Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ikut rentak lagu sambil berperang? Itu lah Patapon! Jom usha review Patapon 2 Remastered kami!

Pata-Pata-Pata-Pon!

Nyny.A by Nyny.A
February 26, 2020
in Artikel, Berita, PS4, Review
0 0
0
Ikut rentak lagu sambil berperang? Itu lah Patapon! Jom usha review Patapon 2 Remastered kami!
Share on FacebookShare on Twitter

Suatu ketika dahulu, permainan ini menjadi kegemaran di zaman PSP! Akhirnya siri permainan kegemaran ini hadir kembali sebagai remaster/ pembuatan semula untuk PlayStation 4. Permainan apa pula yang dimaksudkan ini? Sebelum ini siri yang pertama telah hadir di PS4 pada dua tahun lalu, kali ini Patapon 2 Remastered akan meneruskan perjuangan ke Earthend dan kami berpeluang sendiri meng-review permainan comel ini untuk berperang dalam irama Pata-Pata-Pata-PON!!

Kapal karam di tanah yang baru dan pelik malah Patapon kini bergantung pada anda, untuk memimpin mereka dengan selamat melalui pengembaraan baru yang berbahaya ini. Pukulan dram perang mistik anda akan membimbing suku berani anda melalui tanah baru ini kerana mereka menentang musuh-musuh kaum lain yang kejam dan baru, temui Hero Patapon yang misterius dan berkuasa, serta mendedahkan reruntuhan Patapolis, sebuah tempat kuno yang lama diseru oleh Patapon.

Bergerak mengikut alunan lagu! 

Patapon sentiasa menjadi kegemaran kami diantara permainan yang melibatkan muzik. Masih ingat zaman Guitar Hero? Seperti itulah perasaan kami kepada Patapon, setiap penggerakan akan membuat kaki kami mengikut rentak bersama.

Ya permainan ini bergerak melalui alunan lagu, setiap alunan yang betul rentaknya akan mengarah pasukan tentera yang comel kita ini untuk berjalan, membuat formasi dan menyerang.Setiap bunyi drum perang yang berbeza, masing-masing dipadankan dengan salah satu daripada empat butang DualShock. Patapon 2 Remastered mengikuti formula yang sama seperti yang pertama; kedua-dua gendang teras Pata dan Pon berada di pelupusan anda, dengan gendang dan Don yang akan ditemui semasa kami melintasi peta.

Setiap tahap terdapat alunan muzik yang berbeza, senang cerita variasi yang berbeza. Lebih jauh lebih ketagoh nak main, kalau meleka sangat memang kami tak buat artikel ni lah! Kami bermula dengan penggerakan mudah dengan menekan butang “Petak,Petak,Petak,Bulat” untuk irama (pata-pata-pata-pon) dan perjalanan yang selebihnya akan membuka perintah yang baru, seperti menyerang musuh, menghalang serangan musuh dan juga mundur kebelakang jika keadaan diserang makin teruk. Semuanya hanya bermain dengan perintah dibutang Dual Shock, hanya pastikan anda menekan butang yang betul.

Terdapat beberapa perintah lain yang terdapat dalam Patapon 2 remastered ini seperti “Ballad of 1999” yang menghilangkan apa-apa kesusahan menimpa pada tentera kita, juga “Song of Miracles” membantu “charge” apa jua keajaiban yang telah kita capai.

Misi pencarian Patapon tidak pernah mudah. Suku lain kerap mengancam untuk memusnahkan klan kita dan kaum tersebut adalah Karmen. Untuk menewaskan Karmens dan raksasa yang menghalang di jalanan, pastikan untuk lihat atau lawat semula lokasi lain untuk memburu dan farm barangan anda untuk mendapatkan barangan yang rare. Dapat naik level dan mengembangkan Patapon kita dalam bentuk yang baru dan menjadi lebih kuat adalah sesuatu yang wajib! Tapi nak level up memang memerlukan bahan. Pergi ke “Mater Tree” untuk membuat unit baru atau menaik taraf Patapon yang sedia ada untuk sebatikan dengan rank anda!

