iCandy Interactive Limited hari ini mengumumkan pengambilalihan 100% untuk studio gaming terkemuka Asia Tenggara, Lemon Sky Studios. Pemerolehan ini menambah nilai strategik dan skala yang signifikan kepada iCandy dan akan membentuk syarikat pembangunan permainan terbesar di Australia dan Asia Tenggara, dengan lebih daripada 450 pekerja sambil menjana pendapatan tidak kurang daripada A$17 juta (AS$12.36 juta) setahun.

Dengan pertumbuhan yang dipacu oleh konsep metaverse, iCandy Interactive dan Lemon Sky akan menjadi kuasa utama melalui rancangan serantau untuk membangunkan game kasual dan AAA pada blockchain. Bagi mereka yang tidak tahu, Metaverse ialah dunia maya yang membenarkan aktiviti “kerja dan bermain”, dikongsi oleh berjuta-juta (atau berbilion) orang. Ia dibina dengan teknologi generasi akan datang yang merangkumi teknologi “Virtual Reality,Augmented Reality”, dan “Video and Gaming”.

Lemon Sky Studios ialah pemerolehan yang luar biasa dan tambahan yang sangat baik kepada iCandy Interactive. Kami kini mempunyai keupayaan yang tiada tandingan di rantau ini, dan akan memfokuskan sedikit sebanyak kuasa yang baru diperoleh untuk membuat game berkualiti tinggi bagi metaverse, yang boleh dikatakan pembangunan paling penting untuk dunia gaming.
Rekod prestasi Lemon Sky Studios dalam mencipta visual bertaraf dunia untuk game AAA amat dipandang tinggi dalam industri. Untuk menggabungkan kepakaran kami dengan studio seperti Lemon Sky adalah benar-benar fenomenal, dan kami tidak sabar untuk melihat hasil kesatuan pasukan ini.
kata Kin W. Lau, Pengerusi iCandy Interactive.
Perkongsian kolaboratif dalam industri kreatif adalah penting untuk memastikan perkara itu segar dan inovatif. Kami yakin bahawa penggabungan ini akan menggalakkan kaedah kerja kreatif dan menghasilkan idea baharu. Kami sangat teruja dengan kemungkinan yang akan datang.
kata Cheng-Fei Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Lemon Sky Studios.
Pengambilalihan itu bernilai sebanyak MYR135 juta, yang akan dipenuhi bersama-sama dengan tunai dan saham iCandy yang baru diterbitkan. Serentak dengan pengambilalihan itu, iCandy juga telah mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan A$40 juta (AS$29.1 juta) daripada pelabur institusi.
Perniagaan teras iCandy Interactive ialah dalam pembangunan permainan video, penerbitan permainan video, dan e-sukan. Syarikat itu juga adalah antara pengasas bagi liga dan platform esports global, Esports Players League (ESPL) yang berkembang pesat di Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Latin dan Eropah.

Diasaskan pada tahun 2006, Lemon Sky Studios ialah studio permainan video dan animasi yang yang terkenal di seluruh dunia kerana menyediakan solusi seni visual inovatif untuk game AAA yang diiktiraf, serta pernah bekerjasama dengan pemimpin industri gaming seperti Blizzard Entertainment, Naughty Dog, 2K Games,Square -Enix, Bandai Namco, Microsoft Studios, EA Entertainment, Disney dan Nickelodeon.
Untuk segala liputan terkini tentang industri gaming, jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post