Pada Disember yang lalu, game single-player magic shooter, Immortals of Aveum (IoA) telah diumumkan oleh Ascendant Studios dengan kerjasama Electronic Arts Inc. Nampaknya game itu sudah siap sedia untuk menemui pemain tidak lama lagi! Immortals of Aveum secara rasmi akan dilepaskan pada 20 Julai 2023. Jom kami ceritakan sedikit sebanyak mengenai game shooter baharu ini.
Bagaimana Immortals of Aveum Tercipta
Bret Robbins, CEO kepada Ascendant Studio telah mendapat idea untuk Immortals of Aveum semasa mengulas level COD.
Kalau anda ingin tahu, Robbins pernah terlibat dengan pembangunan game COD dan Dead Space. Apabila dia melihat level COD, dia terfikir untuk menggantikan helicopter dengan naga dan tembakan sihir api daripada pertarungan antara ahli sihir. Teringin untuk bermain game seperti itu, dia ingin menghasilkan game tersebut.

Bret telah membangunkan Ascendant Studio bersama rakan dan pelabur, Brian Sheff. Selepas Telltale ditutup, Bret telah menawarkan kerja kepada bekas pekerja dan mereka akhirnya membentuk satu pasukan. Setelah pandemik COVID melanda, mereka telah bekerja dari rumah.
“Saya sangat bangga dengan syarikat dan apa yang kami telah hasilkan” kata Bret. Apabila dia membentangkan IoA kepada EA, mereka teruja mengenainya dan terus menandatangannya sebagai sebahagian daripada game original EA.

Plot
Game ini berlaku di planet Aveum, di mana peperangan 1000 tahun “Ever-War” sedang berlaku antara dua buah negara iaitu Lucium dan Rasharn.
Hero utama kita, Jak ingin menjadi “Magnus”. Dia dahulunya seorang “Unforeseen”, seseorang yang tidak mempunyai kuasa magic. Tetapi setelah sesuatu yang trauma berlaku pada awal game, dia mendapat sejumlah besar kuasa magic. Jak juga seorang tri-arc, bermakna dia boleh menggunakan tiga jenis magic: Red, Blue dan Green.

Dia telah direkrut oleh Kirkan untuk menyertai Immortal, pasukan khas Lucium yang menggunakan magic yang paling kuat.
Antagonis IoA ialah King Sandrakk of Rashan yang inginkan kesemua kuasa magic untuk dirinya sendiri. Dia telah menghantar tentera Rasharn ke Lucium semasa penceritaan bermula. Jadi Jak perlu menghentikan Sandrakk dengan kuasa khasnya.
*Kami akan ubah nama watak setelah mendapat kepastian

Dunia game
Aveum mempunyai leyline yang menyalurkan kuasa magic di seluruh planet itu. Di tengah-tengah Aveum ialah womb, sebuah kawah gergasi yang semakin membesar setiap hari. Berada di tengah womb ialah Pentasa, patung tinggi misteri yang disembah sebagai tuhan. Magnus juga boleh dilihat melalui leyline.
Ever-war berlaku kerana ingin mempunyai kawalan kepada kuasa magic. Kirkan menyatakan bahawa politik dan ideologi akan menjadi benda kedua yang penting selain daripada kawalan kuasa tersebut.

Gameplay & Watak
Mengenai gameplay, pembangun ingin tumpukan kepada perjalanan pemain sebagai mage berkuasa yang akan menyelamatkan dunia. Untuk itu, pemain akan bertarung menggunakan sistem spell combo yang mendalam dengan combat pantas dalam first-person.
Immortals kelihatan seperti sebuah pasukan superhero, di mana masing-masing mempunyai personaliti yang kuat dan kebolehan yang unik. Berikut adalah ahli-ahli dalam pasukan tersebut:
- Jak – Rekrut baru
- General Kirkan – Grand Magnus Immortals
- Devyn – Green magic master termuda dalam sejarah Lucium
- Zendara – Red magic master daripada Kalthus, yang sebenarnya kerabat diraja tersembunyi
Selain itu, Sandrakk juga mempunyai orang kanan tersendiri yang dikenali sebagai “The Hand.”

Combat
Seperti yang ditayangkan melalui trailer, Kirkan sedang rekrut Jak dan menjelaskan peranan Immortals. Selepas dia direkrut, kita melihat cutscene di mana lima tahun telah berlalu dan Jak sedang bersiap sedia untuk peperangan.

Bercerita tentang combat, ia agak pantas seperti Doom atau Vanquish. Terdapat tiga jenis magic dalam game iaitu:
- Blue: Blast biasa seperti handgun
- Red: Serangan seperti shotgun, jarak dekat tetapi berkuasa
- Green: Tembakan automatik seperti Assault Rifle. Ia juga boleh fokus kepada target
Musuh tertentu mungkin mempunyai pertahanan yang hanya boleh dipecahkan dengan sihir magic tertentu. Sebagai contoh anda perlu menggunakan Blue magic pada musuh yang memakai perisai biru.

Magic akan fokus melalui sigil yang dipakai pada tangan Jak. Sepanjang game, dia boleh membeli dan upgrade sigil baru yang akan mempengaruhi dan mengubah serangan sihirnya dengan cara yang berbeza. Dia juga boleh mencari ring, bracer, dan totem yang boleh digunakan yang meningkatkan kuasanya.
Dia mempunyai sihir pelindung yang merupakan gerakan defensif utamanya. Dia boleh menembak melaluinya tetapi ia akan menjadikannya lebih perlahan dan akan berkecai dengan damage yang mencukupi. Cara lain untuk mengelak, anda boleh gunakan teleport.

Bukan setakat itu sahaja, dia mempunyai “control spell” yang kelihatan seperti lash yang membolehkannya menarik musuh lebih dekat kepadanya. Ia juga boleh digunakan untuk turunkan tebing.
Terdapat juga serangan kuat lain yang dipanggil “Furies.” Sebagai contoh, sihir “Shatter Spell” yang menembak letupan magical spike. Ini akan mengurangkan mana dan anda perlu mencari mana crystal untuk pulihkan semula mana anda.

Kebolehan baru Jak boleh dibuka melalui skill tree. Ada juga bahagian puzzle dan eksplorasi, di mana Jak boleh mendapatkan item baru atau sihir yang membolehkannya untuk mengakses kawasan baru. Terdapat pelbagai kawasan pada peta Aveum termasuklah hutan, gunung salji, kawasan berlava dan banyak lagi. Banyak lagi perkara baru yang akan didedahkan nanti. Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk maklumat lanjut.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post