Berita baik buat semua pemain digital! Rangkaian pemainan digital IKEA baharu yang dihasilkan menerusi gandingan dengan pakar permainan, Republic of Gamers (ROG) membawakan penyelesaian permainan yang bukan sahaja serba lengkap dan diperibadikan, malah boleh boleh disepadukan secara sempurna dengan kediaman anda bagi meningkatkan prestasi permainan digital anda!
Terdapat 5 set famili produk telah direka bentuk bagi menepati keperluan para pemain digital dari segi fungsi, reka bentuk, dan harga. 5 famili produk itu adalah UPPSPEL, LÅNESPELARE, MATCHSPEL, UTESPELARE dan HUVUDSPELARE. Semua produk UPPSPEL merupakan rekaan hasil kerjasama antara IKEA dan ROG, manakala famili produk yang lain dibangunkan oleh IKEA sendiri.




Rangkaian pemainan digital IKEA boleh didapati di semua gedung IKEA mulai 11 November 2021 dan untuk pembelian dalam talian menerusi IKEA.my/gaming mulai 14 November 2021.
Menerusi kerjasama dengan ASUS Republic of Gamers Malaysia, bermula pada 11 November 2021, ahli IKEA Family boleh menebus semula kemeja-T ROG edisi terhad dengan pembelian minimum sebanyak RM500 dalam satu resit untuk pembelian Rangkaian pemainan digital IKEA di gedung.
*Promosi eksklusif ini terhad kepada 100 pertama ahli di setiap gedung IKEA sementara stok masih ada.
**Untuk pembelian dalam gedung dari 11 – 13 November 2021, setiap pelanggan dihadkan untuk membeli sehingga 2 unit perabot dan 3 unit aksesori permainan digital dalam satu pembelian.
Sudahkan anda bersedia untuk memperhebat pengalaman pemainan digital anda?
Anda boleh melayari laman web IKEA untuk pengetahuan lanjut.
Jangan lupa untuk melayari web kami tentang info-info dalam dunia gaming.
@gamersantaimy
Discussion about this post