Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Impian tercapai!” – Konohamaru akhirnya jadi Hokage dalam episod terbaru Boruto!

safwan by safwan
July 14, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
“Impian tercapai!” – Konohamaru akhirnya jadi Hokage dalam episod terbaru Boruto!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menamatkan arc filler yang berada di Land of Water, Boruto: Next Generation sedang berehat daripada mengikuti jalan cerita manga original dan memperkenalkan cerita baharu. Dalam episod terbaru, Konohamaru di beri perhatian dengan melakonkan watak Hokage dalam filem Kagemasa untuk menggantikan Naruto.

Pada mulanya, Naruto dijemput untuk menjadi bintang jemputan dalam filem Kagemasa Evil Jammer tetapi jadual penggambarannya bertembung dengan tarikh hari pelancongan keluarga mereka. Dengan perasaan yang bercampur baur dan tidak ingin Himawari kecewa dan marah, Naruto membuat keputusan untuk menolak penggambaran tersebut.

Selepas itu, pihak produksi filem tersebut menjemput Konohamaru untuk menggantikan “role” Naruto sebagai Hokage. Konohamaru sangat teruja untuk memainkan “role” tersebut sebagai orang yang sangat dihormati. Jadi, dia datang ke kawasan penggambaran dengan memakai pakaian Hokage seperti Naruto. Tukang solek juga menambah seperti misai Naruto di pipinya dengan menggunakan marker.

Dengan bantuan CG effect, mereka telah menyunting rakaman tersebut dengan menjadikan Konohamaru seperti Naruto dengan berambut kuning. Dalam masa yang sama, terdapat juga pelakon yang melakonkan watak Shikamaru tetapi raut wajahnya yang sangat berbeza pun boleh ditukar menjadi muka Shikamaru. Betapa hebatnya CG di dunia ninja tersebut.

Selepas menghabiskan masa seharian di dalam studio, Konohamaru mengajak krew filem untuk membuat penggambaran di luar studio dan tidak hanya bergantung kepada teknologi CG. Semua krew filem berasa teruja dan merasakan yang penggambaran di luar lebih seronok berbanding dalam studio.

Selepas berhempas pulas membuat penggambaran di luar, penerbit tidak menghargai hasilnya kerana dia lebih menyukai membuat penggambaran di dalam studio dan bergantung kepada teknologi CG. Tercetusnya pergaduhan antara penerbit dan krew filem itu sehingga dia menghentam kamera kerana tidak ingin melihat hasil penggambaran luar studio.

Dengan membuat penggambaran di luar, pengarah filem Kagemasa marah dan memukul penerbit, sekali gus memecat semua krew filem tersebut. Walaupun sudah dipecat, mereka masih ingin meneruskan membuat filem Kagemasa yang sudah hampir separuh jalan tanpa bantuan penerbit.

Terdapat seorang Editor filem yang bercadang untuk menggunakan kesemua duit simpannya untuk membuat filem ini. Malangnya, bank itu telah diserbu dan editor itu menjadi tebusan kepada perompak tersebut.

Untuk menghentikan rompakan bank dan tebusan, Konohamaru berdepan dengan perompak tersebut. Selepas membelasah 2 orang perompak sehingga pengsan, Konohamaru cuba berunding dengan perompak terakhir yang memegang tebusan.

Konohamaru menggunakan Talk no Jutsu untuk menggesa perompak itu dan menghentikan niatnya untuk merompak demi ibu ayahnya di rumah. Sebenarnya, ibu dan ayah kepada perompak itu juga merupakan perompak yang telah pengsan tadi. Perompak ini nampak lebih marah sehingga mengeluarkan bom api. Konomaharu mencampak bom tersebut ke langit dan menggunakan Rasengan untuk mengurangkan impak letupan.

Dalam masa yang sama, krew filem itu sibuk dengan mencari kamera untuk memasukkan kejadian itu ke dalam filem Kagemasa. Gonggo yang merupakan pelakon Kagemasa juga datang untuk membantu rompakan tersebut.

Rakaman dramatik tadi ditonton oleh penerbit filem dan membatalkan pemecatan semua krew filem tersebut. Gonggo juga berasa teruja untuk meneruskan filemnya bersama krew yang setia dengan projek tersebut.

https://twitter.com/DiarioDeOtaku_/status/1546169825478774789?s=20&t=Ixj1PVGA8_QCn-zR2lWqiQ

Akhirnya, Konomaharu tercapai impiannya untuk menjadi Hokage walaupun hanya dalam filem Kagemasa sahaja. Walaupun ianya hanya filler arc semata, ianya masih seronok untuk di tonton sekadar meluangkan masa. Adakah kita akan melihat Konohamaru sebagai Hokage sebenar pada masa akan datang? Mari kita nantikan sama-sama.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Boruto, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Boruto: Naruto Next GenerationsHokageKonohamaru
Previous Post

Senarai game Grand Theft Auto yang tersedia di Mobile! Layan GTA mana-mana sahaja!

Next Post

[Alpha test preview] World of Warcraft: Dragonflight – Meneroka dracthyr dan ciri baru!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Alpha test preview] World of Warcraft: Dragonflight – Meneroka dracthyr dan ciri baru!

[Alpha test preview] World of Warcraft: Dragonflight - Meneroka dracthyr dan ciri baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd