Baru-baru ini, CEO MAPPA Manabu Otsuka mendedahkan beberapa perkara menarik mengenai siri anime Chainsaw Man dalam satu sesi temu ramah.
Kalau anda ingin tahu, siri Chainsaw Man merupakan anime pertama yang MAPPA hasilkan menggunakan dana mereka tersendiri tanpa melibatkan sebarang jawatankuasa produksi luar. Bermakna mereka tidak bekerjasama dengan pihak luar untuk pelesenan dan perancangan untuk merchandise.

Apabila ditanya mengenai bagaimana MAPPA memutuskan rancangan itu, Otsuka menjawab:
“MAPPA telah mendedikasikan usahanya untuk menghasilkan kira-kira 6 hingga 8 karya setiap tahun, tidak kira sama ada ia adalah projek bersiri atau filem. Melalui komitmen ini, kami telah membina kapasiti pengeluaran dan penjenamaan kami, yang membolehkan kami memperoleh peluang untuk mengerjakan adaptasi anime karya asli yang terkenal. Ini akhirnya membawa kepada keputusan kami untuk 100% pembiayaan sendiri dalam projek semasa.”

Dengan populariti Chainsaw Man pada waktu itu, sudah tentu terdapat banyak tekanan kepada pasukan animasi dan ini membawa mereka untuk memberikan prestasi terbaik. CEO MAPPA itu turut menambah bahawa tiada siri yang dihasilkan mereka sebelum ini mendapat perhatian yang tinggi seperti Chainsaw Man.
Walaupun siri anime Chainsaw Man berjaya daripada segi kewangan, tetapi ia tidak memberikan impak yang sama seperti anime Jujutsu Kaisen. Malah jualan DVD/Blu-ray siri juga tidaklah begitu banyak jika nak dibandingkan dengan siri anime lain yang ditayangkan pada musim yang sama.
Katanya, “Dari segi kewangan, kita pasti boleh katakan ia telah berjaya sepenuhnya. Walau bagaimanapun, apabila lihat pada tahap impak yang sama seperti kerja terbaru kami ‘Jujutsu Kaisen,’ kami tidak boleh mengatakan kami berpuas hati sepenuhnya lagi.”

Industri hiburan di Jepun masih mempunyai tabiat buruk yang mengatakan bahawa “anime tidak boleh membuat duit”. MAPPA kini ingin menembus keluar daripada tabiat tersebut, lebih-lebih lagi dengan industri animasi yang semakin berkembang pesat di seluruh dunia.
Masih banyak lagi projek yang dipegang oleh MAPPA antara Jujutsu Kaisen Musim 2, Attack on Titan Final Part dan lain-lain. Jadi kita boleh nantikan sesuatu yang lebih besar daripada syarikat animasi ini pada masa akan datang.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai animasi daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post