Berhubung dengan pukulan dram yang betul mengikut arahan akan membina kombo meter dan apabila mencapai tahap “Fever”, semua serangan dan pertahanan akan ditingkatkan hanya dengan mengekalkan irama. Tumpuan untuk mengekalkan irama tersangatlah penting, kerana setiap tumpuan mengikut alunan dan andai kata terlepas gerakan kita akan menjadi terhenti ibarat lagging. Disebabkan itu juga, musuh atau bos berpeluang untuk mendekati kita dan serang kita. Jadi untuk mengelak terjadinya itu, kita haruslah secepat mungkin menyamakan semula rentak irama dram kita.

Setiap misi mencari Patapon yang hilang dan membawanya pulang memberi kita peluang untuk membuka anggota baru dengan jenis sendiri dan mini-game untuk dimainkan di Patapolis dan berjumpa Ubo Bon.

Pilih Patapon kegemaran anda!

Sesuatu yang baru pada Patapon 2 adalah Hero. Watak anda sebagai hero boleh terjadi dari mana jua kelas yang kita suka dan mempunyai keunikan serangan tersendiri. Ada juga terdapat topeng istimewa yang boleh dipakai dalam watak tertentu memupuk dia dengan buffs. Seperti “Friendship Spears” menjadi satu senjata yang boleh menjadi kegemaran kerana ia memberi serangan jarak jauh dengan kerosakan yang tinggi kepada musuh. Jangan selesaikan menggunakan pilihan optimum dan terus menggunakannya. Tweak Hero dan unit anda yang lain untuk melihat senjata yang mana paling sesuai untuk anda.

Grafik 100% lebih jelas dari PSP!

Nama pun dahulunya PSP kan, sekarang ni bermain di PS4 dengan TV 42inci, memang jelas nampak si tentera Patapon yang comel ini! Patapon 2 Remastered memberi 4K resolusi terutama pada pengguna PS4 Pro. Yang biasa, masih jelas dan warna permainan turut menjadi lebih terang!

Kesimpulanya~ 

Andai kata anda tidak pernah mencuba siri-siri Patapon di PSP sebelum ini, inilah peluang anda untuk mencuba di PS4 anda! Sebab apa, Patapon 2 Remastered ini nyata tidak membosankan, ditambah pula dengan alunan muzik-muzik Patapon yang ‘Funky’, ianya akan terngiang-ngiang kat gegendang telinga anda! Lagi satu, kalau ada patung ke keychain ke untuk permainan ini mesti ohsemm la! Lepas ni kita semua dah boleh beratur bersisp sedia dengan Patapon 3 Remastered pula ye kot-kot ada juga!

Beli kat sini gaiss!!!
Patapon 2 Remastered
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Worldwide Studios
Release Date: 2020-01-30
PlayStation 4
Patapon 2 Remastered adalah pembuatan semula dari siri asalnya di PSP. Mengikuti perjalanan hero Patapon dan ketahuo pelbagai rahsia di Patapolis! Patapon 2 Remastered turut tersedia dalam Native 4K resolusi!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Patapon 2 Remastered

8 Score

Andai kata anda tidak pernah mencuba siri-siri Patapon di PSP sebelum ini, inilah peluang anda untuk mencuba di PS4 anda! Sebab apa, Patapon 2 Remastered ini nyata tidak membosankan, ditambah pula dengan alunan muzik-muzik Patapon yang 'Funky', ianya akan terngiang-ngiang kat gegendang telinga anda!

PROS

  • Warna yang terang terutama ciri resolusi 4K untuk PS4 Pro
  • Lebih jelas dan sentiasa seronok seperti zaman PSP
  • Alunan lagu yang tidak membosankan

CONS

  • Sukar kejar semula jika terlepas salah satu alunan

Review Breakdown

  • Jom berperang sambil hentak kaki anda ikut alunan lagu! 0
Tags: PataponPatapon 2 RemasteredpspreviewSony Interactive Entertainment
Previous Post

Berjaya Dragons dari Malaysia bakal berentap di League of Legends Pacific Championship Series!

Next Post

Resident Evil 3 Remake akan datang dengan demo terbaru nanti!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Resident Evil 3 Remake akan datang dengan demo terbaru nanti!

Resident Evil 3 Remake akan datang dengan demo terbaru nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd