baru akan dibuka berhampiran anda dan diuruskan oleh Impulse Gaming! Kalau korang nak tahu, Impulse Gaming ialah satu syarikat yang menguruskan segalanya tentang game, apparel dan aksesori tetapi dengan harga yang lebih murah tanpa membuat dompet anda menangis.

Jangan risau geng! Servis mereka memang terbaik daripada yang terbaik! Buat masa sekarang, mereka telah mempunyai sebanyak enam cawangan iaitu di Johor Bahru, Bandar Sunway Selangor, Georgetown Penang, Queensbay Penang, Midvalley Southkey Johor dan Seremban Negeri Sembilan.

Dengan membuka cawangan di Ipoh, ini menandakan bahawa Impulse Gaming telah mempunyai tujuh cawangan di seluruh Malaysia. Selain daripada kedai fizikal, mereka juga mempunyai kedai online yang menggunakan perkhidmatan Shopee.

Melalui post di Facebook rasmi Impulse Gaming Johor Bahru HQ, mereka hanya menghantar gambar yang papan tanda kedai sedang dinaikkan.

Impulse gaming ipoh

Jom kami ceritakan perjalanan mereka sepanjang menguruskan kedai game ini.

Impulse Gaming ditubuhkan pada tahun 2001 di mana mereka mula menjual komponen PC dan membantu mempopularkan membina PC. Sejak itu, Impulse Gaming telah terkenal dengan teknologi di Malaysia. Hari ini, beribu-ribu pelanggan beralih kepada Impulse Gaming untuk membeli belah komponen PC terkini, smart home dan gaming product seperti konsol.

Selain itu, mereka secara konsisten disenaraikan sebagai salah satu destinasi beli-belah online terbaik dan selalu mendapat penilaian perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Impulse gaming ipoh

Buat masa sekarang, tidak banyak maklumat yang didedahkan seperti tarikh Grand Opening, alamat dan banyak lagi mengenai kedai Impulse Gaming cawangan Ipoh. Harapnya, kita tidak menunggu lama untuk mendapatkan berita mengenai cawangan ini. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang game dan anime, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Impulse GamingImpulse Gaming Ipoh
Previous Post

Call of Duty: Vanguard Multiplayer boleh diakses secara percuma selama seminggu!

Next Post

Jom kenali generasi terbaru Ultraman untuk era Reiwa (2019-2022)!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Jom kenali generasi terbaru Ultraman untuk era Reiwa (2019-2022)!

Jom kenali generasi terbaru Ultraman untuk era Reiwa (2019-2022)!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd